TIPS BUYING DAN SELLING DALAM FOREX MARKET

TIPS BUYING DAN SELLING DALAM FOREX MARKET

  • Buy dan Sell ikut terendah atau tertinggi(buy low sell high, sell high buy low)

  • Buy high sell higher(beli harga tinggi, jual lebih tinggi) dan Sell low, Buy lower(jual murah, beli lebih murah)

Salam all readers and follower..

Hari ni saya nak kongsikan satu tips penting dalam membuat buying dan selling dalam forex market. Forex adalah pasaran dua hala di mana para trader atau pedagang boleh menjana keuntungan melalui jual dan beli dalam pasaran ini.

Disebabkan perdagangan forex ini jual dan beli berapa ramaikah yang faham situasi ini? buy dan sell??

Ok macamni,
1). Jika anda buy.. -anda sebenarnya membuat buy pada base currency menggunakan quote currency.
2). Jika anda sell… -anda sebenarnya membuat sell base currency itu kepada quote currency.

Apabila menutup posisi pula apa sebenarnya yang berlaku??
Jika anda buy, anda pula sebenarnya membeli matawang base dan menjual matawang quote. Kiranya pembelian matawang base itu menggunakan matawang quote. Sebagai contoh anda buy EURJPY, dalam situasi ini anda buy EUR menggunakan JPY. Matawang JPY ini sebenarnya dijual untuk membeli matawang EUR itu. -contoh lain- Jika anda buy EURUSD pula anda sebenarnya buy EUR menggunakan USD. USD ini dijual untuk mendapatkan EUR. Apabila anda menutup posisi buy ini, anda sebenarnya menjualkannya untuk membeli semula quote currency pair tersebut ataupun dalam bahasa lainnya menjual matawang base tadi untuk membeli semula matawang quote. Maksudnya beli dulu jual kemudian.

Jika anda sell pula, anda menjualkan matawang base untuk membeli matawang quote. Apabila anda menutup posisi ini pula anda sebenarnya membeli semula matawang base ini menggunakan matawang quote pada harga lebih rendah. Oleh itu ianya dipanggil jual dahulu, beli kemudian.

Forex adalah urusniaga melibatkan tukaran-tukaran antara pasangan atau pair matawang. Ingat FOREX adalah singkatan dari FOreign EXchange iaitu tukaran matawang asing.

Perbezaan ketika semasa membeli dan menjual matawang ini(di akhir urusniaga) akan menghasilkan profit ataupun loss kepada trader.

Menjana profit melalui pasaran?

Anda mahu menjana profit melalui trading? Anda perlu membuat belian dan jualan pada harga yang tepat dan kemudian menjualnya semula pada harga yang lebih baik. Ia adalah proses yang sama dalam urusan perniagaan di mana sesuatu jual beli hanya akan menghasilkan keuntungan melalui dua cara iaitu, samada anda jual mahal atau anda beli lebih murah.

Anda tidak boleh menjana untung dengan membeli mahal dan menjual murah atau menjual sesuatu itu pada harga murah kemudian membelinya semula pada harga mahal. 🙂

Okeylah, tanpa buang masa mari kita ikuti tips berikut.

Buy dan Sell ikut harga terendah dan tertinggi

Ini adalah perkara yang paling dikejar dan dicari-cari oleh trader. Memasuki pasaran pada harga rendah dan jualkan pada harga lebih tinggi atau, jual harga tinggi dan beli semula pada harga lebih rendah. Inilah cara terunggul untuk menghasilkan profit sebenar dalam forex!

Tips yang perlu diikuti:

Untuk tujuan ini, trader perlulah memfokuskan kepada retracement atau pembalikan ketika sesuatu pergerakan itu berlaku. Sebagai contoh anda hendak membeli(buy) eurusd ketika uptrend. Untuk cara ini, anda perlulah menunggu price berpatah-balik atau retrace, kemudian bolehlah memasuki pasaran dengan membuat belian pada pair eurusd tersebut.

Proses yang sama juga untuk membuat penjualan(sell) dalam pasaran, anda perlu jual harga lebih tinggi dalam sesuatu downtrend(iaitu tunggu ketika ia membuat retracement menaik) dan tutup posisi tersebut pada harga lebih jauh rendah. Dengan ini anda akan menjana profit.

Teknik kenal-pasti trend..

Retracement akan sentiasa berlaku dalam sesuatu pergerakan trend naik(uptrend) ataupun turun(downtrend). Oleh pelajarilah teknik yang boleh membantu anda kenal-pasti trend dan seterusnya manfaatkan trend tersebut melalui retracement yang akan berlaku.

Kaedah buy low ini mempunyai kelebihan kepada trader yang mengambil posisi ini iaitu sudah tentu dari segi reward ratio di mana anda boleh meletakkan minimum Stoploss dengan maksimum profit target.

Akan tetapi perlu diingati, anda perlulah menguasai sepenuhnya teknik kenal-pasti trend terlebih dahulu barulah manfaatkan peluang entry buy low sell high ini yea..

