Trade seperti sniper, bukan macam tembak machine gun!

Kalau anda boleh fahami beza kedua senjata ini- machine gun dan sniper- pasti anda faham apa yang dimaksudkan dengan tajuk utama artikel ini.

Maksud Perumpamaan

Machine Gun –
Sekarang mari kita rungkai dahulu ciri-ciri senjata ini didalam perperangan. Jika anda biasa dalam permainan video atau pernah menonton filem perang, pasti pernah melihat bagaimana ia digunakan dalam perperangan untuk menentang musuh – tembakan bertalu-talu dan tidak kesemua tembakan itu akan kena pada sasaran. Paling teruk, hanya satu atau dua sahaja yang akan kena atau mungkin tidak kena langsung. Ianya pasti menjadi suatu pembaziran dan merugikan sahaja.

Sniper –
Mahukah anda menjadi penembak tepat? Saya pasti ramai yang hendak menjadi penembak tepat ini setelah selesai membaca huraian saya mengenai sniper. Tiga ciri utama seorang penembak tepat adalah seperti berikut;

1 – Menembak apabila sasaran diyakini akan kena
2 – Tidak menembak sembarangan jika tiada alasan kukuh untuk menyerang
3 – Bidikan jelas ke arah sasaran dan tepat mengenainya

Jadi, setelah membaca kedua-dua jenis penembak ini, mana satukah yang anda mahu? Jika diamati betul-betul, pasti ramai yang mahu menjadi penembak tepat seperti sniper! Tetapi dari apa yang saya perhatikan, rata-ratanya lebih suka menjadi seperti penyerang machine gun dan berusaha untuk menyerang dari segala segi dan waktu agar dapat ‘tembakan’ yang lebih tepat dan banyak. Jika anda dapat fahaminya, saya sedang berkata mengenai scalper!

trading sell 20 januari 2012 9 pm

Entry jenis machine gun ini memang digemari ramai trader-trader baru dan sering merasakan ia hebat dan cool.. Tiada masalah sebenarnay disitu kerana jika ia entry yang profitable apa salahnya kan? tetapi jika bukan tradign yang profitable maka disitulah kesilapan besar berlaku. Ingat, setiap entry yang dibuka bermakna risk juga akan ditambah. Anda pasti tidak mahu akaun anda ‘burn’ dalam 1 kali trading kan?

Perkara berikut saya kongsikan bagaimana hendak jadi seperi penembak tepat di dalam trading forex.

Perkara penting #1! – Terima hakikat bahawa trading yang kurang itu lebih bagus!

Banyak perkara yang perlu dititik-beratkan di dalam trading ini dan sudah pastinya adalah kurangkan aktiviti trading anda dan ianya lebih bagus dari sehari menjadi askar yang menembak menggunakan machine gun.

Kita memahami bahawa penembak tepat sniper bukanlah penyerang yang aktif menembak sepanjang masa tetapi adalah seorang yang kurang menembak tetapi ia sangat tepat dan menjimatkan peluru, tenaga dan masa. Ianya sangat efektif berbanding menjadi penyerang machine gun.

Perkara penting #2! – Trading pada timeframe yang lebih besar

Ada yang berpendapat bahawa tradign pada timeframe yang lebih besar itu sangat lama dan buang masa. Ianya sangat lambat dan tidak menguntungkan dan sampai bilalah nak kaya?? – Jika ada yang berpendapat begini saya cadangkan anda tinggalkan forex sebelum anda menjadi mangsa skim penipuan forex atau mengkayakan mana-mana IB dan Broker forex. Inilah bukti sifat ketidak-sabaran dalam trading yang akan membuka ruang kepada si penipu untuk mengambil peluang. Pasti anda akan berjumpa dengan ramai orang yang mengaku boleh memberikan anda peluang kekayaan segera dan pantas kerana mereka tahu kelemahan anda ini.

