Teknik Trading A.C.T – Part 2

Teknik Trading A.C.T – Part 2 – Upgrade trading dari Beginner kepada Advance

Sambungan dari part 1. Sila klik sini untuk part 1.

Pada bahagian sebelum ini saya telah mengupas mengenai candlestick sebagai bahasa trader seluruh dunia dan juga mengenai perubahan arah last minit yang membentuk kepada fakeout atau false break.

Kali ini saya akan kongsikan pula mengenai fakeout trading ini dan bagaimana ia boleh menjadi kelebihan kepada anda jika anda tahu menggunakannya dan tahu pada bila untuk melihat peluang darinya.

Anda seorang newbie? sampai bila nak kekal newbie? inilah masanya untuk upgrade kepada advance!

crowed1 crowed2

 

Ini adalah reality trading…

Sering-kali kita merasakan kita dah mengikuti trend tersebut tiba-tiba ia reversal pulak. So kita yang dah follow tu tiba-tiba jadi melawan arah pulak. So apakah solution terbaik?

Saya selalu memerhatikan pergerakan ini dan ia berlaku secara konsisten di timeframe yang lebih besar seperti Monthly, Weekly dan juga Daily. Apa yang perlu adalah fahami sahaja price action dan reaction.

Berikut saya sediakan gambar ringkasan.

cs1-bear-horz-vert

 

 

iklan-baru

 

ASAS TEKNIK:

1 CANDLE YANG SUDAH COMPLETE KEMUDIAN DIIKUTI 1 LAGI CANDLE BARU YANG MEMBUAT NEW HIGH ATAU NEW LOW KEMUDIAN REVERSAL. So kat sini kelihatanlah 1 candle dengan 1 shadow panjang dan candle body yang berubah bentuk dari bullish kepada bearish atau bearish kepada bullish. Maka inilah entry setup yang dimaksudkan.

 

SL dan Entry yang jelas.

SL atau Stoploss adalah ditentukan melalui shadow atau new high. Entry pula adalah berdasarkan pertukaran body candle. Kenapa SL di hujung new high/low? Jawapan mudah adalah, jika price gerak lagi naik or turun maksudnya bukanlah fakeout kan?

Perkara penting dalam trade bukan semestinya bila nak entry, tapi jika bila nak out. Setuju?

crowed

Exit point.

Exit point ditentukan berdasarkan dua cara, iaitu;

1). Exit apabila candle close dan keluar candle baru.

2) Exit mengikut spesifik target seperti 10 pips, 20 pips ataupun 30 pips.

EXIT POINT #1

close-trade

 

Exit cara ini lebih kepada mengikut jangka hayat candle itu. Bayangkan jika trade pada chart Monthly? maka close la bulan depan. Jika trade Weekly chart, close minggu depannya. Jika trade Daily, close la pada daily.  Jika trade H4, close selepas 4 jam.

EXIT POINT #2

crowed2-copy

 

Yang ni saya sangat recommended. Sebab ada spesific target iaitu dalam lingkungan 10,20 atau 30 pips. Dah sampai target maksudnya kerja dah settle. Jadi boleh proceed pada signal berikutnya. Forex ni tak perlukan kerja keras pun. 🙂

LIVE TRADE

Trader yang kejar-kejar trend akan sangkut buy @ high atau sell @ low kat shadow dan trader lain pula entry mengikuti arah sebenar selepas shadow itu terbentuk. Mari kita lihat berberapa screenshot live trade saya.

1). EURUSD:

eurusd-monthly

eurusd-weekly

 

2). USDCHF:

usdchf-monthlyx

usdchf-weekly

 

3). USDCAD:

weeklyucad

 

Kesemua trade ini adalah diilhamkan sepenuhnya dari fakeout ataupun false break dan tidak ada masalah untuk digunakan ke hampir semua jenis pair-pair forex. Secara konsistennya saya melihat potensi scalping trade 10-20 pips exit point dan maksimum profit berdasarkan jangka hayat candle itu sendiri.

DOWNLOAD TEKNIK A.C.T DALAM BENTUK PDF! KLIK SINI

Apa-apa pun ia bergantung kepada tahap trader itu sendiri kerana ia adalah kritikal untuk menentukan samada anda long term ataupun short term trader. Jika ingin short term maka anda akan close pada pips kecil dan jika long term maka anda akan simpan posisi trade anda untuk jangka panjang untuk profit yang lebih besar.

Akhir kata…

Setelah melihat logik teknik ini, apakah pendapat anda? Adakah anda sudah punyai trading plan anda sekarang? Teknik ini tidak menjaminkan 100% tepat. Namun dengan gabungan kesabaran, disiplin dan money management, saya yakin anda dapat menaik-taraf trading anda ke tahap yang lebih tinggi, atleast advanced trader dan bukan lagi newbie.

So sampai di sini dulu. Hingga jumpa di post yang akan datang.

Terima kasih!

 

ADMIN
www.pullbackforextrading.com

www.fibo966.com

 

 

 

 

 

 

Comments