TIPS KONSISTEN BAGI PEMULA TRADING

TIPS KONSISTEN BAGI PEMULA TRADING

  • DAPATKAN MENTOR

  • SELALU MENCATATKAN JURNAL

  • KONSISTEN GUNA TEKNIK

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada pembaca sekalian.

Adakah anda baru dalam trading forex ataupun mungkin sudah lama berkecimpung dalam trading ini tapi masih belum konsisten profit dan masih belum jumpa lagi rentak trading anda dan masih mencari-cari hala-tuju dalam bidang ini? Berikut saya ingin kongsikan kepada anda tips-tips penting yang mungkin akan membantu anda.

DAPATKAN MENTOR

Dapatkan mentor, percayalah ia lebih baik dari belajar percuma melalui internet.  Tidak ramai yang boleh belajar sendiri tapi jika anda jenis yang berdikari dan cepat belajar itu tiada masalah. Sila teruskan.

Mentor yang anda perlukan semestinya yang boleh bantu anda dalam trading sekerap yang  mungkin seperti update harian market dan boleh menjawab persoalan-persoalan penting anda berkaitan market dan juga teknik yang digunakan. Mentor yang anda boleh jumpa untuk belajar adalah satu kelebihan tetapi jika mentor itu jauh dari anda, jika beliau mempunyai group trading yang aktif melalui whatsapp, telegram mahupun facebook, itu sudah mencukupi.

JOIN MEMBERSHIP HARI INI

Perlukah mendapatkan mentor yang mempunyai ‘track record’? -Jawapannya terpulang pada anda. Asalkan mentor itu bukan aktif mencari pelajar maka itu ok kerana kebanyakan trader yang mempunyai rekod ini kalau terlibat dengan bisnes kelas, adakalanya sentiasa sibuk mencari pelajar berbanding mengajar dan membimbing pelajar lama.

SELALU MENCATATKAN JURNAL

Tahukah anda market ini kerap mengulangi sejarahnya? Pengulangan ini ditafsir sebagai ‘pattern.’ Pattern-pattern ini pula terbahagi kepada berberapa bahagian dan yang popular adalah chart pattern dan candlestick pattern. Pattern-pattern ini adalah hasil dari psikologi dan tabiat trader. Ia berulang kerana sifat manusia itu sendiri suka mengulangi tabiat lamanya.

Pattern-pattern ini akan berlaku berulang-ulang dan anda perlu mencatatkannya ke dalam jurnal buku anda agar boleh dijadikan rujukan di masa akan datang.

Trader seperti Dan Zanger memanfaatkan chart pattern untuk kelebihan beliau dalam stock trading hingga menghasilkan keuntungan jutaan dollar dalam masa setahun. Oleh itu rajin-rajinlah mencatat perjalanan trading anda dan juga pattern-pattern chart untuk rujukan di masa akan datang!

KONSISTEN GUNA TEKNIK

Sejujurnya market ini tidak konsisten pergerakannya. Oleh itu bagaimana trader itu hendak konsisten? Jawapannya adalah konsistenlah guna teknik anda. Janganlah lompat-lompat teknik hanya sebab berdepan dengan siri kerugian dalam pasaran.

Okey andaikata tidak faham izikan saya huraikan.

Market ini terbahagi kepada dua stuktur, iaitu ranging dan trending. Jika anda trading pada trending, anda akan profit jika sesuatu pair itu trending tidak kira naik ataupun turun.

TAPI, anda akan kerugian apabila trend itu sudah mula ranging atau sideways. Ini adalah kerana tools dan trend indikator agak kurang efektif ketika ini. Maka anda akan berdepan dengan kerugian.

Pada waktu ini trader yang menggunakan teknik yang sesuai dengan ranging market akan profit pula. Tetapi apabila trend sudah trending, maka trader ranging market akan kerugian dan anda akan mula profit.

Trader yang lompat-lompat strategi akan sukar konsisten kerana adalah sukar untuk menjangka bila market akan ranging dan trending ini. Oleh itu kekal konsisten-lah dengan strategi yang anda gunakan hingga market itu bergerak mengikuti teknik yang digunakan.

Ingat, lompat-lompat teknik tidak akan menyelesaikan masalah anda.

Akhir kata…

Saya berharap artikel ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi dan motivasi kepada pembaca di luar sana agar mendapat cara yang betul dalam menuntut ilmu dan tidak mengamalkan lompat-lompat teknik untuk selesaikan masalah.

Konsisten menggunakan teknik adalah satu contoh disiplin yang wajib ada pada trader baru dan trader lama. Oleh itu konsisten-lah guna teknik anda dan jangan tukar-tukar kecuali teknik yang anda guna memang tak lengkap seperti tiada panduan MM dan tiada spesifik entry rule(SOP). Kalau macam ni memang wajib tukarlah sebelum anda kerugian lebih banyak wang. 🙂

Selalu ingat bahawa forex ini high risk, dan jika ia tidak menurut teknik yang digunakan, bukan bermaksud teknik itu tidak relevan atau tidak berfungsi, cuma market sahaja yang belum sesuai pergerakannya ikut teknik anda.

Sekian,

admin
29/03/19



Comments