
PART 3 – STRATEGI ENTRY
PART 3 – STRATEGI ENTRY
Strategy entry dibuat setelah menentukan trend sesuatu pair.
Strategy terbahagi kepada 4 iaitu;
- Strategy Buy sahaja
- Strategy Sell sahaja
- Strategy Buy dan Sell
- No trade
Setelah menentukan arah pasaran berdasarkan weekly candle, seterusnya anda akan membuat marking SNR dan fibonacci dan akhir sekali anda akan membuat entry anda berdasarkan arah dan support resistance.
Apa yang akan berlaku apabila anda membuat marking SNR dari 3 kaedah SNR yang telah dikongsikan sebelum ini adalah anda akan menemukan level-level pertindihan ataupun confluence. Confluence ini merupakan kawasan entry yang mempunyai kebarangkalian sukses yang tinggi.
Sebelum meneruskan topik ini mari kita lihat satu demi satu 4 strategy entry di atas.
1). Strategy buy sahaja
Anda akan mengenal-pasti kawasan-kawasan support dan juga kawasan RBS(resistance become support) sebagai entry level anda. – Fokus anda, buy di kawasan support untuk sepanjang minggu itu.
2). Strategy sell sahaja
Anda kenal-pasti kawasan resistance dan kawasan SBR(support become resistance) sebagai entry level anda. -Fokus anda adalah sell sahaja di kawasan resistance untuk sepanjang minggu itu.
3). Strategy buy dan sell
Untuk melaksanakan kaedah ini anda mungkin perlukan indikator teknikal untuk confirmkan entry buy dan sell anda selain menggunakan SNR sebagai rujukan entry anda. Sebagai contoh candle weekly adalah bearish maka trend dijangka akan membuat penurunan, namun ia tidaklah mungkin akan terus menerus turun kecuali ia membuat retracement terlebih dahulu, jadi sebagai memanfaatkan retracement ini anda akan membuat entry buy sementara belum adanya signal untuk sell berdasarkan trend weekly itu.
Namun tidak dinafikan boleh juga berlaku trend yang terus menerus bergerak trending berdasarkan trend sebelumnya dan tidak membaut retracement langsung. Oleh itu trader yang membuat buy dan sell ini adalah trader scalper sahaja.
4). Strategy no trade
Perkara terbaik untuk anda lakukan apabila tidak jelas arah pasaran adalah – NO TRADE- atau abaikan trade untuk sesuatu pair tersebut. Ini bukan sahaja menyelamatkan akaun anda malah menjimatkan masa anda dari membuang masa mencari arah pasaran yang sememangnya tiada di situ.
SELEPAS MEMILIH STRATEGI….
Selepas anda menentukan strategi anda, seterusnya anda hanya fokuskan teknik entry yang berkaitan dengan strategi itu. PENTING!!! Teknik entry ini hanya akan dibuat apabila price atau candlestick pergi ke kawasan confluence(SNR/FIBO/TL) yang berpotensi membentuk entry signal.
Terdapat banyak teknik entry seperti chart pattern, harmonic pattern, candlestick reversal pattern, breakout, dan teknik entry menggunakan signal indikator.
Teknik entry ini akan dilihat jika candlestick menuju ke area confluence anda.
sebagai contoh…
Anda memilih untuk buy sahaja untuk minggu ini. seterusnya setkan sambungan Fibo, SNR dan TL pada chart anda untuk mencari kawasan confluence. Langkah seterusnya adalah menggunakan salah-satu dari teknik-teknik entry buy seperti candlestick hammer pattern, triangle breakout pattern mahupun reversal chart pattern seperti double bottom ataupun triple bottom. Semua teknik entry di atas dikira sebagai signal entry selepas ia terbentuk di kawasan confluence.
Jika anda menggunakan teknikal indikator, mungkin anda perlu mencari signal seperti oversold dari RSI, Stochastic mahupun Bollinger band.
Jika anda memilih untuk buy dan sell pula, maka anda akan melihat peluang dari kedua-dua teknik entry yang membantu anda buy dan sell dalam minggu tersebut.
Kesimpulannya, teknik entry adalah berkait-rapat dengan strategi anda.
‘Confluence’ adalah kawasan terbaik entry
Confluence adalah pertindihan lebih dari satu elemen seperti pertindihan teknik entry dan juga pertindihan teknik analisa(SNR, FIBO dan TL). Ia mempunyai kebarangkalian yang tinggi(jika entry di kawasan itu) kerana anda melihat peluang dari pelbagai sudut yang memungkinkan dalam masa yang sama ia juga dilihat sebagai peluang entry oleh trader-trader lain di seluruh dunia.
Di bawah adalah contoh confluence dari fibonacci, SNR dan Trendline. Entry dibuat berdasarkan candle reversal signal yang terbentuk di kawasan confluence tersebut.

