
PART 1 – CANDLESTICK
PART 1 – CANDLESTICK
Strategi ini adalah cara untuk kenal-pasti trend berdasarkan candlestick pattern. Terdapat banyak jenis candlestick pattern berikut merupakan candle pattern yang ringkas dan bertujuan untuk memudahkan analisis trend anda.
Bagaimana untuk menggunakan kaedah ini?
Candlestick umpama suatu kesimpulan apa yang berlaku dalam tempoh masa tersebut. Jika lebih banyak buyers berbanding seller, kita akan dapat melihat lebih banyak candle bullish engulfing. Begitu jugalah sebaliknya.
Kita akan menentukan trading plan kita berdasarkan trend yang dikenal-pasti melalui candlestick pattern. Candlestick ini hanyalah untuk kegunaan analisis trend pasaran sahaja.
Candlestick kali ini bukan untuk menentukan entry anda tetapi cumalah untuk mengenal-pasti trend sahaja.
Candlestick dan Timeframe
Kaedah analisis candle ini boleh digunakan pada Monthly, Weekly dan Daily. Saya akan kongsikan kepada anda bagaimana menggunakan candlestick dari Weekly untuk trading plan seminggu anda. Konsep yang sama ini anda juga boleh gunakan untuk Daily dan Monthly.
Dengan menggunakan timeframe weekly, anda sudah boleh mula merancang trading anda untuk sepanjang minggu hadapannya pada hari ahad sebelum bermulanya sesi perdagangan isnin.
Logik disebalik kaedah ini..
Cuba fikirkan kenapa selepas terbentuknya candle signal seperti bullish engulfing atau bullish pin bar di H1 ataupun H4 kemudian candle selepasnya yang terbentuk itu akan ikut menaik? Fikirkan pula jika bulan lepas atau minggu lepas terbentuknya candle signal yang sama, agak-agak apa akan berlaku untuk bulan atau minggu berikutnya? -sudah tentulah akan bergerak mengikuti candlestick signal bulanan atau mingguan tadi kerana ia perlukan masa lama untuk siap, maka candle berikutnya sudah tentu mengikuti candle signal itu.

Lihat pair USDCAD ini pada timeframe weekly, kelihatannya bearish engulfing, lihat apa yang berlaku selepas itu, trend menurun(downtrend) berlanjutan pada minggu berikutnya dan minggu-minggu seterusnya. Kan best kalau dapat fokus sell sahaja situ? 🙂
Okey mari kita teruskan. Candlestick untuk analisa trend di bahagikan kepada 3 iaitu;
- Bullish
- Bearish
- Neutral
Bullish
Apabila candle minggu lepas closed sebagai bullish, maka trade plan anda adalah buy sahaja.
Bearish
Apabila candle minggu lepas closed sebagai bearish, maka trade plan anda adalah sell sahaja.
Neutral
Apabila candle minggu lepas closed sebagai neutral iaitu tidak jelas apa body candle atau pada timeframe H1 dan H4 sideways, maka anda perlulah abaikan untuk trade pair tersebut(no trade).
Berikut antara candle pattern yang kita perlukan untuk mentafsir arah pasaran dan seterusnya trade plan;
- PIN BAR/SHOOTING STAR/HAMMER
- EVENING/MORNING STAR
- BULLISH/BEARISH ENGULFING
- DOJI/NEUTRAL

Jika salah satu dari pattern di atas muncul pada timeframe weekly anda maka trade plan anda adalah berdasarkan arah candle tersebut. Sebagai contoh pin bar dari kategori bullish, maka trade plan anda untuk sepanjang minggu adalah buy sahaja.
RAHSIA CANDLESTICK
Berapa ramaikah yang tahu bahawa trend boleh ditentukan melalui berapa jumlah buyer dan seller dalam pasaran?
Terdapat kaedah di mana dengan membandingkan dua candle terkini dan lepas, ia membolehkan trader ‘meneka’ ke mana arah pasaran seterusnya. Untuk keadaan tertentu, ia memerlukan sehingga tiga candle seperti candle pattern morning dan evening star.
Perbandingan ini adalah melalui cara menentukan peratusan buyers dan sellers dua candle terkini untuk menentukan dominasi antara buyers atau bullish dengan sellers atau bearish dalam pasaran.
Belajar predict market guna candlestick
Mengetahui siapakah yang mendominasi pasaran, selanjutnya trader boleh menentukan trading plan dan akan trade plan tersebut untuk suatu tempoh samada bulanan atau mingguan. Trading plan ini boleh jadi seperti anda buy sahaja sepanjang bulan atau minggu dan boleh jadi juga sell sahaja dalam sepanjang tempoh itu.
Akan tetapi bagi trader yang mahir SNR atau mahir melihat trend, bolehlah melakukan buy dan sell seperti menjangkakan ia akan turun dahulu sebelum naik kerana berdasarkan candle bulanan ia akan menaik, maka sebelum kenaikan itu, trader tersebut akan memanfaatkan penurunan(retracement) sebelum berlakunya kenaikan sepertimana yang dianalisa pada candle monthly. Begitu jugalah keadaan sebaliknya iaitu downtrend.
Kaedah ini hanya sah pada candle bulanan ataupun mingguan sahaja. Dalam keadaan tertentu, ia juga sah digunakan pada timeframe harian(daily) namun sangat berisiko.
ENGULFING

Candle engulfing adalah merujuk kepada candle full body candle dan tidak mempunyai shadow panjang. Terbahagi kepada dua iaitu bullish dan bearish. Bullish adalah uptrend, bearish adalah downtrend.
Bullish engulfing
Terbahagi kepada dua jenis bullish engulfing;
- 100% melebihi candle sebelumnya.
- Melebihi 50% berbanding candle sebelumnya.

