TIPS TRADING – APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI BID, ASK DAN SPREAD

INFORMASI TRADING – APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI BID, ASK DAN SPREAD

HIGHLIGHT:

  • Apa itu bid, ask dan spread, fixed dan floating spread

  • Spread kecil suatu kelebihan

  • Kenali widen spread

  • Bucketshop broker

Apa itu BID, ASK

Bid dan Ask adalah harga yang ditawarkan oleh broker. Jika anda membuka posisi buy, anda akan membeli harga ASK yang ditawarkan oleh broker. Jika anda membuka posisi sell, anda menjual harga BID yang ditawarkan oleh broker.

BID adalah harga JUAL, ASK adalah harga BELI.

Button warna merah adalah sell dan ia adalah harga bid dan button biru adalah ask.




Apa itu Spread, floating dan fixed spread

Spread adalah jarak perbezaan antara bid dan ask. Perbezaan ini bergantung kepada broker. Jika broker itu adalah dari jenis floating spread, ini bermaksud spread anda akan berubah-ubah. Jika broker anda adalah fixed spread pula, maka spread yang ditawarkan adalah tetap dan tidak berubah-ubah.

Dalam brokerage, spread adalah pendapatan broker.

Konsep jual beli forex, Beli dulu jual kemudian dan Jual dahulu beli kemudian.

Apabila anda membeli pada harga ASK(buy trade), anda akan menjualnya pada harga BID. Apabila anda menjual pada harga BID pula(sell trade), maka anda akan membeli semula pada harga ASK.  Broker menjana pendapatan melalui jual beli ini dan inilah dikatakan spread sebagai pendapatan broker kerana untuk anda close sesuatu urusniaga, anda perlu cover kos urusniaga itu melalui spread.

Spread kecil suatu kelebihan

Perkara paling penting selepas memilih broker yang berlesen adalah tawaran spread yang disediakan. Spread memberikan kesan secara terus kepada trade anda. Jika anda seorang short term trader atau scalper, maka anda akan memilih broker yang menawarkan spread rendah.

Spread yang rendah bermaksud anda boleh entry dan exit dalam masa yang singkat berbanding spread yang besar. Ini kerana spread juga adalah kos dalam trading, jika anda trade buy contohnya, maka anda akan trade harga bid yang ditawarkan. Jika spread broker anda 2 pips sebagai contoh untuk pair EURUSD, maka trade anda akan mula profit apabila price bergerak naik 3 pips, anda  mula profit +1 pips. 2 pips lagi adalah untuk ‘cover’ kos spread 2 pips tadi.

Jika broker anda menawarkan spread yang besar, maka untuk profit, anda perlu pergerakan yang besar juga. Contohnya seperti 3 pips spread untuk pair EURUSD, maka anda perlu price bergerak 4 pips untuk mula profit sebanyak 1 pips.

Di atas ini cumalah contoh sahaja untuk broker yang menggunakan 4 decimal. Contoh price 4 decimal adalah 1.4000. Broker zaman sekarang hampir kesemuanya 5 decimal iaitu contoh seperti 1.40000.

Jika broker anda 5 decimal dengan spread 2 pips, maka ia akan dikira sebagai 20pips. Jika di broker 4 decimal anda TP 10 pips, maka di broker 5 decimal anda akan TP sebanyak 100pips, akan tetapi ia sebenarnya sama sahaja.

Ringkasan:

Pilihlah broker dengan spread yang rendah. Cari broker yang menawarkan spread kurang dari 1 pips iaitu ia akan tertera 0.2 pips, 0.5 pips

Broker spread terendah Klik Sini

Widen Spread(pengembangan spread)

Widen spread berlaku sewaktu news realease namun tidak semua broker berlaku widen spread ini. Keburukan yang jelas adalah Stoploss anda akan mudah terkena disebabkan widen spread ini. Trader yang trade hedging juga akan mengalami masalah trade buy dan sell yang trigger dalam masa yang sama. Oleh itu tidak digalakkan trade pada waktu ini jika broker anda mempunyai widen spread.

Widen spread juga menyebabkan TP anda tidak close walaupun price sudah langgar TP anda.

Why? berikut sebabnya.

Anda sudah tahu apabila anda buy, anda akan buy pada harga ask, maka TP anda akan dikira jika price bid sudah melanggar TP anda. Apabila pengembangan spread berlaku, jarak bid dan ask akan bertambah maka peluang untuk anda mencapai target akan menjadi sukar. Jika widen sehingga 10 pips contohnya, maka apabila price sampai ke TP anda, ia perlu bergerak lebih 10 pips dahulu barulah akan close trade anda.

