TEKNIK SCALPING M15

TEKNIK SIGNAL H4 & ENTRY M15

SIGNAL & ENTRY

Ramai yg bertanyakan kepada saya bagaimana nak guna signal H4 dan entry pada TF lebih kecil. Anda boleh gunakan apa sahaja teknik entry untuk menjana signal. Next step adalah, kenal-pasti S&R dan price action di timeframe kecil, sebagai contoh M15. Selain M15 anda juga boleh gunakan M30,M5 dan M1. Tetapi kali ini saya kongsikan mengenai entry M15. So berikut sedikit perkongsian ilmu mengenainya..

Step-by-step ringkas:

  1. Kenalpasti SNR di H4, buat marking
  2. Kenalpasti candle yang terbentuk di SNR itu adakah ia signal buy atau sell. Jika buy, ia mestilah reject atas support. Sell pula adalah jika reject bawah resistance.
  3. Buka M15, entry ikut confirmation

Gambar di bawah adalah cth signal buy pair EURJPY.

1. SCALPING

Bermaksud anda akan open dan close trade dalam masa singkat. Menentukan trade yang kita buat hari ini sebagai scalping bermaksud kita hanya akan lakukan trade dlm masa yg singkat sahaja.Ia juga bermaksud target profit kita mestilah kecil dan tak lebih dari 20pips.

Berdasarkan foto, kita dapat kenal-pasti berlakunya pembentukan reversal buy apabila close candle bullish engulfing diikuti dengan berberapa lagi candle pin bar. Ia menjadi confirmation kepada signal buy di timeframe H4. Apabila price membuat retest pada lowest point terdekat(rujuk pada bearish candle sbg lower point terdekat), kita akan membuka posisi buy secara layer.

2. KAWALAN RISK[PENTING]

Dalam gambar saya tunjukkan bagaimana trade setup saya hanya menggunakan SL bawah 15pips pada awal entry(SL besar pada entry breakout, 30 dan 20 pips risk).

Wajib breakeven jika trade lot besar/pips value besar.

Wajib SL dan cutloss manual jika price tak bergerak ikut signal asal.

3. REWARD

TP sekitar 5,10,15 dan 20pips pada entry terawal.

TIPS

Jangan tamak, jangan over entry dan ubah TP kepada lebih besar(ubah scalp kpd swing.

Feel free to Save or Share.

Sekian dulu perkongsian dari saya untuk hari ini. Hingga jumpa ke post berikutnya di masa akan datang. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan anda! 🙂

Sekian,

ADMIN
13/09/16
www.pullbackforextrading.com

Comments