MORNING STAR DAN EVENING STAR TRADING STRATEGY

Print Friendly, PDF & Email

Anda mungkin sudah mengetahui mengenai doji candle pattern. Akan tetapi tahukah anda setiap kali doji terbentuk, ia bukan semestinya bermaksud trend akan reversal. Oleh itu ia masih perlukan confirmation. Jangan risau, dalam artikel kali ini tiada teknikal indikator yang anda perlu pelajari hanya untuk mendapatkan confirmation ini.

Apa yang anda perlukan adalah, candlestick juga!

Ya candlestick akan confirmkan candlestick untuk arah reversal. Ini bermaksud anda akan pelajari formasi candlestick yang membentuk reversal trend.

Ciri-ciri

Ciri-ciri utama adalah ia terbentuk dari formasi 3 candle di mana candlestick pertama adalah arah, kedua doji atau neutral dan ketiga adalah confirmation arah reversal untuk candle ke-2.

Candle ke-3 ini sangat penting kerana di sinilah anda melihat adakah trend sudah berubah arah atau masih meneruskan trend.

Morning Star

Morning star adalah formasi candle yang membentuk kepada reversal dowtrend kepada uptrend. Ini adalah signal kepada entry buy.

Evening Star

Evening star adalah formasi candle yang membentuk kepada reversal uptrend kepada downtrend. Berlawanan kepada morning Star, Evening Star adalah signal kepada entry sell.

Strategy Entry

Entry anda adalah pada candle ke-4 selepas candle confirmation. Stoploss anda adalah pada atas doji candle jika sell dan bawah doji jika buy.

Anda digalakkan mencari setup pada timeframe lebih besar sebagai direction trading anda dan entry pada timeframe yang lebih rendah seperti H1 atau M30 ataupun M15 berdasarkan direction di timeframe yang lebih besar itu.

Timeframe besar yang sesuai untuk mencari direction atau trade setup adalah Weekly dan juga Daily(D1). Dalam contoh di bawah saya akan menggunakan timeframe D1.

Baca >>  TIPS MENGENAL-PASTI SNR KUAT DAN VALID

Contoh Setup

Contoh setup Morning Star

Syarat untuk morning star adalah candle bearish, doji kemudian candle bullish. Ia mungkin mempunyai bentuk dan candle yang berbeza tetapi selagi syarat asas dipenuhi, ia adalah valid sebagai trade setup.

Pada tahun lalu iaitu pada tahun 2020 formasi morning star terbentuk pada pair GBPUSD di timeframe D1. Candle bullish selepas doji memberikan confirmation untuk uptrend. Oleh itu entry yang akan dibuat adalah buy.

Pada H1 terbentuk candle mother bar dengan entry breakout sebagai confirmation untuk buy berdasarkan trend setup di D1. Entry ini exit pada resistance terdekat. Stoploss pula di letakkan pada low point mother bar.

Baca : Mother Bar candle strategy

Baca : Inside Bar strategy

Contoh Evening Star setup

Di bawah adalah contoh evening star yang cukup syarat dari segi candle pattern walaupun candle bearish mempunyai shadow yang agak panjang sikit berbeza dengan candle bullish.

Evening star pattern terbentuk pada pair EURJPY pada bulan march tahun ini. Ia memberikan hint price akan turun kerana candle bearish terbentuk selepas candle doji. Oleh itu plan adalah sell dan entry akan dibuat pada timeframe yang lebih rendah seperti H1.

Pada H1 terbentuk formasi Fakey Bar di mana entry point sell adalah pada candle ke-3 selepas bearish candle memberikan hint candle bullish pertama yang break mother bar adalah fakeout. Price drop lebih +70 pips selepas entry point di buat.

Baca : Fakey Bar Strategy

Rumusan

Akhir sekali sebelum menyelesaikan topik ini, berberapa rumusan berikut disediakan untuk anda.

  • Pattern ini terbentuk dari 3 formasi candle
  • Candle ke-3 sangat penting kerana ia akan memberikan confirmation buat candle kedua iaitu candle doji
  • Candle doji yang terbentuk tidak semestinya membawa kepada reversal trend
  • Terbahagi kepada dua jenis iaitu morning star(uptrend/buy) dan evening star(downtrend/sell)
  • Boleh digunakan untuk mengenal-pasti trend atau trade setup berdasarkan timeframe yang lebih besar seperti D1 atau Weekly
  • Entry boleh dibuat pada timeframe lebih kecil seperti H1, M30 ataupun M15
Baca >>  STRATEGY HIGH RISK HIGH RETURN - GANDAKAN WANG PULUHAN RINGGIT KEPADA RIBUAN RINGGIT DALAM MASA SINGKAT

Join membership untuk analisa mingguan dan update harian > saya berminat!

Sekian,

ADMIN
25/04/21

Comments

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.