TUTORIAL INSTALL SCRIPT DAN PANDUAN GUNA

TUTORIAL INSTALL SCRIPT DAN PANDUAN GUNA

Sila download script di laman download terlebih dahulu.
Sila login ke membership terlebih dahulu dan sila ke laman download ini > KLIK SINI

*Bagi yang belum menjadi member, sila dapatkan akses anda hari ini.

Daftar Member

Klik PLAY untuk lihat video di bawah.



Selepas download sila extract menggunakan file extractor seperti winrar atau winzip ataupun 7-zip. Selepas itu silacopy file.

Buka metatrader(MT4) broker anda, sila klik FILE dan seterusnya klik OPEN DATA FOLDER. 

Sila pilih folder MQL4 dan buka folder tersebut.

Klik dan buka folder Scripts.

Sila paste file script yang telah anda copy awal tadi dalam folder ini.

Selesai install script tadi(semudah copy-paste), sila tutup dan buka semula MT4 anda tadi. Klik(pada bahagian atas MT4) VIEW kemudian pilih NAVIGATOR. Untuk mudah anda boleh klik keyboard short-cut Ctrl+N.

Senarai script tadi akan tertera diruang navigator.

Untuk mula menggunakan Script, sila ENABLE terlebih dahulu AUTO-TRADING pada MT4 anda. Jika anda tidak enable, script tidak akan berfungsi.

Anda bolehlah menguji script ini pada akaun demo terlebih dahulu sebelum mengujinya pada live account.

BUY 10 LOT

Klik 2x pada script kemudian paparan berikut akan muncul. Anda boleh klik OK untuk terus menggunakan script atau, ubah setting volume size, SL dan TP pada ruangan INPUTS. Akhir sekali klik OK untuk teruskan.

Standard setting adalah, lot semua sama tetapi TP berbeza-beza. SL juga tidak disetkan.



BUY XTREME

Script ini tidak punyai setting untuk diubah. Default setting adalah 5 lot trade, TP bermula dari 10 pips, 15,20,25 dan 30 pips. Size lot adalah berbeza. Size volume bermula dari 0.01, 0.01, 0.02, 0.02 dan 0.05. Tiada set SL, cutloss adalah manual.

CLOSE ALL OPEN ORDERS

Anda boleh close manual trade anda untuk close profit atau cutloss. Sila klik script ini dan pilih OK untuk teruskan. Semua trade anda akan close secara automatik.

PERHATIAN! Script ini akan close semua trade yang open dari pair-pair lain jadi hati-hati menggunakannya. Disarankan anda menggunakan entry layer ini pada satu-satu pair sahaja dan jangan trade lebih dari satu pair kecuali anda trade berdasarkan overall profit dan ingin close semua trade dalam satu masa.

TIPS MENGGUNAKAN SCRIPT

  1. Pilih waktu market aktif/trending.
  2.  Close all boleh digunakan untuk close semua trade apabila overall profit.
  3. Anda boleh gunakan script ini semasa news trade(tidak digalakkan).

-ADMIN-

Comments