Tips menetapkan TP berdasarkan BID dan ASK

Beriku saya buatkan satu contoh mudah untuk kefahaman anda mengenai menetapkan TP anda dan kaitannya dengan bid/ask.

Katalah anda membuat posisi buy dengan target profit di 1.2000. Jika spread broker anda adalah 2 pips, maka dari target profit itu anda tolak 2 pips. Oleh itu TP anda adalah 1.1998, iaitu 2 pips di bawah target 1.2000.

Ringkasan: Buy trade anda pada price 1.1990(ask price) dan TP pada 1.1998(ask price di kawasan 1.2000.

Apabila candlestick naik dan menyentuh 1.2000, secara tidak langsung trade anda akan close. Anda menjana profit +8 pips dari trade ini. Rumusan yang saya boleh katakan di sini adalah jika anda menetapkan sesuatu target itu, adalah penting untuk ambil kira kos spread kerana anda mungkin akan kerugian jika trade anda tidak close pada target yang ditetapkan kerana faktor spread ini.

Boleh tak kalau TP sahaja di 1.2000??
Jawapannya boleh tapi price perlulah naik 1.2002 untuk trade anda itu close pada 1.2000.
Note: Sepertimana anda ambil kira kos spread untuk TP, maka begitu jugalah untuk SL anda.

Okey, berbalik kepada topik widen spread sebelum ini, bayangkan jika widen sehingga 10 atau 20 pips, maka untuk close trade, price perlu naik 10 atau 20 pips di atas 1.2000 tadi barulah trade akan close.

Kesimpulan:
1. Apabila anda menetapkan TP di sesuatu price, pastikan anda ambil kira sekali kos spread sekali. Jadi tidaklah bingung kenapa price langgar TP tapi tak close pula. Jadi bayangkan apa akan jadi jika spread widen??

2. Kos spread ini akan menjadi pendapatan broker tidak kira anda untung ataupun rugi dan ia wajib diambil kira apabila anda menetapkan TP dan SL anda.

3. Spread kecil adalah suatu kelebihan kerana kos spread anda menjadi rendah dan peluang profit adalah tinggi jika anda dalam posisi yang betul ketika trade.

ZERO SPREAD? APA TU???

Zero spread bermaksud apabila anda membuka sesuatu posisi buy atau sell, open trade anda tidak dikenakan caj spread. Broker yang tidak mengenakan caj spread atau bahasa lainnya, zero spread ini biasanya mengenakan caj komisyen per-trade. Oleh itu jangan syok sangat dengan istilah ni sebab akan ada cara lain broker akan menjana wang dari trade anda.

Akaun Zero Spread dari Broker FBS. Caj komisyen adalah $20 untuk 1 standard lot(1.00 lot @ 10$/1pips)

Bucketshop broker dan SL hunting

Anda kini sudah faham serba-sedikit mengenai spread dan anda kini tahu ia adalah pendapatan broker. Sekarang saya nak dedahkan sikit mengenai bucketshop broker dan apa kaitannya dengan SL hunting.

Bucketshop broker ni(juga dikenali sebagai boiler-room) adalah broker yang tidak menghantar order client kepada pasaran tetapi sebaliknya hanya kekal berada dalam suatu tempat sahaja. Di sini broker akan tahu apa entry dan exit anda. Broker seperti ini mempunyai kawalan terhadap ‘pasaran’ dan mereka boleh menaikkan dan mengurangkan spread untuk menganggu trade anda dan secara tidak langsung akan merugikan anda.

Selain SL hunting, broker bucketshop ini terkenal dengan masalah seperti kerap requotes, slippage dan masalah seperti lambat execute order anda terutamanya membuat cutloss dan close profit. Tetapi secara ajaibnya amat pantas pula dalam menutup kerugian besar trade anda.

Bagi broker ini, kerugian client adalah pendapatan mereka.

Belajar stuktur trend melalui video

Akhir kata

semoga perkongsian ini dapat menambah pengetahuan anda mengenai bid/ask dan spread ini. Sedikit sebanyak dapatlah anda gunakannya untuk memilih broker yang sesuai dengan strategy dan teknik yang anda gunakan.

ADMIN
19/02/18

credit photo : forexpartner



Comments