TEKNIK FIBONACCI PALING MUDAH: CUSTOM SETTING FIBONACCI YANG WAJIB ANDA KETAHUI

Print Friendly, PDF & Email

Tidak lengkaplah bagi seseorang trader itu tanpa mempelajari ataupun mengetahui mengenai fibonacci. Fibonacci adalah salah-satu keajaiban alam dalam bentuk matematik di mana ia wujud dan boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk seperti kedudukan gunung-ganang, bentuk spiral siput, bunga malah pada manusia itu sendiri mempunyai kiraan fibonacci sendiri! Tak percaya, cubalah google sendiri.

Fibonacci merupakan tools yang boleh dikira sebagai ajaib dalam forecasting ataupun analisa teknikal. Ia bukan sahaja dalam perdagangan forex, malah juga saham dan apa juga analisa yang melibatkan charts.

Di sebabkan popularitinya yang begitu tinggi dikalangan trader, terdapat satu masalah yang sering menjadi kebingunan trader itu sendiri, iaitu bagaimana nak ada sambungan fibonacci retracement yang tepat? Adakah dari bawah ke atas atau atas ke bawah? Kali ini saya akan kongsikan satu setting mudah yang membolehkan anda menyambungkannya tanpa risau betul atau salah sambungan anda itu.

Fibonacci default setting

Melalui artikel saya ini saya telah tunjukkan bagaimana untuk membuat sambungan fibo dan bila hendak menggunakannya. Namun selain dari cara di atas, sebenarnya terdapat cara lain penggunaan fibo ini dan mempunyai cara setting yang agak berbeza berbanding asalnya.

Lihat foto di atas, terdapat dua fibonacci yang berbeza. Di sebelah kiri adalah fibonacci asal dan sebelah kanan adalah fibonacci yang sudah diubah settingnya. Jika anda perasan, kedudukan retracement level adalah berbeza bermula dari 23.6 hinggalah 61.8. Ia kelihatan agak terbalik.

Baca >>  ADJUSTMENT FIBO UNTUK SHARP ENTRY

Cara penggunaan adalah masih sama namun fibonacci yang kedua(custom) adalah berbeza dari segi cara penggunaan.

Menyelesaikan kebingungan sambungan fibo retracement dengan menambah 76.4

Level retracement adalah sama walaupun tarik terbalik atas bawah, bawah atas??

Walaupun terbalik namun kedudukan level retracement tetap sama untuk 38.2, 50.0 dan 61.8

Perhatikan kedudukan yang ditandakan.. ia adalah sama kecuali 23.6 sahaja.

Jadi, cara penyelesaiannya adalah tambahkan level 76.4 pada fibo anda. Maka semua level retracement akan sama.

Sekarang tiada lagi masalah konfius nak tarik fibo. Yang penting adalah semua level sudah ada.

Kini masalah sambungan sudah selesai bagi anda yang menggunakan kaedah fibonacci retracement untuk entry dan exit anda. Selanjutnya saya akan kupas mengenai kaedah fibonacci bersama extension level. Kaedah ini memerlukan anda menyambungkan secara betul agar mendapatkan level extension sesuai dengan trend yang anda trading ketika itu.

BACA : RAHSIA MULTI-TIMEFRAME

Hidden level fibonacci yang anda perlu tahu

Sebelum anda mengubah sepenuhnya fibonacci anda, terdapat berberapa level penting yang tidak dipaparkan(hidden level) pada fibonacci asal. Level-level ini kita akan masukkan secara manual sebagai sebahagian dari custom fibonacci ini.

PENTING!!! Sebelum kita lanjutkan topik ini, perlu saya ingatkan bahawa dengan menggunakan setting ini, cara sambungan fibo anda adalah dari bawah ke atas untuk uptrend dan dari atas ke bawah untuk downtrend.

Antara hidden level yang dimaksudkan adalah;

  • 127.2
  • 138.2(optional)
  • 200.0
  • 76.4(sudah diterangkan sebelum ini)

Note: Level 138.2 adalah optional iaitu pilihan jika anda gunakan 127.2 maka anda boleh abaikan 138.2 ini atau jika anda menggunakan 138.2 ini anda boleh abaikan 127.2.

Custom Setting

Berikut saya dedahkan selengkapnya custom fibonacci ini. Sila buka MT4 anda dan insert fibonacci retracement terlebih dahulu.

Baca >>  RAHSIA TRADING TANPA STOPLOSS - BAGAIMANA MENGGANDAKAN USD300 KEPADA USD50K

Double click pada titik-titik merah fibonacci anda, kemudian point-kan arrow tetikus anda dan klik button kanan tetikus. Pilih ‘fibo properties.’

Klik di bahagian fibo levels. Seterusnya masukkan ikut setting dalam gambar mengikut level dan description.

*Note: saya lebih memilih menggunakan 127.2 sebagai extension level maka saya akan abaikan 138.2.

Apabila sudah siap, maka paparan fibo anda mestilah seperti di bawah ini;

Letakkan price di tepi level fibo

Bagi memudahkan lagi anda untuk melihat price yang berkaitan dengan fibo level anda, anda hanya perlu tambah %$ di tepi level fibo di bahagian description. Sila letakkan di semua level fibo di bahagian description. Pastikan anda letakkan jarak(space) antara level fibo dan %$. Akhir sekali, klik OK.

Custom edit yang sudah siap;

Cara mudah penggunaan

Semenjak ramai yang agak keliru nak gunakan samada ke kanan atau ke kiri untuk sambungan, dengan menggunakan custom setting ini anda hanya perlu terus sambungkan dari kiri ke kanan mengikuti arah trend tersebut.

Jika trend adalah uptrend, tarik dari kiri ke kanan bermula dari bawah ke atas dan jika downtrend tarik dari atas ke bawah. Apa yang penting adalah anda fahamkan betul-betul cara titik sambungan fibonacci sahaja.

Uptrend – Tarik sahaja dari bawah ke atas sama seperti trend tersebut.

Downtrend – Tarik sahaja dari atas ke bawah sama seperti trend itu.


Lebih mudah bukan?

Kesimpulan

Cara penggunaan ini adalah sangat ringkas jika anda masih sukar untuk aplikasikannya ke dalam analisis harian anda. Diharapkan perkongsian mudah ini dapat membantu mempercepatkan masa anda untuk membuat analisis dan seterusnya tidak membuang masa anda berjam-jam di depan pc.

Baca >>  FIBONACCI KREATIF?

Setelah mahir fibonacci, seterusnya bolehlah anda gunakan pula kaedah gabungan dengan price action lagi. Kaedah-kaedah price action ini saya huraikan lebih lanjut dalam membership pullback.

SERTAI MEMBERSHIP HARI INI.

Sekian.

ADMIN
12/11/17


Comments

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.