TEKNIK SNR TERMUDAH | TEKNIK DAYTRADING PALING SIMPLE UNTUK NEWBIE

Print Friendly, PDF & Email

Alhamdulillah, lagi dua hari maka berlabuhlah tirai bulan March tahun ini menandakan 3 bulan sudah berlalu. Apa khabar perkembangan trade anda setakat ini? Saya doakan semuanya berjalan lancar tidak kira apapun keadaannya-jika profit semoga berterusan, jika gagal semoga bangkit semula dengan strategi yang lebih hebat!

Persoalan yang sering bermain di dalam fikiran semua newbie, apakah strategi paling simple yang boleh dilakukan tanpa entry rule yang rumit serta kalau boleh yang berikan pendapatan profit harian.

Jika harian, ia merujuk kepada daytrading atau intraday di mana sesuatu entry post dibuka dan ditutup dalam masa 24jam. Mungkin 1 jam, 2 jam atau cuma sekadar 8 ke 12 jam.

Baca : https://pullbackforextrading.com/memahami-market-ikut-timeframe/

Jadi ini adalah daytrading yang dimaksudkan.

Terdapat banyak teknik atau strategi yang anda boleh cuba tetapi saya sarankan bermula dari yang paling asas sekali. Iaitu SNR atau support dan resistance.

Untuk melakukannya secara daytrading, maka anda perlukan level SNR yang terbentuk secara harian juga. Ini termasuklah yang terbentuk dari timeframe jam hinggalah minit. Akan tetapi masalahnya jika di timeframe minit, ia agak noisy(serabut) serta terlalu banyak dan tidak semuanya adalah SNR valid.

SNR adalah asas paling penting, melalui blog ini anda boleh dapatkan sumber bacaan percuma. Sila ke halaman carian ini untuk mencari maklumat yang anda perlukan.

Untuk memudahkan anda, artikel ini saya pernah tulis dahulu di sini https://pullbackforextrading.com/support-resistance-2/

Dalam artikel di atas saya kongsikan cara marking mudah, kali ini saya akan kongsikan cara tradingnya pula!

Baik, jom kita mulakan.

ELEMEN TEKNIK

Sebelum melanjutkan kepada teknik, berikut elemen-elemen penting teknik yang anda perlu tahu.

  1. Asas candlestick
  2. Timeframe
  3. Cara marking
  4. Entry dan Exit

Ok, jadi ada 4 elemen semuanya dan saya akan terangkan satu demi satu untuk anda.

ASAS CANDLESTICK

Untuk candlestick, anda perlu fahamkan opening dan closing candle sahaja.

Untuk ini anda tak perlulah mengkaji keseluruhan topik mengenai candlestick seperti pattern atau chart pattern. Memadai anda faham closing candlestick untuk menentukan direction pasaran.

Ciri-ciri candlestick:

  • Bullish : closing di atas(market uptrend) entry adalah buy.
  • Bearish : closing di bawah(market downtrend) entry adalah sell.

Candle bullish sebagai entry buy pada market uptrend.

Candle bearish untuk entry sell pada market downtrend.

Baca >>  STRATEGI INTRADAY MENGGUNAKAN MARKING SNR

Sekarang kita pergi kepada timeframe pula.

TIMEFRAME

Untuk timeframe daytrading, anda boleh gunakan di H1 dan H4. Kunci utama di sini adalah semakin besar timeframe maka semakin baiklah signal yang anda boleh perolehi. Disebabkan trading secara harian(daytrading), maka anda disarankan menggunakan timeframe H4 untuk mendapatkan SNR harian anda.

Anda boleh baca perkongsian saya mengenai SNR marking di H4 dan entry di M15 di sini >> https://pullbackforextrading.com/teknik-scalping-m15/

Kegunaan timeframe untuk teknik ini

  1. Untuk membuat marking
  2. Untuk confirmation entry

Membuat marking adalah di H4. Manakala entry boleh dibuat di H4 juga atau, di H1 atau di M30 atau di M15 bergantung kepada skill entry anda.

Kenapa ada entry sehingga di M15? – Jawapannya adalah semakin kecil timeframe, semakin awal confirmation yang anda dapat. Melalui cara ini anda boleh entry lebih awal dan mendapatkan price lebih tinggi untuk sell dan lebih rendah untuk buy. Stoploss juga adalah seminima mungkin dihujung shadow candle entry anda.

Lihat perbandingan entry H4 dan M15 di bawah.

Marking adalah di 137.041 untuk pair EURJPY.

Candle bullish adalah mewakili retest ke 137.041 manakala candle bearish adalah rejection iaitu signal entry manakala entry anda adalah pada opening candle selepasnya. Berdasarkan candle H4, entry adalah di 135.906. Kita lihat pula entry di M15 menggunakan kaedah yang sama. Bullish retest, bearish reject, next candle sebagai entry.

Jika lihat di M15, entry adalah lebih tinggi iaitu di 136.675. Jika ditolak dengan entry di H4(135.906) terdapat perbezaan sebanyak 77 pips!

Kesimpulannya, lebih awal entry, lebih kecil stoploss dan lebih besar potensi profit!

Akan tetapi, sila praktis dahulu untuk dapatkan kefahaman. Jangan pula terlalu teruja untuk trade live hanya sebab anda tahu kaedah ini.

CARA MARKING MUDAH

Sedikit ulangan mengenai cara marking.

Pertama sekali, buka chart H4 anda. Sila buka mana-mana pair yang anda suka. Pilih satu sahaja dahulu.

