ELAKKAN FALSE BREAK DAN HASILKAN PROFIT SEMENTARA YANG LAIN KERUGIAN

Print Friendly, PDF & Email

Trading breakout boleh jadi sesuatu yang memberikan hasil lumayan kepada trader tertutamanya apabila market yang spike beratus-ratus pips selepas breakout ditambah pula dengan pergerakan tersebut hanya dalam berberapa minit, ia umpama skim cepat kaya bagi trader.

Akan tetapi tidak dinafikan trading breakout bukanlah semudah difikirkan terutamanya apabila berdepan dengan false break atau bahasa kasarnya pergerakan ‘tipu’ oleh market ini dan ia sangatlah memberi tekanan kepada trader lagi-lagi yang masuk full margin dengan harapan akan menggandakan akaun dalam masa singkat.

Dalam kesempatan kali ini saya akan kongsikan mengenai false breakout ini dan bagaimana anda sepatutnya memanfaatkannya sementara yang lain pula akan kerugian.

Apa itu breakout

Breakout adalah apabila sesuatu harga melepasi atau menembusi sesuatu harga support ataupun resistance.

Breakout juga berlaku atas berberapa faktor seperti;

  1. Ranging market
  2. News release(semak senarai news di forexfactory.com)

Apabila market sudah mula bergerak ranging, biasanya ia memberikan petanda bakal ada berlakunya pergerakan besar dalam masa terdekat.

Antara pergerakan besar tersebut adalah akibat dari pengeluaran data ekonomi dan juga faktor menantikan pengumuman berita seperti interest rate dan lain-lain.

Apa yang menarik trader untuk trade breakout

Antara yang menarik dan mempengaruhi trader untuk trade breakout adalah seperti;

  1. Pergerakan laju market dalam masa yang singkat
  2. Candle spike yang panjang
  3. Risau terlepas peluang(FOMO)

Pergerakan laju dalam masa singkat adalah faktor utama kenapa ramai yang suka dengan breakout ini. Bayangkan dalam masa singkat seperti 1-2 minit sahaja suatu pergerakan hingga 100 pips berlaku. Ia sangatlah berbeza dengan market yang bergerak 100 pips tetapi memakan masa 1-2 hari.

Candle spike yang agak panjang juga sangat-sangat menggoda trader untuk menekan buy/sell pada waktu ia sedang spike tersebut. Mungkin dalam waktu ini dapat 30-50 pips sudah cukup, apa yang perlu cuma trade lot besar dan full margin sahaja.

Risau terlepas peluang atau FOMO(fear of missing out) adalah faktor paling teruk hasil dari dua point di atas -trader risau terlepas peluang lalu mengejar market. Tidak dinafikan, mengambil peluang pada waktu yang tepat masih memberikan potensi profit akan tetapi ia sangatlah jarang berlaku. Bayangkan jika market spike sehingga 150 pips, jika entry pada waktu spike mencecah 100pips itu masih memberikan peluang sekitar 30-40 pips.

Baca >>  TEKNIK RSI TRENDLINE BREAKOUT

Tetapi disebabkan market jarang bergerak seperti itu, maka FOMO ini kebiasaannya hanya membawa musibah sahaja.

Bilakah breakout trader akan tertipu dengan false break

Jawapan paling tepat untuk soalan ini sebenarnya adalah apabila trader itu sudah agak terlalu lambat untuk memasuki market, price hit profit taking point di sesuatu SNR, kemudian reversal berlaku.

Itulah sebabnya kenapa trader selalu dinasihatkan agar tidak menjual ketika harga menghampiri support atau jangan buy ketika harga mendekati resistance.

Dalam waktu tertentu juga false break akan berlaku walaupun candle bearish atau bullish terbentuk tanpa shadow.

Perhatikan bagaimana false break dengan candle engulfing panjang seolah-oleh memberi gambaran market akan menjunam jauh. Tetapi apa yang berlaku adalah selepas candle bearish, candle bullish pula muncul dan market kemudiannya berbalik arah.

Sekurang-kurangnya apabila anda membaca artikel ini tidaklah anda perlu lagi menjadi trader yang terperangkap dengan false break kan?

[TAWARAN MENARIK] MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Bagaimana untuk menjana profit sedangkan yang lain tertipu(kerugian) dengan false break

Okey, saya senaraikan berberapa antara tips untuk profit dari situasi false break ini walaupun yang lain kerugian.

