TIPS KEMBALI TRADING SELEPAS CUTI RAYA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sudah lama bercuti dari trading kerana kesibukan persiapan raya dan juga menyambut hari raya dan kini hendak bermula trading kembali? Berikut tips untuk anda.

  • Mulakan analisis teknikal dari timeframe besar

  • Semak jadual news release

  • Rancang risk dan reward ratio

  • Perkara yang perlu dielakkan

Mulakan analisa teknikal dari timeframe besar

Mulakan analisis anda pada timeframe Weekly ataupun Daily untuk menentukan hala-tuju pasaran. Adakah anda perlu buy atau sell pada minggu ini ataupun hari ini. Menentukan arah melalui timeframe besar amat penting agar anda hanya mengikuti arah sebenar pasaran.

Mula lukis SNR anda bermula dari timeframe besar ini, sambungkan fibonacci dan trendline anda kemudian nantikan retracement untuk entry buy low ataupun sell high anda.

Semak jadual news release

Anda sudah membuat analisa trend dan sudah menetapkan kawasan entry anda, namun masih ada perkara penting yang anda perlu ambil penting iaitu news release. News release boleh jadi ‘penganggu’ entry anda dan adakalanya juga membantu anda untuk mencapai target. Oleh itu kenal-pasti news release dalam masa terdekat ataupun dalam minggu trading anda agar anda boleh merancang perjalanan trade anda samada anda perlu trade sebelum news ataupun selepas news itu nanti.

Untuk senarai news release, sila ke www.forexfactory.com

Rancang risk dan reward ratio anda

Rancang risk dan reward adalah penting selain membuat trading plan di atas.Merancang bermaksud anda perlu menetapkan risiko kerugian dan keuntungan yang munasabah dan wajar untuk anda semasa live trading.

Merasa tertinggal dengan pergerakan market boleh jadi menganggu tumpuan anda dan terasa ingin trade lot besar kerana merasa ‘kerugian’ terlepas peluang yang lepas(semasa bercuti dari trading) adalah suatu petanda yang kurang baik.

Oleh itu adalah penting untuk memastikan emosi stabil dan rancanglah berapa kerugian yang sanggup diterima serta berapa keuntungan sasaran yang sesuai agar perjalanan trading anda lancar dan bukannya menjadi masalah di kemudian hari.

Perkara yang perlu dielakkan

Anda sudah membuat trading plan, mengetahui bilakah news release dan juga merancang risiko dan pulangan trading anda, kini anda perlu mengetahui pula apa yang perlu dielakkan.

Berberapa perkara berikut mungkin anda perlu pertimbangkan;

  1. Bertanya signal entry dari rakan
  2. Bermula modal besar dan tidak sanggup rugi
  3. ‘Membalas dendam’ dengan membuka lot besar dengan harapan mendapat pulangan besar segera
  4. Tergesa-gesa membuat keputusan seperti membuat entry dahulu, analisa kemudian
  5. Terikut-ikut analisa orang lain tanpa membuat analisa terlebih dahulu

Akhir kata..

Semoga artikel ini membantu anda kembali dalam trading dan sukses membuat profit serta menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

Sebelum mengakhiri artikel ini admin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada pembaca setia blog ini.

Sekian terima kasih.

ADMIN
11/06/19

Note: sudahkah anda menyertai membership scalping CSPRO? Klik sini untuk menyertai.

 

 

Comments