TEKNIK LONDON BREAKOUT DARI MRI88

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog..

Hari ni ingin berkongsi mengenai teknik London Breakout kiriman dari seorang sahabat trader yang menggunakan username @MRI88 di telegram.

Berbeza dengan teknik yang saya kongsikan di sini yang mana memfokuskan entry instant execution buy atau sell berdasarkan breakout pada waktu itu, kali ini anda berpeluang belajar bagaimana menggunakan pending order untuk entry. Jadi maksudnya ikut step mudah di bawah, setkan entry dan tinggalkan sahaja.

Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah session hours atau waktu aktif mengikut bandar utama matawang.

PANDUAN WAKTU LONDON OPEN DI MUSIM PANAS:

PANDUAN WAKTU LONDON OPEN DI MUSIM SEJUK:

Okey selesai mengetahui zon-zon waktu di atas, sekarang kita lihat kepada backtest.

Strategi ini menggunakan pending order buystop dan sellstop, oleh itu anda perlu waktu tertentu untuk menetapkan order anda.

Pair : GBPUSD

Sila klik foto untuk paparan penuh.

Note:

  1. Buka pada jam 3 pm, perhatikan candle yang closed.
  2. Anda akan setkan pending order buystop ataupun sellstop berdasarkan candle itu. Akan tetapi sebelum itu, perhatikan dahulu gambar di bawah;

Note:

  1. Tentukan arah berdasarkan pattern price semasa
  2. Dikenal sebagai wave atau ABC up dan ABC down pattern

Stoploss dan TP anda adalah seperti berikut;

Lihat contoh di bawah:

SEBELUM.
SELEPAS.

Note:

  1. Kenal-pasti candle yang closed pada jam 3.
  2. Perhatikan pergerakan. Jika ia menaik, Setkan Sellstop. Target profit adalah 50 pips. Anda boleh juga setkan antara 20 dan 30 pips(tidak digalakkan terutama berdepan trend sideways).
  3. SL anda adalah pada last high terdekat.
  4. Trade sellstop trigger dengan takeprofit 50 tercapai.

Lagi satu contoh trade sukses:

…dan satu lagi.

Okey, jika di atas adalah contoh trade yang sukses, berikut pula adalah contoh trade yang tidak berjaya.

Trade sell di atas trigger namun price naik dan hit stoploss. Mengambil atau menerima kerugian adalah sebahagian dari forex trading ini jadi sila terima dan jangan ubah trading plan. Di sebabkan teknik ini mengamalkan profit target yang tinggi, saya yakin kerugian itu masih boleh diatasi pada trade berikutnya.. kecuali jika anda tetapkan target yang kecil seperti 10pips mungkin anda akan kerugian lebih banyak berbanding keuntungan.

Backtest di atas adalah bersifat hypothetical di mana result lepas mungkin tidak sama di masa akan datang namun apa yang penting di sini adalah reward yang tinggi berbanding risk dan ia sesuai digunakan oleh peringkat pemula(newbie) ataupun pertengahan.

Selebihnya, jaga money management sahaja!

Sekian.

ADMIN
24/07/18

P/S: Jika anda punyai pendapat atau idea yang ingin dikongsikan, sila hubungi admin di 0168225295 .



Comments