CANDLESTICK STRATEGY – INSIDE BAR DAN OUTSIDE BAR

Formasi candlestick memberikan tafsiran tentang apa yang sedang dan akan berlaku dalam pasaran. Setiap pembentukan ini adalah berdasarkan psikologi manusia di mana salah-satu sikap dan kecenderungan adalah mengulangi sesuatu perkara. Pengulangan ini akan membentuk sesuatu yang kita panggil sebagai corak ataupun pattern.

This image has an empty alt attribute; its file name is how-to-join-telegram-channels.jpg

Chart pattern

Mengenal-pasti corak pengulangan ini akan menjadi kelebihan kepada trader kerana pengulangan pattern adalah bermaksud pengulangan pergerakan yang sama selepas pattern itu terbentuk.

Untuk artikel kali ini saya akan bercakap mengenai pattern inside bar dan out side bar. Strategi candle seperti ini adalah strategy candle breakout. Anda boleh belajar lebih lanjut mengenai teknik candle breakout melalui link ini http://pullbackforextrading.com/teknik-candle-break/

Point penting yang anda perlu tahu;

  • Candle besar dipanggil sebagai mother candle
  • Candle kecil dipanggil sebagai inside bar
  • Pattern candlestick yang dibincang dalam topik kali ini mempunyai sedikit persamaan seperti harami pattern dan engulfing pattern

CIRI-CIRI

Ciri-ciri utama pattern ini boleh dikenalpasti melalui bentuk candle pertama dan kedua. Salah satu candle lebih besar berbanding yang satu lagi. Pattern ini hampir sama dengan candle engulfing cuma bezanya ia mempunyai lebih dari satu candle kecil.

Dalam bahasa lainnya, candle yang lebih besar juga dipanggil sebagai Mother bar atau Mother Candle.

Inside Bar

Ciri-ciri utama adalah insde bar adalah candle mother bar di sebelah kiri diikuti candle kecil di sebelah kanan.

Penerangan

Candle besar atau mother bar terletak di sebelah kiri diikuti candle kecil atau body candle yang tidak melebihi saiz candle pertama ataupun mother candle. Ini memberikan indikasi bahawa trend dalam consolidation ataupun sideways dan memberikan petanda bahawa bakal berlakunya breakout dalam masa terdekat.

Dalam live market, pattern ini mungkin sedikit berbeza namun apa yang penting adalah anda kenal-pasti saiz candle pertama dan kedua sahaja, oleh itu ia akan menjadi petunjuk mana yang valid dan tidak valid.

Mother bar sebelah kiri dan inside bar sebelah kanan.

Berdasarkan gambar di atas, kita boleh simpulkan bahawa closing body inside bar mestilah lebih kecil dan terletak di antara high dan low mother candle. Keadaan ini termasuklah jika candle inside bar mempunyai shadow yang lebih panjang berbanding dengan mother candle.

Outside bar

Berbeza dengan inside bar, outside bar pula adalah berdasarkan kedudukan yang terbalik iaitu mother candle pula di sebelah kanan.

Penerangan

Kedudukan mother bar di sebelah kanan kini dipanggil sebagai outside bar. Open dan Closing outside bar ini melebihi candle pertama. Ini secara tidak langsung memberikan arah pasaran berdasarkan bentuk candle tersebut.

Disebabkan ia cuma mengutamakan mother bar disebelah kanan, oleh itu dalam live market semuanya adalah sama sahaja. Apa yang penting adalah anda mencari candle signal ini berdasarkan kedudukannya pada support dan resistance sahaja.

Outside bar merujuk kepada dua signal;

  1. Bullish outside bar – buy signal
  2. Bearish outside bar -sell signal

Ini adalah candle reversal signal, oleh itu jika anda menjumpainya pada penghujung resistance maka itu adalah signal entry sell. Manakala jika anda menjumpainya pada penghujung support, ia adalah signal untuk buy.

CONTOH SETUP

Dalam live market, saya cenderung memilih candle inside bar untuk trending market iaitu untuk uptrend dan downtrend market.

Ia memudahkan saya untuk kenalpasti, menanti peluang dan membuat entry apabila breakout berlaku. Timeframe yang menjadi keutamaan saya adalah Daily Chart. Selain Daily, strategi ini juga berkesan di H4 dan H1.

Uptrend

Dalam uptrend, biasanya apabila trend itu hendak meneruskan perjalanannya, candle inside bar biasanya terbentuk.

Trend dikira meneruskan perjanannya apabila breakout high mother candle.

foto : elearnmarkets

Dalam sesuatu uptrend, apabila terbentuknya inside bar, apa yang perlu anda fokus adalah apabila break high mother candle tersebut. Jika break, ia bermaksud bakal naik lagi. Dengan kaedah ini anda dapat elakkan false signal ataupun false direction daripada candlestick.

Downtrend

Perhatikan gambar di atas apabila candle inside bar terbentuk, dengan mudahnya anda mengikuti trend hanya dengan menunggu peluang breakout berlaku.

CLAIM BONUS TANPA DEPOSIT $30 ANDA HARI INI!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Outside bar

Seperti yang telah diterangkan di awal artikel ini, outside bar adalah teknik entry terbaik untuk reversal trend. Oleh itu perhatikan kedudukan signal ini samada di atas atau bawah resistance.

Dengan itu anda boleh membuat keputusan entry anda.

Lihat bagaimana pattern ini terbentuk – mother candle di sebelah kanan lebih besar berbanding inside candle di sebelah kiri.

Ciri-ciri body candle iaitu bearish dan bullish adalah penambah confirmation kepada entry setup ini dan membantu anda membuat entry.

RUMUSAN

Berikut berberapa rumusan ringkas untuk mengakhiri pembelajaran ini;

  • Inside bar adalah terdiri daripada candle mother bar di sebelah kiri dan inside bar sebelah kanan
  • Outside bar adalah versi terbalik dari inside bar di mana candle mother bar di sebelah kanan manakala inside bar di sebelah kiri
  • Inside bar sangat sesuai untuk entry pada trending market samada uptrend ataupun downtrend
  • Outside bar sesuai digunakan untuk reversal trend iaitu dari uptrend kepada downtrend dan downtrend kepada uptrend

Anda mahu mengikuti signal dan analisis terkini? Sertai membership hari ini!

ADMIN
13/03/21

Print Friendly, PDF & Email

Comments

Translate »