TEKNIK FULLMARGIN BOUNCE DAN BREAKOUT

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca blog pullback.

Adakah anda peminat dan sedang mencari-cari teknik kurang indikator atau naked chart 100% hanya berpandukan candlestick dan SNR?

Teruskan bacaan anda kerana artikel ini mungkin untuk anda. 🙂

Teknik yang hendak saya kongsikan kali ini lebih kepada naked trading dan ia sangat-sangatlah mudah untuk dipelajari kerana tidak punyai rule entry atau SOP yang agak rumit.

Apa yang diperlukan adalah;

  1. Sabar tunggu peluang
  2. Kenal-pasti setup
  3. Entry fullmargin
  4. Repeat

Saya akan terangkan dengan ringkas asas teknik ini, selebihnya anda hanya perlu buat backtest sendiri history lepas dan tentukan adakah ia sesuai dengan anda ataupun tidak.

Baca : Breakout dan Pullback

Logik di sebalik teknik ini…

Bounce sebenarnya adalah proses di mana ia akan membentuk pattern-pattern tertentu yang cenderung kepada continuation pattern dalam sesuatu trend. Jika dilihat pada timeframe yang lebih besar biasanya ia akan membentuk inside bar.

Bounce dalam bahasa lainnya juga dikenali sebagai consolidation.

Tetapi jika dilihat pada timeframe yang lebih rendah ia akan membentuk pattern seperti flag, pennant, dan triangle(ascending/descending)/

Flag pattern

Timeframe

Sebelum kita lanjutkan, bagi anda yang tertanya-tanya apakah timeframe sesuai, teknik ini sangat sesuai digunakan pada Timeframe H1 dan juga H4.

Stoploss dan TP

Untuk teknik ini saya lebih kepada tidak menggunakan SL dan cutloss manual apabila arah bergerak bertentangan dari entry. TP pula adalah bergantung keadaan dan adakalanya saya membuat scalping 30-50 pips sahaja. Saya yakin pasti ramai diluar sana yang suka scalping antara 10-20 pips dan membuka entry layer.

Money Management

Teknik fullmargin tiada rule kawalan risk. Ia adalah mengenai mengambil risk dan memanfaatkan risk itu untuk pulangan besar. Apa yang penting adalah jumlah modal dan leverage sebagai kawalan risk. Sebagai contoh modal antara 50-100 usd dengan leverage 1:1000. Jika 100 usd itu tidak sanggup untuk kerugian maka gunakan modal yang lebih rendah. Maka ini adalah cara kawalan risk dibuat iaitu hanya dengan meletakkan modal yang sanggup rugi sahaja.

Jika membuka lot sen atau micro, anda boleh membuat layer. Jika membuka lot besar, anda hanya boleh buka 1 atau 2 entry sahaja.

Entry full margin?

Entry full margin bermakna anda akan mengambil risk yang besar dan memungkinkan akaun anda cepat margin call tetapi mempunyai reward yang besar apabila ia menjadi di mana akaun anda akan naik berganda lebih cepat dalam masa singkat.

Entry full margin adalah terdiri dari leverage besar seperti 1:500 hingga 1:1000. Selain itu juga faktor lain seperti spread kecil dan broker tanpa requotes atau execution yang terpantas akan berikan kelebihan kepada trader yang menggunakan teknik ini.

Baca : Asas penting FULLMARGIN!

Contoh entry full margin:

Download ebook sila klik sini

Ok tanpa buang masa, mari kita mulakannya.

ASAS #1 – BOUNCE

Perkara pertama yang anda perlu kuasai adalah mengenal-pasti keadaan bounce terlebih dahulu. Cirinya adalah seperti berikut;

Bounce adalah petanda market dalam keadaan ‘indecision’ di mana tiada arah jelas pada waktu itu. Ia juga adalah petanda bakal berlakunya breakout dalam masa terdekat. Oleh itu, jika berlaku breakout, anda hanya perlu ikuti arah tersebut.

