STRATEGI ENTRY FALSE BREAKOUT

Print Friendly, PDF & Email

Pernahkah anda berdepan situasi di mana anda sell ketika price ‘terjun’ tetapi ia berakhir dengan reversal dan price naik tinggi? Juga pernahkah berdepan situasi di mana ketika price naik tinggi dengan candle engulfing yang seakan meroket ke langit tetapi bila anda buy, ia jatuh menjunam pula? Terasa pula seakan tidak tahu trade pula waktu ni kan?

Inilah yang dinamakan sebagai false break – iaitu di mana situasinya adalah apabila bilangan volume trader yang memasuki pasaran tinggi mendadak dan memaksa price membuat reversal. Candle false break pun terbentuk.

photo : Adam Nowakowski. Unsplash.com
This image has an empty alt attribute; its file name is how-to-join-telegram-channels.jpg

Apa itu False Break?

False break adalah situasi apabila price membuat reversal selepas gagal breakout. Maksudnya ia cuba untuk break sesuatu SNR level tetapi gagal. Ia kemudiannya berakhir dengan membentuk pin bar ataupun bullish/bear trap tetapi memasuki sikit zon SNR tersebut.

Lihat false break di atas, ia nampak seperti mencuba untuk pullback dan bertukar arah selepas breakout tetapi apa yang berlaku adalah ia naik semula atas zon SNR kemudian membuat sedikit retest sebelum kembali naik mengikut arah yang sebenarnya.

Breakout yang sempurna adalah apabila candle close betul-betul melepasi SNR level kemudian diikuti oleh candle rally mengikuti arah breakout tersebut.

Apabila anda mengenalpasti dan mempelajari mengenai candlestick false break ini, anda sebenarnya boleh memanfaatkannya sebagai kelebihan anda. Di sinilah yang akan membezakan anda dengan trader-trader yang kurang sabar dan selalu terkena false break ini!

Strategi False breakout

Sebelum anda pergi lebih lanjut mengenai teknik ini, adalah penting untuk ketahui dahulu ciri-ciri dan sifat false breakout ini.

Di sebabkan ia kerap terbentuk, ini bermakna ia adalah kategori pattern dan bakal berulang lagi di masa akan datang. Oleh itu anda yang dapat kenalpasti bentuknya pasti saja dapat manfaatkannya. Oleh itu mari kita kenali ciri-cirinya terlebih dahulu.

Ciri-ciri

Ciri-ciri utama adalah ia melepasi sesuatu SNR tetapi gagal untuk teruskan breakout. Berikut dua contoh utama yang perlu anda ketahui dan kuasai.

  • pin bar(ataupun seakan pin bar)

Di atas adalah contoh candle false break yang seakan membentuk pin bar namun di sebabkan size candle yang besar jadi ia bukanlah pin bar sepenuhnya. Ia gagal tembusi resistance kerana closing di bawah resistance tersebut. Candle yang berikutnya juga open dan close di bawah resistance yang sama. Apabila candle ke-3 terbentuk, akhirnya ia terus jatuh ke bawah menandakan trend bukan lagi menaik tetapi sebaliknya menurun. Andaikata anda ada membuat buy di area resistance, inilah masanya untuk cutloss dan jangan menaruh harapan lagi.

Di atas adalah contoh terbaik pin bar sell di mana berdasarkan closing body candle ia adalah bearish untuk candle pertama dan kedua. Namun ia masih dalam kategori false break kerana shadow candle melebihi area resistance yang ditandakan. Akan tetapi berbeza dengan contoh sebelum ini, candle pin bar di atas lebih jelas dan agak mustahil untuk tersalah entry kecuali anda memang tiada basic analisis teknikal atau hanya entry mengikut-ikut trader lain.

Baca >>  Teknik BREXIT

Sekarang kita pergi ke pattern kedua;

  • bullish dan bearish trap

Ini adalah situasi yang sangat mengelirukan dan sangat efektif memerangkap trader yang suka trade secara melulu dan overkonfiden full margin.

Ia membentuk keadaan di mana sudah berlaku breakout, sudah close di luar SNR kemudian candle pullback juga terbentuk, namun sayangnya ia close semula dalam zon SNR kemudian reversal.

Lihat bagaimana dan kenapa ia dikatakan sebagai ‘trap’ ataupun perangkap. Perhatikan perfect breakout dengan candle bearsih engulfing diikuti dengan candle pullback yang ditandakan dalam gambar – Pasti lebih ramai yang terjerumus untuk entry confiden sell selepas candle bearish pin bar terbentuk. Tetapi hakikatnya adalah trade ini gagal dan berakhir dengan reversal. Solution? Anda mungkin perlu hedging posisi anda.

Hampir sama dengan situasi bear trap sebelum ini cuma dalam versi bullish trap pula. Apabila market retest semula breakout SNR yang menjadi RBS itu, 3x rejection berlaku kerana masih closed di atas RBS. Tetapi beri perhatian kepada candle break selepas itu. Itulah arah yang anda perlu ikuti.

