TIPS MUDAH UNTUK DAPATKAN TRADE BERKUALITI

TIPS UNTUK TRADE BERKUALITI – 4 TIPS MUDAH INI UNTUK ANDA.

Apakah cara paling mudah untuk dapatkan setup paling berkualiti? Berikut tips untuk anda.

TIPS #1. Pilih Pair yang Trending sahaja

Pair trending akan berikan peluang trade lebih baik berbanding sideways. Dalam seksyen video membership, saya telah terangkan mengenai moving average 21(EMA21) dan stuktur trend. 

Pair yang bersandarkan JPY trending menurun sejak awal tahun ini dan adalah antara pair terbaik untuk trading. Dengan melihat kedudukan candle dan EMA 21, anda boleh buat kesimpulan bahawa trend adalah downtrend.

Selain menggunakan moving average, anda juga boleh gunakan candlestick analysis untuk tentukan trend.

Dengan hanya merujuk kepada dua perkara ini sahaja sudah cukup untuk kenal-pasti apakah trade plan berikutnya.

Stuktur trend sangat membantu untuk entry lebih awal

Pemahaman stuktur trend akan membantu detect perubahan trend lebih awal. Contohnya seperti AUDUSD dan USDJPY pada bulan april 2018 yang sedang naik sekarang, sudah saya alert kat group VIP pullback saya.

Pada ketika artikel ini diterbitkan, USDJPY sudah naik lebih 100 pips sejak dari 03 april dan AUDUSD sudah naik 120 pips sejak dari 04 april.

Note: group vip khas untuk membership pullback sahaja.

TIPS #2. Timeframe yang lebih besar

Pemilihan timeframe adalah kritikal kerana pemilihan trend yang salah akan menyebabkan anda berada di trend yang salah dan seterusnya berisiko kerugian.

Oleh itu timeframe yang disarankan adalah H4 ataupun Daily. Langkah seterusnya adalah membuat entry point pula.

TIPS #3. Support Resistance marking dan Price Action entry signal[wajib buat]

Setelah menentukan trend dari pemilihan timeframe, seterusnya adalah mengenal-pasti entry setup berdasarkan kedudukan SNR. SNR adalah berkait-terus dengan stuktur trend di mana jika break SNR, ia juga petanda perubahan trend. Oleh itu pemahaman SNR dan Stuktur trend adalah penting.

Setelah membuat marking, anda kini sudah mempunyai jangkaan untuk entry point anda. Selebihnya tunggu sahaja retracement dan candle signal untuk entry trigger anda.

Jika anda seorang risk taker, anda boleh entry cara sniper. Iaitu entry mengikut trend dan apabila price sentuh marking anda.

Seperti biasa, wajib breakeven atau eliminate risk jika sudah profit. Sayangi modal anda.!

Jika tiada signal, tiada entry. Simple dan mudah.

TIPS #4. Gunakan Risk Reward Ratio yang terbaik!

Dengan trading pada trending market, anda berpotensi mendapatkan reward ratio yang besar berbanding risk anda. Trading yang baik adalah yang mampu memberikan anda peluang keuntungan lebih tinggi dengan risiko seminima yang mungkin. Rugi itu tidak boleh dielakkan tetapi boleh dikawal. Setuju?

Perhatikan dua setup trade di atas, risiko adalah lebih kecil berbanding potensi profit yang boleh dihasilkan. Secara tidak langsung jika trade pada ratio 1:1 atau 1:2 sudah pasti objektif itu tercapai dengan mudah dan santai. Tak perlu pun berjam-jam depan chart kan? 🙂

Wajib breakeven jika trade pada ratio yang besar seperti 1:2 atau 1:3

Saya sentiasa berikan alert ini apabila trade sudah profit, jadi kalau tiba-tiba reverse jadi takde la isu masalah kan? 🙂

Tidak memenuhi syarat di atas? Jangan trade pair tersebut!

Struggle nak profit? Tak perlu susah-susah. Ada banyak lagi pair lain yang lebih baik. Abaikan dan move on saja. Cari pair yang betul-betul membantu anda untuk berjaya. Jangan susahkan diri trade pair yang tidak jelas arahnya.

Samada anda mahu terima atau tidak, adakalanya faktor kejayaan seseorang trader itu sebenarnya banyak bergantung dengan pair yang dia trade. Sebab itulah ada yang trade single pair sahaja tapi dah buat duit ratusan ribu dalam setahun. Ini adalah kerana banyak faktor ‘tersembunyi’ lain yang perlu dipertimbangkan juga seperti spread dan margin. Mungkin dari situ ada trader buat keputusan untuk fokus pada pair-pair tertentu sahaja berbanding redah semua pair yang ada. Pernah tak terfikir mengenainya?

Percayalah, anda hanya membuang masa dan buang duit sahaja trade pair yang arah tak jelas ke mana. Sebagai contoh, lihat eurusd, sideways saja memanjang, banyak false break. Abaikan je pair ni.

Kesimpulan…

Untuk bertahan jangka panjang, anda wajib mempunyai teknik yang boleh berikan high reward setup dan tugas anda seterusnya adalah kekalkan momentum itu selama mungkin. Dalam proses ini anda mestilah elakkan mencampur-aduk teknik-teknik lain atau mengikuti signal-signal lain yang tidak membantu anda sukses.

Permudahkan trading anda dan fokus kepada apa yang membantu anda trading dengan lebih baik, fokuslah pada trending pair dan tradelah pada reward ratio tinggi.

Sertai group VIP pullback! Istimewa bulan ini – anda boleh request personal coaching percuma

Terhad untuk bulan ini dan bulan depan, anda boleh request coaching untuk belajar lebih banyak tips pada live market mengikut kesesuaian anda. Akan tetapi ia tertakluk pada kekosongan sahaja, Siapa cepat dia dapat.

>>> Klik sini untuk maklumat lanjut <<<

Anda sudah join membership? Sila login sekarang untuk tonton video price action dan mulakan ulang-kaji anda!

TONTON VIDEO PRICE ACTION COURSE!

Sekian,

ADMIN
16/04/18

P/S: Artikel ini sebagai ulangkaji kepada artikel terdahulu. Link > http://pullbackforextrading.com/tips-pemilihan-pair-ini-akan-bantu-anda-lebih-profitable/

P/S/S: Practice make perfect!



Comments