Buy High Sell Higher, Sell Low Buy Lower

Terlepas peluang buy low atau sell high? Jangan risau. Peluang tetap akan ada. Apa yang perlu adalah kenal-pasti di manakah peluang itu ada. Ingat walaupun ramai yang kerugian akibat membuat buy harga tinggi atau menjual harga rendah ini tetapi jika ia dilakukan dengan betul, anda sebenarnya masih berpeluang menjana profit. Sudah pastinya ia berlandaskan ilmu dan bukannya berjudi.

Buy high, Sell higher
Bermaksud anda membuat entry buy pada harga yang lebih tinggi dari harga semasa di waktu yang akan datang dan menutup posisi buy tersebut pada harga yang lebih tinggi. Dalam forex, apabila anda membuat pembelian, anda membeli pair tersebut menggunakan matawang pasangannya, sebagai contoh GBPUSD, apabila anda buy pair ini bermaksud anda beli GBP menggunakan USD. Kemudian apabila anda menutup posisi buy tersebut, anda sebenarnya menjualkan GBP tersebut kepada USD pula. Hasil tukaran dari dua matawang ini anda menjana profit.

Sell low, Buy lower
Bermaksud anda membuat entry sell tetapi pada harga lebih rendah dari semasa di waktu akan datang kemudian menutup posisi tersebut pada harga yang lebih rendah. Pada waktu ini apabila anda membuat sell, anda menjual matawang tersebut kepada matawang pasangannya. Sebagai contoh GBPUSD, apabila anda sell, anda sebenarnya sell GBP kepada USD dan apabila anda menutup posisi sell ini, anda sebenarnya melakukan dagangan buy iaitu mem-buy-nya(sorry jika ayat ini agak pelik..) menggunakan USD.

Membuat pembelian dan penjualan di waktu akan datang ini pula berkait-rapat secara langsung dengan konsep Support dan Resistance. Mari ketahui bagaimana kaitannya..

Forex adalah urusniaga melibatkan tukaran-tukaran antara pasangan atau pair matawang. Ingat FOREX adalah singkatan dari FOreign EXchange iaitu tukaran matawang asing.

Fakta Support dan Resistance

Jika anda pelajari support dan resistance atau fakta support resistance, anda akan dapati sesuatu breakout itu boleh membantu anda memasuki pasaran dengan kaedah yang dibincangkan.

Apakah yang dimaksudkan sebagai fakta support resistance?

Okeylah sedikit ringkasan mengenai fakta SNR ini.

Support : Penyokong kepada uptrend dan penghalang kepada downtrend.
Resistance : Penyokong kepada downtrend dan penghalang kepada uptrend.

Sesuatu SNR yang ditembusi akan bertukar fungsi. SNR yang bertukar fungsi inilah yang akan dijadikan panduan entry anda.

Tips yang perlu diikuti:

Untuk melaksanakan buy high sell higher atau sell low buy lower yang betul-betul menghasilkan keuntungan, anda perlu kuasai perkara berikut;

Support menjadi(become) Resistance(SBR) : Apabila sesuatu harga penghalang kepada downtrend telah ditembusi(breakout), ia bertukar fungsi daripada penghalang kepada penyokong iaitu jika sebelum ini price naik apabila sentuh support, apabila tembus, harga support menjadi harga perintang/penghalang kepada uptrend.
Resistance menjadi(become) Support(RBS) : Apabila harga rintangan atau penghalang kepada uptrend telah ditembusi, ia akan menjadi harga penyokong kepada uptrend.

RBS dan SBR ini adalah keutamaan anda jika terlepas sesuatu peluang itu. Lihat contoh di bawah;

Entry buy dibuat apabila price break dan pullback di atas RBS. Walaupun sudah terlepas peluang untuk buy low, namun dengan memahami fakta support resistance, peluang tetap boleh dimanfaatkan di masa yang akan datang. Jadi jika pada waktu ini contohnya anda ingin membuat buy low tetapi price sudah gerak naik, perhatikan jika terdapatnya resistance yang ditembusi(breakout) di waktu yang akan datang dan ambil peluang buy jika price retrace semula ke resistance tersebut yang kini berfungsi sebagai support.

Peluang sentiasa ada asalkan sabar dalam menanti peluang tersebut. Terlepas peluang sell high tidak mengapa. Kita masih boleh sell low apabila ada peluangnya. Yang penting sabar dan ambil keputusan yang betul sahaja.

Takut terlepas peluang? kini tidak perlu risau lagi. 🙂

Allright! Sampai di sini dahulu untuk tips kali ini.

Dua tips ini ditulis berdasarkan pengalaman saya dalam live trading dan masih diguna-pakai sehingga hari ini. Melalui group live trade whatsapp, saya akan kongsikan tips, trick analisis dan signal harian menggunakan kaedah yang sama. Jadi tak perlu risau kalau timbul persoalan, “boleh pakai ke teknik ni?…” jawapannya sudah tentu BOLEH!

Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, silakan kongsi dengan rakan-rakan anda. Semoga ilmu yang dikongsikan ini membantu anda menjadi lebih pro dalam membuat entry dan seterusnya menjana profit yang banyak sekali.. 🙂 🙂

Admin
18/09/18

 



Comments