Baca >>  TEKNIK FIBONACCI PALING MUDAH: CUSTOM SETTING FIBONACCI YANG WAJIB ANDA KETAHUI

Cara marking ini adalah termudah dan tidak membingungkan. Tapi sekiranya anda biasa dengan cara marking di shadow candle, itu terpulang kepada anda. Di sini saya kongsikan cara marking menggunakan line chart.

Buka chart demo account anda, dan sila ubah chart anda kepada line chart.

Chart anda akan kelihatan seperti berikut;

Fokus utama marking anda adalah pada lengkuk garisan. Lihat di bawah;

Sekarang berdasarkan lengkuk tersebut sila tandakan(marking) gunakan garisan melintang/horizontal line.

Sila buat tanda SNR(marking) pada garisan yang nyata sahaja. Abaikan lengkuk kecil. Selepas itu tukarkan semula chart anda kepada candlestick.

Apakah maksud disebalik line chart tersebut? -Ia adalah closing price pada candlestick body.

Selesai!

Tips marking

Pastikan chart anda tidak terlalu serabut dengan marking yang terlalu banyak. Memadai jika ada 5 atau 8 marking sahaja. Tetapi jika anda tidak merasa serabut punya lebih banyak garisan, itu terpulang kepada anda. Bagi saya, keep it simple clean adalah lebih baik. Garisan boleh ditambah jika kesemua marking ditembusi. Marking baru akan dibuat lagi berdasarkan lengkuk-lengkuk lepas.

Untuk tujuan ini anda perlu sedikit latihan. Jangan terlalu tergesa-gesa untuk mencuba di live account kerana anda mungkin terlepas peluang untuk belajar betul-betul kaedah ini dan akhirnya hanya membuang masa dan wang anda. Oleh itu sila belajar di demo account dahulu dengan sabar, disiplin dan tekun.

Kegunaan marking

Kegunaan utama adalah untuk menjadi panduan entry anda di masa hadapan apabila berlaku retest dan reject di kawasan SNR ini.

Baca : teknik retest dan reject

Entry akan dibuat berdasarkan candlestick bullish/bearish dan juga closing candlestick tersebut.

ENTRY DAN EXIT

Buat marking, tunggu retest dan entry jika reject. Simple sahaja. Tiada indikator diperlukan. Memadai anda tahu di mana area penting untuk entry, tunggu retest dan entry jika confirmed. Jika breakout pula pada marking tersebut, perhatikan arah pasaran dan gunakan fakta SNR untuk memahami trend.

Jangan pula memandai-mandai untuk entry jika tiada confirmation. Ok jom lihat confirmation yang saya maksudkan.

pair dalam gambar: eurjpy

ENTRY:

Berdasarkan gambar di atas, trend berubah arah apabila breakout berlaku pada SNR marking, kemudian pada marking yang sama juga biarkan retest berlaku dan entry akan dibuat jika rejection berlaku. Point #1 adalah breakout pada marking 127.575.

Baca >>  Panduan Lengkap Belajar Forex

Daripada marking sebelum ini –

Point #2 – lihat candle bearish sebagai retest ke area marking 127.575(selepas breakout, marking resistance menjadi support atau, RBS).

Point #3 – candle bullish adalah rejection sebagai confirmation entry buy.

EXIT:

Berdasarkan marking sebelum ini juga, exit dibuat apabila candle menjejak semula area marking tersebut.

Exit atau TP boleh dibuat pada resistance terdekat atau resistance berikutnya.

Ini bermaksud selepas break sesuatu resistance, candle akan naik ke resistance berikutnya.

128.250 atau 128.389 dan juga 129.671 adalah exit point berdasarkan marking SNR sebelum ini.

Lihat lagi contoh di bawah;

Ok marking sudah dibuat, selanjutnya biarkan price dan trend bergerak hingga retest area-area marking yang dibuat.

Retest bermaksud price menguji level tersebut. Sekiranya ia level strong, maka rejection akan berlaku. Candle yang close bearish adalah entry trigger anda.

Dengan mudahnya anda hanya perlu menunggu setup hanya dengan marking dan rejection! Ingat, pastikan candle close bearish untuk entry sell dan candle bullish untuk buy. Exit boleh dibuat pada marking berikutnya ataupun exit pada scalping trade dalam lingkungan 20 atau 30 pips.

Tak perlu indikator, tak perlu entry rule yang rumit dan paling penting tak perlu pun masuk kelas.

RUMUSAN

Berikut rumusan untuk pembelajaran kali ini;

  1. Candlestick closing adalah untuk menjadi panduan entry. Bullish untuk buy dan bearish untuk sell.
  2. Marking akan dibuat pada H4(4 jam) kerana ia lebih valid berbanding 1 jam ke bawah.
  3. Selesai marking, biarkan price atau candle pergi ke marking tersebut untuk mengujinya, adakah akan break atau reject. Jika reject, entry akan dibuat.
  4. Marking yang telah ditembusi(breakout) akan menjadi panduan perubahan trend berdasarkan fakta SNR.
  5. Entry pada timeframe kecil berikan kelebihan stoploss minima dan profit maksima.

Baca : Teknik termudah fibonacci

Okeylah, sampai di sini dahulu untuk artikel kali ini. Jika anda punyai soalan atau cadangan, bolehlah whatsapp admin di 0168225295 atau emailkan ke admin@pullbackforextrading.com.

Sehingga berjumpa lagi!

ADMIN
30/03/22

Comments

comments

Leave a Reply

Translate »