TRADING MULTI-TIMEFRAME UNTUK PERFECT ENTRY

TRADING MULTI-TIMEFRAME UNTUK PERFECT ENTRY

Mendedahkan bagaimana untuk memantapkan right entry anda menggunakan timeframe lebih rendah/kecil

  • Apa itu multi-timeframe trading

  • Bagaimana candle dibentuk oleh timeframe kecil dan besar

  • Candlestick price action sebagai trigger point

  • Timeframe pilihan yang profitable

Timeframe kecil mempengaruhi timeframe besar, timeframe besar akan pengaruhi kembali timeframe kecil

Bunyinya agak pelik dan macam mengelirukan tetapi itulah sebenarnya yang berlaku jika anda mengkaji mengenai timeframe ini. Pernah tak terfikir mengenainya sebelum ini kenapa wujudnya pelbagai timeframe dari Monthly sampailah 1 minit. Kenapa tidak 1 timeframe sahaja kan?

Okeylah kali ini saya cuba berkongsi pengetahuan mengenai timeframe ini. Semua yang saya kongsikan adalah dari sudut pandang saya dan bukanlah bermaksud ia tepat 100%. Selebihnya terpulang kepada anda untuk menilai. Yang penting, kita kongsikan ilmu untuk manfaat bersama.

Apa itu multi-timeframe trading?

Trading multi-timeframe pertama kali diperkenalkan oleh Dr.Alexander Elder melalui buku-buku tulisan beliau mengenai stock trading. Kaedah multi-timeframe ini juga berkembang meluas dikalangan trader dan ia diguna-pakai ke dalam forex trading.  Ia bukanlah sesuatu yang baru dan mungkin ada di kalangan pembaca sudah pernah melihat trader yang cuma trade satu single pair namun mempunyai susunan chart dari dua hinggalah 6 chart pada satu skrin.  Trading cara ini dikenali sebagai multi-timeframe trading.

Candlestick pattern ‘dibentuk’ dari pelbagai timeframe

Candlestick pattern terbentuk dari bullish dan bearish candle-candle pada timeframe yang lebih kecil. Candle-candle dari timeframe kecil akan membentuk candle pada timeframe besar mengikut tempoh masa 1 minit hinggalah ke 1 jam. Dari 1 jam hinggalah ke 24jam iaitu lengkaplah 1 candle di timeframe Daily.

MEMBERSHIP PULLBACKFOREXTRADING – KLIK SINI

Daripada Daily ini pula akan melengkapkan candle untuk timeframe Weekly di mana 5 susunan candle Daily adalah bersamaan 1 candle Weekly. Candle Weekly pula akan membentuk candle Monthly di mana 4 candle Weekly adalah bersamaan 1 candle Monthly. Setiap candle di timeframe yang lebih besar yang sudah lengkap ini pula akan mempengaruhi pembentukan di timeframe yang lebih kecil lagi. Begitulah prosesnya berulang hingga lengkap setahun. Disebabkan itulah kita akan melihat pelbagai timeframe yang sering dijadikan rujukan para penganalisis untuk mentafsirkan sesuatu keadaan samada ia bullish atau bearish.

Keadaan ini penting kerana kepercayaan bahawa prestasi lepas boleh mempengaruhi trend masa akan datang. Dari situasi inilah munculnya chart pattern* untuk meramal sesuatu keadaan trend iaitu  seperti double bottom untuk meramalkan reversal trend sell kepada buy kerana pada suatu tempoh lepas contohnya bulan lepas pernah berlaku rejection pada sesuatu support level dan mungkin berlaku lagi pada bulan ini. Inilah dikatakan History always repeat itself -semuanya berkait rapat dengan mult-timeframe!

*Chart pattern :  double top/bottom, tripple top/bottom, cup & handle, head and shoulder, wedge dan triangle

 

History always repeat itself.

Ringkasan:
Pergerakan trend dari candle-candle di timeframe kecil membentuk candle di timeframe besar, manakala candle dari timeframe besar akan pengaruhi kembali pergerakan candle di timeframe yang kecil. Contoh mudah, bullish trend dari timeframe 1minit hingga H4 dalam tempoh 24jam, maka candle Daily akan membentuk candle bullish engulfing. Candle bullish engulfing ini akan pengaruhi pula candle-candle di timeframe yang lebih kecil untuk bullish atau uptrend disebabkan dari candle Daily semalam yang bullish, mempengaruhi pula trend pada hari berikutnya.

Kenapa ia mempengaruhi candle-candle di timeframe yang lebih kecil? Jawapannya adalah trader intraday melihat candle entry pada timeframe H4 ke bawah untuk entry dan bukannya pada Weekly dan Monthly timeframe.

Pergerakan pada timeframe besar boleh dimanfaatkan melalui timeframe kecil/rendah

Walaupun pada timeframe yang lebih besar cuma nampak chart pattern atau trend sahaja, namun sebenarnya pada timeframe yang lebih kecil akan terdapatnya candle entry signal untuk entry point lebih awal. Trader akan mencuba memanfaatkan signal ini(yang terbentuk di timeframe yang lebih rendah) untuk entry lebih awal sebelum terbentuknya chart pattern atau trend di timeframe yang lebih besar.

