Mother Bar Candle Yang Anda Perlu Ketahui

Print Friendly, PDF & Email

Mother bar candle adalah candle yang terdiri dari satu candle panjang(engulfing) dan diikuti dengan satu atau lebih candle bersaiz kecil di sebelah kanan. Candle kecil ini adalah susunan candle sideways ataupun consolidation yang memberikan petanda bakal berlakunya breakout dalam masa terdekat.

Candle kecil sebelah kiri ini adalah berdasarkan body candle yang open dan close dalam lingkungan hi dan lo candle panjang.

Candle ini penting bagi membantu anda merancang trade anda apabila menjumpainya pada chart anda. Pada artikel terdahulu saya ada kongsikan mengenai dua jenis candle mother bar ini. Sila ke halaman http://pullbackforextrading.com/candlestick-strategy-inside-bar-dan-outside-bar/ ini untuk maklumat lanjut.

Note : Mother bar candle adalah berkait rapat dengan inside bar dari segi kedudukan candle besar dan candle kecil. Untuk artikel kali ini saya akan mengupas sedikit mengenai candle ini.

Kenali ciri-ciri Mother Bar

Formasi mother bar adalah terdiri dari candle besar sebelah kiri dan candle kecil di sebelah kanan.

Foto : Netpicks

Candle kecil di sebelah kanan adalah petanda ia hendak berlaku breakout kerana tidak melebihi dari candle terdahulu. Jika anda menjumpai candle ini pada timeframe lebih besar seperti Daily, Weekly dan Monthly, anda boleh tafsirkan terus keadaannya sesuai dengan timeframe tersebut..

Mother bar Daily, Weekly dan Monthly

Jika ia terbentuk pada Daily, anda boleh tafsirkan bahawa candle semalam tidak melebihi candle sebelumnya dan breakout akan berlaku pada hari-hari akan datang. Satu candle mempunyai tempoh masa 24 jam atau 1 hari untuk siap, oleh itu anda boleh tentukan plan anda dengan memantau pergerakan harian.

Jika ia terbentuk pada Weekly bermaksud breakout akan berlaku pada minggu-munggu akan datang. Ini bermakna anda akan berdepan risiko terperangkap dalam sideways dalam berberapa minggu kedepan hinggalah breakout berlaku. Satu candle adalah bersamaan satu minggu, oleh itu tidak hairanlah jika ia mengambil masa lama.

Jika ia terbentuk pada Monthly, ini memberikan hint bahawa dalam berberapa bulan ini akan sedikit sideways hinggalah breakout berlaku. Jika D1 adalah 1 hari, Weekly adalah 1 minggu, maka Monthly candle adalah bersamaan 1 bulan. Ini mungkin memberikan jawapan kenapa market sideways dalam masa berbulan-bulan lamanya. Cuba ‘check’ timeframe monthly pair anda, jawapan mungkin ada di situ. 🙂

Apabila anda mengetahui tempoh masa ini, secara tidak langsung membantu anda membuat perancangan untuk hari, mingguan dan bulanan akan datang.

Baca >>  ASAS FOREX YANG DILUPAKAN - CARA SEBENAR TRADING FOREX

Strategy trading Mother Bar Candle

Candle pattern ini membawa dua maksud;

  • Reversal
  • Continuation

Anda boleh trade dua cara dengan candle ini sesuai dengan continuation dan reversal. Akan tetapi jangan risau, anda tak perlu pening-pening nak tentukan samada perlu cari trend continuation ataupun reversal. Sebaliknya dengan kaedah mudah dan ringkas berikut, anda hanya perlu ikuti ke mana arahnya hanya selepas breakout.

So maksudnya, tunggu breakout berlaku kemudian ikuti arahnya selepas ia pullback.

Baca : Teknik Breakout Pullback

Teknik Entry Breakout

Selepas anda mengenalpasti sesuatu setup itu adalah mother bar berdasarkan kedudukan candle pertama dan kedua, apa yang anda perlu lakukan seterusnya adalah membuat marking untuk high dan low pada mother bar ataupun mother candle tersebut.

