TEKNIK ENTRY BERDASARKAN ‘MARKET STRUCTURE’ ATAU STUKTUR TREND

Asas pembentuk trend adalah Higher Low, Lower High, Higher High untuk uptrend dan Higher Low, Lower High, Lower Low untuk downtrend.

Dari segi teori bertulis dan bergambar ia nampak mudah difahami tetapi dalam live trading untuk menentukan sesuatu point high high atau lower low itu adakalanya agak tricky dan bukan semudah di fikirkan.

Hakikat sebenar stuktur market adalah ia berkaitan terus dengan historical SNR samada terdekat ataupun jauh.

Malah dalam keadaan tertentu ia boleh dikaitkan dengan SNR yang wujud 2-3 tahun sebelumnya untuk melihat potensi entry mahupun exit.

Dari gambar di atas dapat dilihat dengan jelas bagaimana snr terdahulu mempengaruhi entry pada trend reversal.

Kita boleh tentukan untuk sell sahaja untuk downtrend dan buy sahaja ketika uptrend. Apa yang penting adalah kenalpasti breakout major trendline kemudian lihat stuktur trend berdasarkan point X dan B kemudian seterusnya entry berdasarkan SNR dan candlestick.

Indikator MA akan jadi confirmation kedua untuk perubahan trend di mana jika uptrend, candle mestilah di atas MA dan jika downtrend maka candle mestilah di bawah MA.

Untuk memudahkan pemahaman, kita gunakan konsep trend berdasarkan AB sebagai permulaan trend dan X sebagai penghujung trend.

EMA akan bertindak sebagai trend, SNR lepas akan menjadi panduan stuktur entry anda.

Point A dan B sebagai permulaan trend.

Mudah bukan?

ADMIN
18/05/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.