Tanda-tanda awal bakal berlaku repeating history adalah apabila price menjejak sesuatu historical high atau low lepas, berpotensi untuk berlakunya reversal. Confirmation bolehlah lihat pada timeframe yang lebih rendah.

Berdasarkan gambar di atas kita dapat simpulkan bahawa kita sebenarnya boleh entry buy dengan bantuan pengesahan atau ‘confirmation’ dari timeframe yang lebih rendah/kecil. Jika kita lihat pada Daily chart kita boleh dapatkan entry buy berdasarkan price pattern yang berlaku di situ. Timeframe daily di sini adalah sebagai timeframe yang lebih rendah/kecil kepada timeframe weekly.

Maka ‘confirm’lah di sini sejarah berulang semula iaitu ia naik semula berdasarkan apa yang pernah berlaku pada waktu lepas.

Pergerakan pada timeframe yang lebih rendah boleh membentuk signal reversal pada timeframe yang besar

Selain timeframe yang lebih rendah ini untuk lihat confirmation kepada chart pattern atau potensi repeating history, pergerakan naik turun pada timeframe ini juga boleh membantu membentuk signal di timeframe yang lebih besar. Ini boleh membawa kesimpulan bahawa adakah minat trader itu masih kepada signal atau trend sebelumnya atau sudah bertukar arah -Jika sebelumnya sell tetapi berlaku perubahan pergerakan kepada buy, sell signal itu sudah invalid.

Berdasakan gambar di atas, terdapat 1 candle rejection yang membawa petanda sell, pada H4 kelihatan seakan berubah kepada buy namun setelah naik seketika, ia berakhir pada sell/bearish candle. Pada Daily chart nampak ia adalah rejection candle ke-2. Ini menunjukkan bahawa minat trader masih lagi berdasarkan signal sebelumnya iaitu sell. Maka dari pergerakan timeframe H4 tadi, ia membentuk candle sell pada Daily.

Candle yang siap pada timeframe besar ini pula seterusnya akan mempengaruhi pergerakan di timeframe rendah

Setelah candle pada timeframe lebih besar siap -untuk contoh kali ini, timeframe daily- ia kelihatan sebagai signal sell, trader price action akan melihat ini sebagai potensi sell. Seterusnya trend akan mengikuti pula signal arah berdasarkan timeframe yang lebih besar itu iaitu sell.

Kejatuhan dapat dilihat selepas signal sell terbentuk dari Daily chart. Anda dapat ketahuinya lebih awal hanya dengan memanfaatkan multi-timeframe analysis ini.

Secara personalnya bagi saya, candle yang siap ini umpama satu kesimpulan kepada keadaan sebelumnya. Jika semalam closed rejection pada Daily, maka semalam itu lebih kepada perubahan trend maka hari ini trend biasanya akan berubah mengikut kesimpulan semalam itu.

Candlestick price action sebagai trigger point

Setelah kenal-pasti candle signal pada timeframe yang lebih besar, anda boleh manfaatkan candle pattern pada timeframe yang lebih rendah untuk entry point.

Terdapat lebih dari 3-4 teknik entry namun saya berikan 1 contoh paling mudah untuk pemahaman anda. Saya akan gunakan teknik candle rejection sebagai contoh mudah.

Signal rejection adalah mempunyai fungsi yang sama di semua timeframe, maka jika ada signal rejection pada Daily untuk membawa kepada signal buy atau sell, anda cari sahaja lagi signal ulangan pada timeframe yang lebih rendah untuk entry trigger yang sama. Contoh rejection buy di Daily, cari signal ulangan rejection buy di timeframe yang lebih rendah untuk entry buy.

Kenali candle rejection(facebook note) : Klik Sini

Entry point terbahagi pada dua;

  1. Entry Retracement untuk sell higher/buy lower
  2. Entry pada Retest candle selepas breakout

Entry pada Retracement

Signal rejection dikenal-pasti pada timeframe yang lebih besar. Anda tunggu price membuat retracement atau pembalikan arah sementara kemudian anda entry jika terdapat atau berlakunya signal ulangan rejection ini.

Entry pada Retest candle

Adakalanya dalam sesuatu situasi itu tidak berlakunya retracement, maka cara terbaik adalah biarkan ia breakout kemudian tunggu untuk entry jika candle membuat retest semula ke point SNR yang  telah breakout itu.

Kelebihan entry timeframe kecil

Tujuan utama memilih timeframe kecil adalah adalah berdasarkan dua sebab iaitu:

  1. Entry confirmation awal
  2. Stoploss kecil

Stoploss yang kecil bermaksud risiko anda adalah seminima yang mungkin. Dengan risk yang minimum, anda boleh manfaatkannya untuk menggandakan akaun anda dalam masa singkat.

