
FIBONACCI RETRACEMENT – TOOLS TERBAIK MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN TIMING ENTRY
Fibonacci retracement adalah tools percuma yang tersedia di MT4 dan MT5. Kegunaan tools ini mudah dan ringkas -untuk membantu trader mendapatkan potensi kedudukan entry secara spesifik berdasarkan kedudukan retracement.
Kaedah ini penting dan sangat bagus untuk retail trader yang mahu timing entry anda dan tidak masuk melulu seperti FOMO ataupun mengagak entry anda. Cara entry seperti ini sangat professional dan lebih teratur berbanding entry melulu. Anda juga tahu kedudukan stoploss anda dan boleh kira risiko anda. Kini tidak lagi masuk main hentam!
Kedudukan retracement
Terdapat berberapa level namun untuk fibo yang saya gunakan, saya buangkan level 23.6 dan tambahkan satu lagi level samada 76.4 ataupun 78.6. Untuk fibo yang saya gunakan, saya pilih 78.6.
Jadi fibo retracement level saya terdiri dari 38.2, 50.0, 61.8 dan 78.6.
Cara sambungan
Saya menyambungkan fibo sesuai setup atau trend. Jika pada waktu itu strategi saya adalah buy, maka saya akan sambungkan dari support kepada resistance(bawah ke atas) dan jika strategi adalah sell saya akan sambungkan dari resistance ke support(atas ke bawah).
Entry Level
Tiga level penting utama adalah 38.2, 50.0 dan 61.8. Level 61.8 adalah sangat popular kerana ia adalah golden ratio dalam kesemua level ini. Ia adalah kedudukan yang kerap price pergi ketika retracement, oleh itu ia akan jadi keutamaan bagi sesetengah trader.
Untuk level lain bukanlah tidak penting tapi jika dikira jarak setiap level dengan 78.6 dan 100.0, level 61.8 adalah paling dekat dan menjadikan stoploss anda lebih kecil. 78.6 dan 100.0 merupakan kawasan stoploss yang saya letakkan dalam trading.
Fibo retracement membantu mencari kawasan SNR kuat
Bukan setakat entry, tapi fibo retracement juga boleh memberitahu kita sesuatu level retracement itu level kuat dan sesuai untuk entry. Ia berlaku di semua level fibo.
Jika temui setup ini, anda boleh jadikan ia panduan entry.

Lihat gambar di atas, 38.2 menjadi level kuat price kerana gagal ditembusi. Akhirnya price jatuh kaw-kaw selepas rejection ke-3.
Confirmation entry
Cara popular untuk entry adalah menunggu reaksi price action/candlestick di salah satu level fibo ini. Biarkan trend retrace, kemudian apabila candle menyentuh salah satu level ini, tunggu apakah reaksinya jika sudah close di situ. Boleh jadi signal entry akan terbentuk di 38.2, atau 50.0 atau 61.8.
Signal entry atau reaksi price action paling popular adalah seperti pin bar.

Jadi tak semestinya anda akan entry di 61.8. Jadi jika begitu kenapa golden ratio ini sangat popular? -Pada pendapat saya dan dari cara kegunaan saya, jika signal itu terbentuk di 61.8, saya akan ambil risk berbanding di level lainnya. Ini kerana stoploss kecil dan signal yang terbentuk di kawasan ini sangat high probability dan low risk dalam terma stoploss.
Teknik yang boleh gunakan cara fibo retracement ini?
Anda boleh ke artikel saya ini untuk belajar strategi entry dan fibonacci retracement >> https://pullbackforextrading.com/teknik-fm-untuk-follower-pullback/
Dalam artikel ini saya tunjukkan bagaimana mendapatkan trade setup dan entry menggunakan fibonacci retracment.
Rumusan
Berikut adalah rumusan utama dari artikel ini:
-
Fungsi Utama: Fibonacci Retracement di MT4/MT5 digunakan untuk mencari potensi kedudukan entry yang spesifik semasa fasa retracement.
-
Tetapan Level: Menggunakan level 38.2, 50.0, 61.8, dan 78.6 (level 23.6 dibuang, manakala 78.6 ditambah).
-
Cara Sambungan:
-
Buy: Sambung dari Support ke Resistance (Bawah ke Atas).
-
Sell: Sambung dari Resistance ke Support (Atas ke Bawah).
-
-
Level Entry & Pengurusan Risiko:
-
Level entry utama ialah 38.2, 50.0, dan 61.8.
-
Level 61.8 (Golden Ratio) menjadi pilihan utama kerana tahap kebarangkaliannya tinggi (high probability) serta jaraknya dekat dengan kawasan stoploss (78.6 dan 100.0), menjadikannya dagangan yang berisiko rendah (low risk).
-
-
Pengesahan Entry (Confirmation): Tunggu reaksi price action atau corak penutupan candlestick pada salah satu level Fibo sebelum memasuki pasaran.
Sekian dahulu artikel dari saya, ikuti kami di telegram rasmi dan follow Instagram, facebook dan tiktok kami atas nama yang sama: @pullbackforextrading
ADMIN
10/09/26
