CARA SEBENAR MENGGUNAKAN SNR, CANDLESTICK DAN MULTI-TIMEFRAME

Print Friendly, PDF & Email

Ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan soalan ini – bagaimanakah sebenarnya menggunakan kaedah marking dan multi-timeframe ini. Apabila buka timeframe besar, ada SNR. Kemudian buka timeframe kecil ada lagi banyak SNR. Perlukah marking di timeframe kecil ini? Kemudian candlestick pula bagaimana??

Relax. Sebenarnya agak ramai juga yang keliru dengan kaedah multi-timeframe ini. Sebelum ini saya ada menulis mengenai kaedah ini dan anda boleh membacanya di sini >> http://pullbackforextrading.com/trading-multi-timeframe-untuk-perfect-entry/

Akan tetapi saya tak hairan kalau ramai yang masih bingung dan samar-samar mengenai apa yang saya tulis tu sebab saya masih tak menjelaskan secara terperinci bagaimana nak apply candlestick, multi-timeframe dan juga SNR di situ.

Baiklah, pada artikel kali ini saya akan jelaskan lebih lanjut.

Sebelum tu silakan belajar dahulu marking SNR. Anda boleh membaca di sini http://pullbackforextrading.com/?s=snr

Berberapa persoalan berikut akan saya cuba jawab dalam artikel ini. Antaranya;

  • Teknik marking paling ringkas dan praktikal
  • Timeframe yang terbaik untuk marking
  • Bagaimana untuk menggunakan candlestick dari multi-timeframe berbeza untuk confirmkan entry

Kenapa ramai yang berminat belajar teknik ini? Kerana….

  • Ia memudahkan trader mendapatkan reward ratio 1:5 untuk setiap trade anda di mana setiap stoploss anda, anda berpotensi menjana hingga 5x profit.
  • Membolehkan trader mendapat trade setup dengan stoploss paling minima sekali.
  • Membolehkan trader execute lebih entry awal dan sharp serta secara tidak langsung memaksimakan profit!

Tahukah anda apabila anda membuat ‘marking price’ bermaksud anda sebenarnya sedang cuba untuk trade sesuatu level price itu?

Anda sebenarnya boleh trade di Monthly, Weekly, Daily dan juga H4.. melalui timeframe yang lebih kecil anda boleh entry lebih awal dan lebih sharp lagi.

Itulah tujuan sebenar trade multi-timeframe. Ia bertujuan untuk membantu anda menetapkan timing entry anda tetapi berdasarkan trend yang terbentuk di timeframe yang besar.

Contohnya anda mahu trade berdasarkan trend di D1. Anda boleh buat marking SNR anda di timeframe ini dan cari entry di lower timeframe untuk dapatkan buy low dan sell high berdasarkan stuktur yang ada di D1 itu tadi.

Oklah, tanpa membuang masa, jom belajar teknik ini!

NAVIGASI MENU :

Teknik marking termudah

Marking SNR adalah berdasarkan 3 point berikut;

  1. Shadow/Wick candle
  2. Body candle/closing price
  3. Kedua-dua point di atas

Saya mencadangkan anda menggunakan kedua-duanya di atas tapi masalahnya jika marking closing dan shadow akan menyebabkan chart sedikit semak. Jadi saya syorkan anda gunakan ‘box’ sebagai kaedah marking.

Anda boleh ubah setting toolbar anda terlebih dahulu.

Pada bahagian toolbar anda akan ada paparan rectangle tersebut.

Sekarang kita akan membuat marking pada chart.

Berbanding membuat marking pada body atau shadow, lebih baik marking pada kawasan SNR tersebut. Dari sini kita akan lihat seluruh kawasan SNR itu sebagai SNR yang berpotensi menjadi entry dan juga point penting untuk melihat perubahan trend jika breakout.

Kawasan SNR kita boleh panggil juga sebagai ‘area SNR’ untuk memudahkan. Bunyi pun nampak advance sikit. 😀

Timeframe yang terbaik untuk marking

Apakah timeframe terbaik untuk marking? Jawapannya bergantung cara trading anda samada anda mahu day trading(intraday) ataupun swing trading.

  • Jika anda mahu swing trading, anda boleh marking area SNR di Weekly ataupun Monthly.
  • Jika anda mahu trade intraday ataupun scalping, bolehlah gunakan D1 chart dan H4 untuk marking anda.

Tajuk seterusnya adalah tujuan utama artikel ini.

Belajar teknik marking menggunakan Open, High, Low dan Close – klik sini

This image has an empty alt attribute; its file name is V2.png

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Bagaimana untuk menggunakan candlestick dari multi-timeframe berbeza untuk confirmkan entry

Anda sudah tahu kaedah marking paling mudah dan juga apa timeframe yang anda mahu gunakan. Bagi baru mahu belajar, bolehlah gunakan H4 untuk timeframe utama anda untuk kenalpasti trend dan juga membuat marking SNR area anda.

Baca >>  NZDCAD jatuh lebih 315 pip dalam seminggu

Sekarang kita pergi ke topik candlestick multitimeframe untuk entry confirmation anda.