Baca : Strategy Maksimum Profit Dalam Masa Singkat

Timeframe pilihan yang profitable

Apabila anda menjadikan sesuatu timeframe itu sebagai rujukan trend, anda sebenarnya trade timeframe tersebut cuma entry anda pada timeframe yang lebih rendah. Jika anda gunakan timeframe Daily, maka anda sebenarnya trade trend yang terbentuk pada Daily itu cuma entry anda adalah pada timeframe lebih rendah samada untuk buy lower ataupun sell higher menurut trend Daily itu.

Jika anda gunakan timeframe weekly, maka anda juga trade pada trend yang ada pada timeframe weekly itu.

Timeframe pilihan saya timeframe Daily @ D1 adalah untuk rujukan trend dan price action signal. Untuk entry point saya akan merujuk timeframe H4, H1 ataupun M30.

Timeframe Daily

Mengikut pengalaman saya sebagai intraday trader, saya memilih untuk trade berdasarkan timeframe daily. Ini adalah kerana candle yang terbentuk itu adalah kesimpulan kepada minat trader semalam yang boleh pengaruhi trend hari ini. Adakalanya saya juga jadikan candle pada weekly chart untuk panduan minggu ini.

Trading pada timeframe daily agak perlahan tapi…

Trading pada timeframe daily agak perlahan tapi santai dan profitable. Terlalu aktif untuk trade adakalanya membahayakan akaun dan sering menjadi punca kepada margin call di kalangan trader baru dan juga lama. Ini kerana trading pada timeframe yang lebih rendah untuk trend dan entry boleh jadi mengelirukan dan merugikan kerana banyak ‘noise’ dan false signal.

Jangan keliru pula kerana apa yang saya maksudkan di sini adalah timeframe rendah ini cumalah untuk entry bukan untuk lihat trend dan entry di situ dalam satu masa.

Trading timeframe daily untuk SNR penting

Tidak semua SNR itu valid jika anda lihat pada timeframe lebih rendah, contohnya M15. Jadi cara terbaik bagi saya untuk kenal-pasti SNR yang betul-betul mempunyai impact kepada pergerakan adalah pada Daily chart.

Kurang risiko sikit..

Tidak semua akan tepat, tapi timeframe lebih besar kurang aktiviti trade bermaksud kurang risiko loss berbanding kerap berdepan risiko loss. Disebabkan anda trade part time kerana 1 candle sahaja memerlukan 24jam untuk siap, maka anda akan 24jam lebih kurang risiko berbanding anda trade pada timeframe di bawah 30 minit. ini bersamaan anda terdedah risiko di setiap 30 mnit anda melihat chart!

Signal lebih berkualiti

Signal yang dijana lebih baik dan berkualiti kerana ia memerlukan 24jam buy/sell hinggalah keluar satu kesimpulan semalam ia naik atau turun. Jadi hari ni kita ikut sahaja arah yang di’buat’ semalam itu. Lebih mudah dan santai sahaja.

Bila bercakap mengenai kualiti, maka kita di sini bercakap mengenai potensi profit. Ia memang berbaloi-baloi.

Sekali dapat signal, potensi trade adalah beratus-ratus pips. Dengan cara meletakkan target profit yang banyak ini, secara tidak langsung anda sebenarnya memastikan untung lebih banyak berbanding rugi.

Bagitulah cara berniaga sebetulnya kan? takkan rugi lebih banyak berbanding untung pulak.

Contoh Live

XAUUSD @ GOLD menjunam selepas sampai ke SNR 1294.60 di Daily chart(marking price berdasarkan sejarah lama price ini) kemudian dalam masa yang sama trend adalah downtrend berdasarkan berberapa bulan lepas. Jika Gold boleh naik tinggi maka syaratnya adalah mesti melepasi harga resistance ini terlebih dahulu dan jika gagal, gold akan jatuh semula. Gold kemudiannya menjunam dan gagal untuk naik tinggi.

Mari kita lihat chart teknikal yang lebih rendah/kecil untuk lihat jika terdapatnya signal sell berdasarkan candlestick.

Perhatikan candle rejection pada H4 tepat-tepat di harga resistance. Maka ‘confirmed’ sudahlah gold akan jatuh dan sell trade boleh dibuat pada candle kedua selepas candle rejection tersebut.

Berdasarkan repeating history yang saya terangkan secara ringkas dalam artikel ini, GOLD mengulangi semua sejarah lepasnya untuk turun di bawa kawasan price 1294.60.

Kesimpulan

Seperti biasa, buat kajian anda dan backtest. Selain dari itu wajib mahirkan candlestick pattern dan SNR.  Buat banyak kajian untuk berberapa pair major seperti GBPUSD,  EURUSD, AUDUSD dan USDJPY terlebih dahulu. Buat catatan untuk rujukan di masa akan datang.

Sudah mahir barulah trade live account pula. Kalau belum mahir bolehlah cuba trade di micro account dahulu. Anda boleh buka akaun micro cent di sini dan sini. Modal minima dan rendah risiko -lebih bagus berbanding trade demo account kerana ramai yang bersetuju ia berbeza dengan live trading.

Nak belajar lebih advance? Sila join membership hari ini dan dapatkan DVD + join group signal.

Okeylah jumpa lagi di post akan datang!

ADMIN
20/11/17

Comments