
ANALISA GOLD MINGGU KE-5 MAY 2025| KEMBALI BULLISH
Altenatif plan trigger minggu lepas apabila EMA21 dan 50 terus menunjukkan trend bullish di H4. Pada jumaat terakhir minggu lepas pula gold terus ditutup lebih tinggi dari minggu sebelumnya. Ini menandakan trend bias bullish yang sangat kuat selain dalam masa yang sama Index dollar juga sedang melemah.
Untuk analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-4-may-2025/
XAUUSD WEEKLY
Selepas sideways berberapa minggu akhirnya gold ditutup lebih tinggi. BRN terdekat adalah 3400.00 diikuti dengan ATH tahun ini iaitu di 3500.00.
Mungkinkah 3500.00 ini akan diuji semula atau gold boleh mencecah 4,000.00 tahun ini???

XAUUSD H4
Di timeframe H4, harga terakhir berhenti tepat di upper channel downtrend selepas pullback di atas 3300.00.
Last high ini menjadi Weekly high untuk rujukan buying jika break dan membuat new high lagi.

Berdasarkan situasi minggu lepas, bias adalah bullish dengan Trendline menjadi rintangan utama yang perlu diberi perhatian.
Andainya break, trend akan naik lagi. Tetapi jika gagal, maka minggu hadapan kita akan melihat price jatuh semula.
KEY SNR penting:
1). Weekly high 3366.015
2). BRN 3300.00
3). Weekly low 3204.67
Plan utama minggu hadapan adalah buy sahaja dan poin paling penting adalah, breakout trendline/channel dan closed membuat new high.
ALTENTIF
Market ini adakalanya bersifat random dan sukar dijangka. Seperti minggu lepas, plan utama adalah sell namun akhirnya ia terus naik tinggi dan trigger semua SL seller.
Oleh itu kita lihat apa potensi downside untuk gold minggu hadapan. Berikut clue penting.
- Gagal break dan buat new high.
- Membentuk HNS di H4.
- Break bawah 3300.00.

Area TP penting jika sell trigger adalah 3237.93 dan weekly low 3204.67. Pair ini akan diabaikan jika anda buying jika break bawah 3300.00 kerana ia adalah area neckline untuk HNS.
Sekian dahulu buat masa ini. Segala update terkini akan dikemaskini di group telegram.
Terima kasih!
ADMIN
25/05/25
p/s: Sudahkah anda download Ebook percuma terkini dari kami? Dapatkan ebook terkini dari kami di sini.