Tidak dinafikan mungkin anda tersilap arah pada waktu ini tetapi jika anda cutloss lebih awal maka tidaklah perlu berdepan lagi situasi yang lebih teruk.

Market terjun menjunam lagi selepas ia cuba retest zon bullish trap. Ini petanda bahawa retest itu cumalah short term sebelum majoriti trader memasuki semula pasaran dan menekan price untuk jatuh. Alangkah baiknya jika sell pada waktu ini berbanding buy kan?

Oklah, mari kita pelajari teknik entry pula. Semoga dengan ini anda boleh memanfaatkan strategi false break ini.

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6
Baca >>  SIGNAL H4, ENTRY M15

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Teknik Entry

Untuk memanfaatkan keadaan ini anda perlukan teknik yang boleh berikan kelebihan kepada anda. Sebelum itu saya amatlah sarankan anda untuk elakkan dari trading overkonfiden dan selalu memasang stoploss untuk kawal loss anda jika tersilap langkah.

Tiada yang mudah dalam market ini oleh itu selalulah menjangkakan sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku(expect the unexpected)!

Tips penting anda;

  • Jangan overkonfiden
  • Jaga MM
  • SL sentiasa ada
  • Jaga emosi anda

Follow trend

Kenalpasti trend pada waktu itu dan cari SNR terdekat yang berpotensi akan berlakunya retest. Retest ini mungkin petanda market bakal reversal dan trap akan berlaku. Namun jika false break yang belaku selepas retest, maka ikutilah arah tersebut. Seperti biasa, SL wajib ada.

Fahami betul-betul stuktur trend anda dan paling penting, kenalpasti area-area yang sudah ditembusi pada waktu itu jika ada. Untuk downtrend sebagai contohnya, SBR adalah keutamaan anda.

Dalam sesuatu downtrend, apabila sesuatu support level ditembusi, ia akan menjadi resistance(SBR). Kebiasaanya retest akan berlaku untuk menentukan samada ia masih kukuh atau trend hendak bertukar. Anda hanya perlu buat marking dan tunggu retest ini berlaku. Jika berlaku, jangan masuk tergesa-gesa, sebaliknya nantikan false break berlaku terlebih dahulu. Jika sah ia berlaku, seterusnya anda ikuti market false break itu.

Disebabkan trend adalah downtrend, false break uptrend menandakan bahawa sellers masih dominan dalam pasaran dan tugas anda sebagai trader adalah mengikuti arah ini. Mengenal-pasti ciri-ciri pattern ini akan lebih memudahkan anda.

Lihat trade setup semasa uptrend, apa yang menjadi fokus anda adalah RBS dan support level sahaja. Perhatikan jika retest berlaku dan lihat candle yang seterusnya. Ia dikira sebagai false break jika candle kedua dan ketiga selepas itu kembali meneruskan trend asalnya.

Baca >>  TEKNIK FULLMARGIN BOUNCE DAN BREAKOUT

Counter-trend

Untuk counter-trend atau trade lawan arah, anda perlu kuasai betul-betul market structure. Oleh itu SNR terdahulu(terdekat) wajib diberi fokus atau ditandakan untuk menjadi panduan stuktur reversal yang mungkin berlaku.

Untuk memudahkan pemahaman anda, pattern seperti head and shoulder akan kerap terbentuk. Ingat, selalu expect the unexpected.

Bear trap terbentuk dan berakhir dengan inverted head and shoulder(HNS). Apabila price naik di atas SNR terdekat, ia kemudian membentuk signal bullish/buy signal, ikutilah signal tersebut. Jika anda terkena dengan bear trap dan mahu membuat hedging, entry-lah hedging anda di signal tersebut.

Sekali-lagi pattern HNS terbentuk selepas bullish trap. Jika downtrend ia akan dipanggil sebagai inverted(terbalik). Apabila anda bersikap terbuka, neutral dan tidak bias kepada 1 arah selepas breakout, anda akan mendapat peluang entry ini.

Itulah sebabnya anda perlu kawal emosi anda, trading dengan stoploss dan menjaga MM dengan baik, pasti dapat elakkan dari kerugian besar ketika dalam keadaan salah. Dan paling penting, anda boleh buat recovery pada arah yang sebetulnya jika ia confirmed sebagai false break.

Rumusan

Berberapa rumusan saya sediakan untuk memudahkan anda memahami topik ini. Berikut senarainya;

  1. False break adalah keadaan di mana market gagal berubah arah
  2. False break berlaku dalam dua keadaan iaitu untuk meneruskan trend dan juga berubah trend
  3. Selalu menjangkakan sesuatu yang luar dari jangkaan di mana jika berlaku breakout, tidak semestinya ia betul-betul break
  4. Marking SNR terdekat boleh membantu mengesan peluang entry sekiranya false break berlaku
  5. Entry false break berdasarkan trend following memerlukan trader membuat marking SNR dan juga area-area SBR/RBS berdasarkan trend tersebut

Okeylah apa pendapat anda mengenai artikel ini? Jika anda mahu alert setup false break ini secara direct ke smartphone anda, bolehlah sertai membership hari ini.

ADMIN
20/03/21

Comments

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.