Berdasarkan situasi di atas – secara tidak langsung trader yang menggunakan kaedah entry trendline akan memasuki pasaran berdasarkan rule trendline sama seperti trader yang membuat entry berdasarkan fibonacci retracement dan sama juga dengan trader yang membuat entry berdasarkan SNR. Anda juga mengikuti entry mereka dalam masa yang sama.
Pertindihan lebih dari satu signal akan memberikan peluang yang lebih tinggi kerana majoriti yang membuat entry.
Akan tetapi perlu diingat, anda hanya menandakan kawasan yang berpotensi untuk berlakunya confluence tetapi tidak bermakna trade setup akan menjadi setiap masa.

Contoh membuat plan – Teknik candlestick pattern untuk menentukan trend dan seterusnya memilih strategi
Anda boleh menggunakan candlestick pattern sebagai pengenal-pasti arah pasaran, dan anda juga boleh gunakannya untuk entry point anda. Ia adalah sama sahaja cuma penggunaan yang berbeza. Di sini saya akan kongsikan bagaimana cara paling simple untuk membuat trading plan.
Di bawah adalah contoh menentukan strategi seminggu berdasarkan candlestick.
Untuk tujuan ini, anda mestilah menggunakan candle terakhir pada timeframe Weekly. Sebagai contoh trend ditentukan sebagai uptrend/bullish berdasarkan candle terakhir.

Sebagai contoh, katalah candle terakhir membentuk bullish hammer, ia adalah petanda kepada bullish ataupun uptrend. Oleh itu anda akan membuat buy trade pada minggu berikutnya.
Cara mudah untuk meng-aplikasi-kan fibonacci adalah dengan cara melukis fibo pada candle terakhir Weekly itu. Seterusnya tanpa mengubah sambungan itu, buka pada timeframe H4. Selain H4, H1 juga sesuai.
Pada timeframe H4 ini anda akan melukis trendline dan SNR untuk mencari kawasan confluence.
Seterusnya anda akan mencari entry point berdasarkan strategi yang telah dipilih. Dalam situasi ini, strategi adalah buy kerana trend adalah uptrend/bullish.
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan tadi, jika strategi buy, maka cari sahaja peluang buy yang selari dengan strategi itu. Jika anda memilih untuk menggunakan teknik candlestick, maka cari sahaja pattern candle yang sesuai dengan buy sahaja.

Di atas adalah 3 jenis signal utama iaitu pin bar, engulfing(bullish/bearish) morning star/evening star.
Anda akan membuat entry berdasarkan salah-satu candle di atas jika ia terbentuk di kawasan confluence yang anda tandakan. Selain 3 di atas, ada banyak lagi pattern lain. Oleh itu rajin-rajinlah buat kajian anda. 🙂
Bagaimana jika tiada signal entry berlaku? – Jawapan mudah dan tepat adalah, no trade. Anda tidak perlu untuk sepanjang masa untuk trade mahupun mencari trade. Ini adalah realiti sebenar trading yang perlu anda fahami dan kuasai betul-betul jika anda mahu berjaya dalam trading.
Note: Di atas hanyalah contoh bagaimana membuat plan ringkas mengenalpasti trend berdasarkan candle Weekly terakhir dan membuat entry di H4. Anda bebas menggunakan apa sahaja strategi yang dirasakan sesuai dengan personaliti anda.
Peranan Stoploss dan Reentry
Stoploss
Jika anda memilih strategy buy sahaja atau sell sahaja, maka anda akan reentry semula apabila trade anda stopout sebab hit Stoploss(SL). Maksimum reentry anda adalah sehingga 0.0 fibonacci level. Jika price break juga ini bermakna trend sudah berubah arah.