Anda mungkin perlu sedikit masa untuk menghafal dan mengingati kesemua pattern-pattern ini. Tapi jangan risau. Jika anda menghafal berberapa pattern utama sebenarnya sudah mencukupi iaitu seperti pin bar, enguling dan doji.

Pin bar

Engulfing

Doji

Sekarang anda sudah tahu serba sedikit mengenai basic penting seperti marking SNR, Timeframe dan juga Candlestick pattern.

Sekarang mari lihat bagaimana untuk menggunakannya pada live chart pula.

S.O.P Teknik

Okey berikut step by step yang anda perlu ikuti untuk pelajari cara yang betul untuk menggunakan gabungan SNR Marking dan juga Candlestick serta timeframe untuk mendapatkan entry point.

Step #1 – Buka H4, kenalpasti trend di situ.
Step #2 – Buat marking area SNR – jika downtrend, marking resistance. Jika uptrend, hanya marking support sahaja.
Step #3 – Tunggu price menyentuh area SNR yang ditanda(marking).
Step #4 – Buka H1 ataupun M30 ataupun M15 untuk membuat entry jika terbentuknya candle pattern.

Lihat contoh berikut;

Berdasarkan H4, trend adalah downtrend. Price terkini di bawah resistance. Marking dibuat berdasarkan area SNR terdekat sahaja. Jika break barulah melihat peluang entry pada marking resistance baru di atas marking yang sedia ada.

Sekarang apa yang anda perlu buat adalah menunggu price atau candle di H4 retest area marking tersebut. Ingat, hanya perlu tunggu dan tidak perlu buka timeframe lain.

Sekarang price/candle sudah pun sampai ke area marking. Pada waktu barulah anda boleh membuka timeframe lain pula. Ingat, jangan buka timeframe lain selagi tiada retest ke marking tersebut.

Ok, langkah seterusnya adalah membuka H1 untuk mencari peluang entry awal. Anda boleh menggunakan timeframe yang lain untuk mencari entry lebih awal seperti M15 dan M30 jika anda mahir melihat peluang di sini.

Pada H1 telah terbentuk rejection pertama diikuti retest dan reject terbentuk. Entry sell confirmed apabila terbentuknya candle reversal pin bar. Minimum SL adalah pada hujung rejection pertama.

Lihat lagi contoh lain pula.

Okey, ini satu contoh terbaik untuk anda trade. EURAUD uptrend dan break resistance. Resistance tersebut kini menjadi support(RBS). Marking area resistance ini dibuat untuk melihat potensi entry di sini.

Price retrace dan secara tidak langsung retest area SBR ini. Sekarang, buka timeframe yang lebih rendah pula.

Entry seawal timeframe M15 juga valid untuk entry awal. Konsep masih sama dengan entry pada H1 tadi. Okey pada M15 telah terbentuk 2 pin bar ataupun secara tepatnya pattern Tweezer bottom di atas marking area SNR. Oleh itu buy dibuat.

Baca >>  Menggunakan fibonacci retracement untuk buy low dan sell high

Mudah bukan?

Penting!

Anda tidak perlu membuat marking baharu di TF yang anda mahu entry. Cthnya hendak entry di M30 dan terlihat SNR di situ. Anda abaikan sahaja dan fokus sahaja marking yang sudah di buat di H4.

Berapa marking perlu dibuat? Takkanlah satu je…

Anda boleh buat sekurang-kurangnya 2 ataupun 3 marking. Jangan terlalu banyak agar chart anda tidak serabut.

Buat marking macam dalam gambar ni dah ok. Tak perlulah semunya nak dimarking ya.

Rumusan

Berikut rumusan untuk topik kali ini.

  • Marking mudah adalah berdasarkan area SNR iaitu antara body candle dan shadow candle.
  • Marking hanya dibuat pada timeframe besar sahaja.
  • Entry akan dicari pada lower timeframe dengan syarat berlaku retest terlebih dahulu pada timeframe yang dibuat marking.
  • Timeframe serendah M15 boleh dijadikan entry point pada marking area
  • Teknik ini berikan kelebihan kepada trader untuk dapatkan entry sharp dengan risiko sangat kecil dan profit yang maksima.
  • Marking tidak perlu banyak, memadai 2 atau 3 sahaja.

Jangan lupa share bersama teman-teman anda!

Belajar lebih advance? Sertai membership hari ini.

Apa yang bakal anda pelajari? Berikut saya senaraikan;

  1. Teknik kenalpasti bias pasaran – melalui kaedah ini anda boleh menggunakan timeframe yang lebih kecil untuk membuat entry
  2. Teknik analisa dan memahami trend hanya dengan menggunakan candle dan fibo -fahami adakah market sudah mau reverse atau tak pada minggu ini
  3. Fibo adjustment – adjust untuk dapatkan buy low dan sell high pada market deep retracement
  4. Ujian personaliti anda – anda jenis trader full margin atau bukan
  5. …banyak lagi!

Jom join hari ini!

ADMIN
21/07/21

Kredit :
forextraininggroup
flowbank
binowiki

Comments

Leave a Reply

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.