Anda hanya perlu beri perhatian kepada high/hi dan low/lo mother bar tersebut. Jika break hi, nantikan pullback untuk buy. Jika break lo, nantikan pullback untuk sell.

Pullback adalah bermaksud berlakunya retest sebelum ia kembali pullback mengikuti breakout itu. Anda wajib menantikan ia untuk pullback dahulu untuk elakkan dari terkena market false breakout.

Hi dan Lo akan bertindak seperti SNR seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini. Sila ke artikel ini http://pullbackforextrading.com/rahsia-hi-lo-dalam-chart/ untuk pelajarinya.

Hi dan Lo pada mother bar akan bertindak sebagai SNR dan menjadi panduan untuk entry dengan syarat pullback mesti berlaku dahulu. Untuk buy setup, price atau candle perlulah break dahulu hi mother bar. Seterusnya ia perlu melakukan pullback sebagai confirmation entry anda. SL boleh diletak di bahagian Lo mother bar candle.

Lo mother bar candle bertindak sebagai support level – untuk sell setup, price/candle wajib break dahulu area Lo ini. Seterusnya jika ia melakukan pullback, anda akan membuat entry sell anda dengan SL pada Hi mother bar ini.

Baca >>  SUPPORT DAN RESISTANCE

Contoh Setup

Untuk contoh setup, timeframe H4 dan D1 adalah paling sesuai kerana ia lebih valid berbanding timeframe lain. Ini bermakna ia memberikan potensi profit lebih baik berbanding timeframe lain.

Disebabkan fokus utama saya adalah trading yang lebih kurang dengan profit lebih maksima, timeframe D1(daily) adalah keutamaan saya. Trade kurang, profit lebih banyak!

Contoh setup mother bar breakout pada timeframe D1 pair GBPUSD – Breakout berlaku selepas candle inside bar terbentuk. Retest berlaku pada area Hi mother bar iaitu di 1.32236 selama dua hari sebelum price melonjak naik beratus pips 2 hari kemudian selepas breakout dan retest berlaku.

Jumlah kenaikan selepas pullback adalah 400 pips!

Mother bar terbentuk di TF D1 untuk pair GBPUSD – Area Lo mother bar iaitu di 1.30150 breakout kemudian retest berlaku semula sebelum kejatuhan berlaku.

Total kejatuhan dari retest area ke low adalah 300 pips!

Peluang seperti ini jarang berlaku namun bagi penggemar entry full margin, inilah perluang terbaik anda mengaut keuntungan tinggi dalam masa singkat. Akan tetapi pastikan anda hanya menggunakan modal yang sanggup rugi sahaja kerana apa-apa yang anda buat, risiko kerugian adalah tinggi. Jadilah trader yang bijak!

Rumusan

Berikut rumusan untuk topik mother bar candle;

  • Terdiri daripada candle besar di sebelah kanan dan candle kecil di sebelah kiri
  • Candle kecil di sebelah kiri adalah petanda bakal berlakunya breakout dalam waktu terdekat
  • Ia terbentuk di semua timeframe di mana satu candle akan mewakili tempoh masa tertentu
  • Jangka masa breakout akan bergantung pada timeframe ia terbentuk samada monthly, weekly ataupun daily
  • Cara terbaik trade mother bar adalah breakout
  • Dalam sesuatu setup, retest dan pullback adalah strategi entry terbaik untuk trader mother bar candle
Baca >>  Gravestone Doji

Sekian untuk kali ini. Jika anda punyai pendapat, sila letakkan di ruang komen. Jangan lupa share artikel ini ataupun download dalam bentuk pdf untuk memudahkan rujukan di masa akan datang.

Bagi anda yang mahu menyertai membership pullback untuk dapatkan update setup dalam bentuk analisa dan signal, bolehlah ke halaman ini untuk menyertai.

ADMIN
27/03/21

Comments

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.