  1. Masuk market selepas 1-2 jam breakout
  2. Perhatikan major key SNR berdekat dengan breakout candle
  3. Take profit pada swing high/low terdekat untuk play safe
  4. Wide/reasonable stoploss
Baca >>  TEKNIK ENTRY MUDAH BOLLINGER BAND

Masuk market selepas 1-2 jam

Rasional tindakan ini adalah anda hanya akan memasuki arah sebenar pasaran dan bukannya terkena false break. Jika anda sudah pernah trading news dan biasa dengan data-data ekonomi yang dikeluarkan serta pernah trade ikut arah data tersebut(hijau buy, merah sell), pasti anda juga biasa dengan pergerakan false market di mana yang berlaku adalah sebaliknya iaitu, hijau sell, merah buy. Akhirnya anda akan berkata ”oh ia tidak betul sama sekali.. data positif tidak bermaksud market akan naik tetapi sebaliknya…”

Kemudian selepas 1-2 jam kemudian, market kembali normal, spread kembali normal dan market mula tunjukan arahnya -waktu inilah anda perlu trade sebenarnya. Rilex, tak perlu FOMO jika market sebenarnya akan tetap bergerak trending dan setiap orang mendapat peluang masing-masing.

Adakalanya market bergerak reversal semasa news itu adalah kerana profit taking pada waktu news dan trend kembali ke asal selepas news. Contohnya market uptrend, kemudian data ekonomi dikeluarkan dan ia positif, tetapi apa yang berlaku adalah market berpatah-balik ataupun jatuh. Akhirnya selepas 1-2 jam kemudian dan price hit area support atau RBS, ia pun kembali naik semula sesuai dengan data ekonomi yang dikeluarkan.

Perhatikan major key SNR

Key SNR major juga antara faktor market reversal dan membentuk false break. Trader yang tidak punyai rancangan kukuh trading biasanya akan menjadi mangsa false break. Perhatikanlah major SNR terdekat ketika market hendak membuat breakout. Kemudian apabila candle hit major SNR tersebut, perhatikan apakah candle yang terbentuk, adakah engulfing ataupun pin bar.

Jika pin bar, ikutilah arahnya dan entry selepas candle berikutnya terbentuk. Anda boleh gunakan timeframe H1 ataupun H4 untuk tujuan ini.

Jika breakout pula, tunggulah retest dan reject, kemudian barulah entry dibuat.

Major key SNR boleh didapati dengan melihat SNR di timeframe besar seperti Weekly ataupun Daily.

Baca >>  BEST AND WORSE PERFOMANCE 14 MEI ~ 18 MEI 2018

TP pada SNR terdekat

Kita sudah bercakap mengenai entry, dan kini untuk exit pula. Untuk cara selamat, TP pada swing high atau low terdekat dalah sangat digalakkan. Ini kerana market breakout boleh menjadi whipsaw di mana pada H1 atau H4 candle yang membuat spike atas dan bawah akhirnya menjadi doji candle. Ini akan sedikit merugikan trader terutamanya yang sudah menghasilkan profit pada waktu false break sedangkan yang lain sudah kerugian.

Lihat bagaimana trader yang tamak boleh kerugian jika tidak exit pada SNR terdekat. Keadaan ini kerap berlaku berbanding trending selepas false break.

Stoploss yang wajar

Stopout awal adalah perkara yang paling menyakitkan selepas masalah terperangkap false break. Anda sudah memilih entry yang betul tapi SL terlalu kecil dan akhirnya stopout akibat widen spread ataupun market yang masih mahu memburu SL(SL hunting).

SL yang wajar perlu dibuat oleh trader. Akan tetapi persoalannya, di manakah dia SL yang wajar itu??

Ok, jawapannya adalah jauh sikit dari structure market.

Rumusan

Sebelum menutup artikel ini, berikut berberapa rumusan yang kita boleh ambil;

  • Trading breakout adalah antara kaedah popular trader
  • Faktor potensi pips dan pergerakan laju market adalah antara sebab kenapa kaedah ini popular
  • Walaubagaimanapun, trading breakout boleh menjadi sangat berisiko terutamanya apabila market membuat false break
  • Trader yang masuk melulu akibat FOMO adalah antara yang bakal terkesan teruk
  • Berberapa cara yang boleh digunakan untuk elakkan false break antaranya trade selepas breakout selesai(1-2 jam), tunggu reaksi candle pada major SNR dan entry selepas candle siap
  • Gunakan SL yang wajar serta TP pada SNR terdekat adalah cara terbaik untuk profit situasi ini sementara trader lain sedang kerugian

Sekian dahulu untuk artikel kali ini semoga ia memberikan manfaat dan faedah berterusan kepada anda. Setiap ilmu yang disampaikan adalah umpama sedekah, oleh itu sampaikanlah artikel ini kepada rakan-rakan anda agar lebih ramai yang mendapat manfaat.

PROMOSI MEMBERSHIP! 35% OFF – JOIN SEKARANG!

Sekian terima kasih!

ADMIN
14/03/22

Inspirasi : raynerteo

Leave a Reply

Text-+=
Translate »