Engulfing pertama ini adalah yang umumnya diketahui oleh trader-trader yang mengkaji dan mempelajari candlestick pattern. Candle kedua melebihi candle pertama.

Candle engulfing kedua adalah bersaiz kecil berbanding candle sebelumnya namun melebihi 50% dari size candle sebelumnya. Jika dibandingkan dua-dua candle ini, candle bullish sebenarnya melebihi 50% dari bearish sebelumnya. Candle kedua dikira lebih ramai buyers berbanding sellers terdahulu iaitu minimum 60% buyers atau sebaiknya sekitar 80-90% buyers berbanding seller.
Bearish engulfing
Terbahagi kepada dua jenis bullish engulfing;
- 100% melebihi candle sebelumnya.
- Melebihi 50% berbanding candle sebelumnya.

Melebihi 100% dari candle sebelumnya, ini adalah petanda yang cukup jelas dominasi sellers berbanding buyers sebelumnya.

Candle kedua size lebih kecil namun dari segi peratusan, ia(seller) sebenarnya lebih besar berbanding buyers. Ingat, ia adalah perbandingan candle terdahulu dan yang terkini dalam bentuk peratusan dan bukannya pips.
Jika dibanding dari segi pips, sudah pastilah nilai pips candle pertama adalah lebih besar berbanding kedua. Ini sudah pasti mengelirukan dan sudah terlari dari objektif pembelajaran ini. Oleh itu sila fokus pada peratusan sahaja.
PIN BAR

Terbahagi kepada dua iaitu bullish(buy) dan bearish(sell).
Pin bar adalah ciri-ciri candle yang paling signifikan dalam memahami arah pasaran kerana dua faktor berikut;
- body candle kecil
- shadow yang panjang petanda rejection kuat kepada trend asal waktu itu.-petanda kuat reversal ataupun continuation trend

Bearish pin bar
Pin bar adalah terbentuk dari body dan shadow di mana body bersaiz kecil berbanding shadow. Warna body adalah berubah-ubah seperti bearish dan bullish, namun apa yang penting adalah ciri-cirinya jelas seperti dalam gambar.
Bearish pin bar adalah shadow di atas dan body di bawah.

Bullish pin bar
Bullish pin bar adalah di mana body candle di atas dan shadow di bawah. Ini adalah petanda bahawa arah pasaran lebih kepada menaik.
MORNING STAR

Terbahagi kepada dua iaitu morning star iaitu signal uptrend market atau bullish trend dan, evening star iaitu signal downtrend atau bearish trend.

Morning Star
Ia bermula dari candle bearish kemudian candle berikutnya neutral atau pun candle bersaiz kecil. Candle ke-3 pula adalah bullish engulfing. Ini adalah petanda kepada uptrend atau bullish.

Evening star
Candle pertama adalah bullish diikuti candle doji atau neutral ataupun candle yang bersaiz kecil dan berakhir dengan candle ketiga bearish. Ini adalah petanda trend adalah downtrend/bearish.
Kegunaan candle-candle ini??…..
Kesemua candle ini bukanlah entry signal anda sebaliknya ia adalah untuk kegunaan untuk membuat analisa arah pasaran berdasarkan monthly ataupun weekly(pilih satu sahaja) dan seterusnya anda akan buat trading plan berdasarkan candle tersebut.
Candlestick analysis untuk trend pada Weekly sangatlah berketepatan tinggi dan profitable!
Lihat lebih banyak petunjuk arah yang sangat tepat hanya dengan menggunakan bollinger band

Dengan mudahnya anda sudah boleh tahu kemana arah minggu berikutnya hanya dengan memahami candle pattern weekly. Selebihnya anda cuma tinggal sediakan trading plan sahaja lagi. Trade plan ini akan dihurai lebih lanjut di bahagian ke-3 strategi advance ini.

Permudahkan trade anda…
Jika tiada dari mana-mana candle pattern di atas dan anda agak keliru untuk menentukan arah pasaran, sila abaikan pair yang anda cuba trade itu.
Disarankan untuk anda membuat research mengenai candlestick pattern dan mencatatnya ke dalam buku catatan trading anda untuk rujukan di masa akan datang.
Rumusan candlestick
Candlestick digunakan untuk analisa arah pasaran. Terbahagi kepada 3 iaitu bullish, bearish dan neutral. Candlestick yang jelas diambil sebagai penentu strategy atau trading plan untuk suatu tempoh ke hadapan berdasarkan keputusan lepas iaitu jika candlestick bulan lepas bullish, maka kemungkinan besar bulan berikutnya juga akan bullish, maka trading plan adalah buy. Kita akan abaikan trading jika didapati pasaran tidak menentu ataupun neutral.