PART 4 – MONEY MANAGEMENT

PART 4 – MONEY MANAGEMENT(MM)

Bahagian akhir dalam siri teknik Advance FX Strategy ini akan mengupas topik mengenai money management iaitu bagaimana anda perlu lakukan terhadap modal anda dan bagaimana untuk menjana wang daripadanya.

credit : astroawani

Di atas merupakan jadual pulangan ASB dari tahun 2007 hingga 2016 di mana pulangan setahun dari 8% hinggalah 6.75%.

Ini bermakna jika dalam FOREX anda trade pada modal USD1,000, anda akan menjana USD80 untuk 8% setahun atau USD67.50 untuk 6.75% setahun. Jumlah ini sangatlah sedikit memandangkan anda sebenarnya boleh lakukannya selama sehari bahkan sebulan.

Ini bermakna jika anda menjana 8% sebulan sahaja anda sudah boleh menggandakan modal 1K USD anda kepada $1,960 iaitu 960% setahun!

Apa yang anda perlukan adalah strategi money management sahaja.

strategi money management

Strategi money management terbahagi kepada 2 iaitu;

  1. High risk high return
  2. Low risk high return

Jika pulangan ASB antara 6-8% setahun, maka untuk mencapai lebih dari itu anda perlulah mempunyai target 6-8% itu dalam sebulan. Jika anda sudah capai sasaran anda, sila berhenti trade dan tunggi hingga bulan berikutnya.

Saya percaya 6-8% ini boleh dicapai secara harian dan mingguan. Ini adalah kerana jika anda sasarkan 50-100pips seminggu, anda sebenarnya boleh mencapai sekitar 10-20% hanya dalam minggu itu sahaja.

Sebagai contoh jika anda punyai modal 100USD, jika sasaran anda adalah 20%, ini bermakna anda cuma perlu ‘mencari’ profit sebanyak 20$ dalam seminggu itu. Ini bersamaan memasang target $5 usd sehari selama 4 hari. $5 x 4 hari = +$20 usd.

1). Strategy MM High risk high return

Ia bukanlah semudah anda buka akaun live, deposit wang kemudian buat step dari 1 sampai 3 teknik ini kemudian trade lot-lot besar. Jika anda fikirkan itu maka sila abaikan teknik ini kerana dari awal lagi anda sudah buat kesilapan. Berikut syarat-syarat utama untuk trade high risk, high return;

  1. Gunakan wang yang sanggup untuk kerugian sahaja. -Jangan loan atau pinjam wang dari bank/orang lain dan jangan trade wang simpanan anda.
  2. Gunakan leverage maksima. Jika broker anda menawarkan leverage 1:500, 1:1000 atau 1:2000, gunakan yang paling maksima ada di situ.
  3. Fokuskan entry yang mempunyai stoploss paling minima, kemudian entry pada lot yang besar.
  4. Jika akaun anda leverage 1:500, margin yang diperlukan untuk trade 1$/1pips adalah *20$. Ini bermakna anda boleh trade cara ini pada modal serendah 25usd.
  5. Jika akaun anda menggunakan leverage 1:1000 pula, anda akan perlukan margin sekitar 13usd untuk membuka posisi $1/1pips, maka anda hanya perlukan modal 15$ sahaja untuk trade kaedah ini.
  6. Saya menyebutkan amaun yang kecil ini kerana saya yakin ia boleh disediakan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai wang sekitar RM50 dan RM90.
  7. Take proft anda mestilah kecil sekitar 5-10pips untuk cepat membesarkan size akaun anda. Sila withdraw modal apabila sudah mencapat 100% pulangan.
  8. Jika TP anda besar, wajib breakeven/ubah SL ke entry price anda untuk hapuskan risiko kerugian.
  9. Kaedah ini tidak sesuai untuk long term trading/compounding kerana risiko anda besar

*rujuk keperluan margin mengikut broker masing-masing

1). Strategy MM low risk high return

Saya tidak mengatakan ia low risk low return kerana untuk melaksanakan strategi MM ini anda hanya gunakan lot kecil tetapi mempunyai take profit target yang maksima. Berikut point-point penting yang anda perlu ambil perhatian;

  1. Gunakan modal lebih 100usd
  2. Risk dan Lot size ditentukan mengikut risk per-trade selepas hit stoploss
  3. Leverage mestilah antara 1:50,1:100 dan maksima 1:200
  4. Take profit anda minima 1:1 ratio atau  sebaiknya 1:2 ratio
  5. Kaedah ini sesuai untuk long term trading dan compounding

Dengan menetapkan risk reward ratio 1:2 anda menjadikan trading anda low risk dan high return kerana setiap kali anda hit target, anda akan mengatasi kerugian jika ada sebelum itu.

Risk management

Risk management ini dibuat hanya apabila anda memilih strategy MM no.2 iaitu low risk high return.

Dalam strategi ini anda akan mengawal sepenuhnya risiko yang terlibat untuk elakkan akaun anda kerugian teruk. Untuk ini anda wajib tahu dahulu risiko sebelum tahu reward anda. Ini kerana keutamaan anda adalah kawalan risiko itu sendiri(risk management).

Formula mudah risk management

Risk percentage akan dibahagikan mengikut bilangan pair yang anda trade. Jika anda mahu merisikokan 10% dan trade 5 pair, ini bermakna anda akan belanjakan 2% untuk setiap pair yang di-trade.

Jika modal 1,000, risk 10% maka ia bersamaan 100usd. Jika anda trade 5 pair, maka setiap pair itu akan dirisikokan sebanyak USD20 setiap satu. USD20 x 5 pair = USD100 iaitu 10% dari modal USD1,000.

USD20 ini pula adalah angka kerugian anda jika hit stoploss. Oleh itu anda akan sesuaikan USD20 ini dengan nilai stoploss anda dan seterusnya sesuaikan dengan volume size anda.

Jika stoploss anda 20pips, maka secara tidak langsung anda akan trade 1usd/1pips. Jika stoploss anda 50pips, maka anda akan trade 0.40sen/1pips. Manakala jika SL anda 100pips, anda akan trade 0.20sen/1pips iaitu akan menjadi -20usd jika hit stoploss anda.

Dari nilai SL ini jika anda mahu menggandakan peluang profit anda, anda hanya perlu gandakan 2x sahaja. Maka untuk setiap SL anda, anda akan tetapkan TP(take profit sebanyak 2x. Jika SL50pips, maka TP anda adalah 100pips.

Oleh itu, setiap risiko yang anda letakkan, anda berpotensi menjana 2x ganda profit berbanding risiko tersebut.

Rumusan

Strategi MM ini adalah untuk membantu anda merancang risiko serta pulangan trade anda. Ia akan memudahkan anda untuk mencapai sasaran trading anda secara bulanan dan tahunan.

Jika anda mahukan pulangan tinggi dalam masa singkat, bolehlah gunakan strategy high risk/high return. Jika mahu pulangan tinggi tetapi mengambil masa lama dan selamat, sila gunakan low risk/high return.

Penutup

Jika anda membaca dari awal hingga ke tahap ini, TAHNIAH saya ucapkan. Semoga apa yang disampaikan bermanfaat dan membantu anda mencapai kejayaan dalam kerjaya anda sebagai trader.

Jangan lupa share dan sampaikan ilmu ini kepada lebih ramai rakan trader diluar sana semoga sama-sama beroleh manfaat yang berguna. InshaAllah.

ADMIN.

KLIK SINI UNTUK MULA SEMULA

Translate »