Trading pada timeframe besar ini jauh lebih accurate selain menjimatkan wang trading anda dari kerugian akibat trading pada timeframe kecil malah memberikan kelebihan(edge) kepada trading anda. Timeframe yang besar seperti weekly, daily dan H4 akan berikan anda kesimpulan arah selepas waktu-waktu tertentu ini. Sebagai contoh candle weekly akan berikan kesimpulan arah market untuk sepanjang minggu tersebut, candle daily berikan kesimpulan pada seluruh hari tersebut dan 4H pula akan berikan kesimpulan trend untuk dalam tempoh 4 jam tersebut. Kita boleh mengetahui adakah minat trader minggu lepas naik atau turun berdasarkan apa pattern candle weekly minggu lepas, kita boleh tahu apa minat trader kemarin berdasarkan candle daily kemarin dan kita boleh ketahui apa arah market 4 jam lepas dengan merujuk candle H4. Arah-arah market ini akan dijadikan panduan untuk pergerakan berikutnya pula. Dengan melihat kepada entry signal yang perlu ini dan kebarangkaliannya tinggi sahaja, anda boleh menghasilkan wang yang lebih banyak dan konsisten berbanding dengan kerugian anda hasil dari ‘gamble’ nasib pada timeframe yang lebih kecil.

Perkara penting #3! – Sabar

Kesabaran adalah penting dalam menentukan kejayaan dalam sesuatu trading. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika anda beranggapan trading pada timeframe yang lebih besar itu lambat, maka anda seorang yang tidak penyabar. Sikap tidak sabar ini akan merugikan anda terutamanya apabila trading pada timeframe yang lebih kecil kerana terdapatnya banyak entry signal yang tidak tepat serta mengelirukan. Adakah anda boleh bertahan untuk cutloss berulang kali hanya untuk dapatkan 1 entry yang betul-betul profit? jika ia mempunyai profit yang tinggi mungkin berbaloi tetapi jika ianya cuma 10-20 pip sedangkan bilangan cutloss anda antara 10-20 entry pastinya ia bukan langkah yang bijak.

Memberi fokus kepada entry yang betul-betul jelas dengan peluang profit yang tinggi sahaja akan dapat meletakkan anda dalam jangka panjang di dalam trading forex ini. Ianya hanya dapat dilakukan dengan merujuk kepada timeframe yang lebih besar dengan masa dan waktu yang sesuai. Jika anda ingin trading pada waktu harian(intraday), anda boleh sahaja pantau selepas 4jam untuk peluang entry iaitu melalui timeframe H4 atau pada D1 chart untuk entry yang lebih tepat dan kurang masa di hadapan chart.

Ingat, didalam trading, hanya trader yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja akan menang.

Perkara penting #4! – Mempunyai strategi yang tepat dan sesuai dengan anda dan kuasailah strategi itu sepenuhnya

Terdapat banyak teknik-teknik serta strategi diluar sana. Apa yang perlu adalah anda memilih apa yang memberikan kelebihan dari segi modal dan entry untuk anda. Bagi yang sibuk dengan kerjaya mahupun hanya inginkan trading part time, anda bolehlah menggunakan strategy intraday atau swing trading yang membolehkan anda merujuk pada waktu tertentu sahaja untuk memasuki market.

Jangan sering tukar-tukar strategi kerana setiap strategi pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Perkara penting #5! – Membina sikap trader seperti sniper

Jika anda ingin menjadi seperti seorang sniper, anda wajib mempunyi sikap dan tabiat seperti seorang penembak tepat ini. Pemahaman yang tinggi mengenai kesabaran, disiplin dan mindset yang betul adalah penting untuk menjadi seorang trader yang berjaya.

Trading seperti seorang penembak machine gun ini biasanya tidaklah lebih dari seorang risk taker yang akan kecundang dipenghujungnya walaupun dia merasakan ianya hebat dan memberi pulangan cepat di dalam trading. Akan tetapi selalu pula berakhir dengan floating rugi besar, margin call, dan menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan chart hanya berharap entry akan profit atau lebih teruk hanya untuk cutloss pada minima loss. Jadilah seorang penembak tepat(sniper) yang kurang masa di hadapan chart tetapi konsisten menghasilkan keuntungan dan menikmati kebebasan masa dan kewangan.

Untuk mempelajari strategi sniper saya bolehlah ke laman web saya di www.fibo966.com di mana anda juga boleh menyertai group live trading untuk mempelajari cara bagaimana untuk memaksimakan keuntungan menggunakan strategi ini.

sekian,

admin

Comments