Bounce terbentuk apabila price gagal buat new high dan new low apabila menyentuh SNR.

Berikut gambarannya pada live chart.

Nampak mudah bukan? Ok kita lanjutkan kebahagian berikutnya pula.

ASAS #2 – BREAKOUT

Selanjutnya anda perlu ketahui adalah breakout. Breakout adalah apabila price akhirnya keluar dari zon ranging atau bounce tersebut.

Ok lihat contoh breakout pada live chart pula.

Sell setup/sell signal

Price break low dan akhirnya ia terjun agak jauh dari entry point iaitu support level.

Buy setup/buy signal

Perhatikan apabila candle break resistance setelah 3 kali gagal. Candle dikira break apabila close di luar resistance.

Baca : 2 kaedah breakout

Entry buy boleh dibuat pada candle kedua selepas break.

TIPS TEKNIK BOUNCE DAN BREAKOUT

Teknik ini sangatlah mudah dan ringkas untuk dipelajari. Saya percaya dengan dua basic utama di atas anda pasti sudah boleh kuasai 80% dari teknik ini. Akan tetapi walaupun ia nampak mudah, ia tidaklah bermakna ia semudah itu.

‘Musuh’ utama trading breakout adalah false break. Oleh itu saya kongsikan teknik ini dalam versi pullback.

Entry pada pullback boleh membantu anda mendapatkan entry minimum SL berbanding entry pada breakout kerana ia mempunyai risiko false break. Anda mungkin saja entry pada arah yang salah.

Tips:

Tunggu retracement dahulu kemudian entry apabila candle pullback terbentuk.

Kenalpasti point utama breakout kemudian nantikan price retest semula kawasan breakout tersebut.

Candle pullback adalah candle yang close mengikuti arah breakout. Dalam gambar di atas, candle bullish adalah candle pullback.

Perhatikan trend utama dalam gambar sebelum ia mula bounce. Ia berada dalam downtrend. Apabila price break support, nantikan retracement berlaku kemudian entry sell apabila berlakunya pullback.

Menggunakan indikator

Teknik ini tidak memerlukan indikator untuk mengenalpasti entry setup tetapi terdapat 1 indikator yang boleh membantu anda kenalpasti setup ini dengan baik.

Indikator tersebut adalah Bollinger Band.

Lihat bagaimana indikator ini boleh membantu trader mengenal-pasti peluang entry.

Bollinger band dapat membantuk mengesan arah pullback yang berkebarangkalian tinggi profit oleh itu bagi yang mahu menggunakan indikator, anda bolehlah menggunakan indikator ini.

Boleh tak kalau masuk sahaja arah breakout tanpa tunggu pullback atau jika ia retace, entry layer akan dibuat?

Jawapannya boleh. Ini kerana anda menggunakan modal sanggup loss, oleh itu pada saya anda sudah bersedia dari segi mental untuk berhadapan pada waktu kerugian.

Jadi tiada masalah untuk anda entry sahaja terus ketika market breakout asalkan 2 asas utama dipenuhi iaitu ia mestilah bounce dan berlaku breakout.

Sesuai kepada trend trader

Anda gemar mengikuti arah pasaran, maka teknik ini 100% sesuai untuk anda. Seperti yang dijelaskan di awal artikel ini, bounce berlaku dalam sesuatu trend dan ia ada kaitan dengan chart pattern continuation.

Jika terlihat peluang ini, maka jangan lepaskan peluang. 🙂

Akhir kata…

Sediakan modal kecil dahulu dan berlaku selama 3 bulan dahulu. Dalam tempoh ini pastikan anda tidak mencampur-aduk dengan teknik lain selain memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap teknik dan mengikuti rule sepenuhnya tanpa mengubah-suainya.

Sekian dulu dari saya.

ADMIN
19/11/19

Comments