Jika price sampai ke 0.0 fibo, itu tidak semestinya bermakna bakal berubah arah kerana jika reversal ia kemungkinan menjadi seperti double top atau tripple top, yang bermaksud reversal trade.

Sesuatu trend itu adalah berubah sepenuhnya jika price menunjukkan strong breakout seperti dalam gambar iaitu candle secara jelasnya break atas 0.0 dan tidak kembali ke bawahnya.
Stoploss terdapat tiga iaitu;
- Wide Stoploss
- Tight Stoploss
- Cutloss manual
Wide SL
Wide Stoploss/Protective stoploss, di letakkan di atas/bawah 0.0(bergantung trade anda, jika buy, SL di bawah 0.0 fibonacci)

Tight SL
Tight Stoploss, diletakkan di last high(harga tertinggi terdekat) atau last low(harga terendah terdekat) entry point anda. Jika anda buy di fibonacci retracemet 38.2, maka SL anda di 23.6 fibonacci.

Cutloss manual
Cutloss manual, anda tidak letakkan SL secara spesifik tetapi cutloss apabila perlu. Bagi trader yang menghadkan kerugian seminggu, boleh saja open trade dan biarkan trade itu floating hingga profit atau Margin call. Tiada SL.

Reentry
Reentry terbahagi kepada dua iaitu;
- Reentry selepas hit tight SL/wide SL
- Reentry untuk piramiding/layer
Reentry selepas hit SL
Reentry adalah perlu mengikut keadaan di mana jika anda buy di 61.8 maka SL anda di 50.0. jika price turun dan hit SL di 50.0 dan rejected, anda buy semula(reentry) di 50.0 dan stoploss baru anda di 38.2.

Reentry untuk piramiding/layer
Trader yang suka mengambil risk untuk entry piramid dan layer akan membuka trade secara martingale untuk memaksimakan profit. Cara money management untuk entry cara ini saya kupas lebih lanjut pada bahagian ke-4 dalam siri pembelajaran ini.

Cara entry layer ini juga popular dikalangan trader full margin yang merisikokan hampir keseluruhan akaun untuk pulangan tinggi dalam masa singkat.
Exit trade/Take profit
Exit trade anda adalah pada 100.0 fibo. Bagi yang ingin maksimum profit, anda boleh exit pada extension 127.2 ataupun 161.8 fibo.
Maklumat mengenai fibonacci boleh klik sini.
Rumusan
Trading plan ditentukan melalui arah pasaran(trend) dan seterusnya entry point anda dibuat berdasarkan buy sahaja, sell sahaja, buy dan sell ataupun no trade.
Confluence level antara SNR mendatar, fibonacci retracement dan trendline memberikan tafsiran situ adalah level entry yang berkebarangkalian tinggi untuk profit. Anda akan mencari entry signal di kawasan ini.
Jika anda trade berdasarkan strategy buy sahaja atau sell sahaja, anda akan reentry semula apabila hit Stoploss anda dan anda tidak akan mengubah strategy anda dari buy kepada sell atau sell kepada buy.

Anda hanya boleh membuat satu sahaja pilihan dan tidak menukar-nukar strategy anda. Ini bertujuan agar anda lebih fokus dan dapat melaksanakan trading plan anda untuk sepanjang minggu itu dengan lebih baik.