ADAKAH ANDA MELABUR SEBAB FOMO ATAU SEBAB FAHAM RISIKO – KENALI STATUS ANDA TERLEBIH DAHULU!

Print Friendly, PDF & Email

Sejak bitcoin mula popular dikalangan warganet, banyak lagi matawang-matawang kripto muncul dan menjanjikan pulangan tinggi. Bitcoin dulu pada asalnya pun tidaklah bernilai sangat sehinggakan ia digunakan untuk membeli pizza.

Populariti yang melonjak naik datang sekali dengan pelbagai masalah-masalah sampingan. Sebelum ini juga dunia digemparkan dengan berlakunya jenayah seperti ransomware di mana mangsa akan terpaksa membayar sejumlah wang besar bernilai jutaan dollar agar komputer syarikat ‘dilepaskan’ sebelum data-data penting dipadam oleh hacker. Mangsa akan diminta membayar sejumlah wang melalui bitcoin.

Baca : kenali lelaki disebalik transaksi bitcoin-pizza!

Kelebihan pembayaran melalui bitcoin adalah si penjenayah tidak akan dapat dikesan. Melakukan jenayah tanpa dapat ditangkap pastinya impian setiap penjenayah.

Akan tetapi artikel kali ini bukanlah berkisarkan jenayah seperti ini tetapi lebih kepada masalah trader atau pelabur itu sendiri yang dengan ‘suka-relanya’ ditipu oleh peluang kaya segera melalui potensi kenaikan harga sesuatu matawang kripto.

Dari artikel sebelum ini saya ada menulis mengenai maklumat-maklumat penting berkaitan pelaburan syiling kripto. Dalam artikel tersebut ada menyatakan mengenai F.O.M.O. Ia sebenarnya adalah satu bentuk psikologi di mana apabila seseorang itu sudah tidak boleh berfikir secara waras dia akan bertindak melakukan sesuatu diluar dari kebiasaan. Tindakan melulu ini biasanya akan merugikan dan dalam hal ini kerugian yang dimaksudkan adalah wang dan masa.

F.O.M.O dalam pasaran diwujudkan melalui berita-berita sensasi di laman sosial. Apabila ia berlaku, ia ada kemungkinan sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Ia adalah situasi 50/50 dan lebih kepada memperjudikan nasib untuk sesuatu yang mungkin berhasil dan mungkin juga tidak.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai topik ini, kita lihat dulu sejarah ataupun rekod matawang kripto itu sendiri, dan untuk tujuan ini kita akan melihat sejarah leaps bitcoin dalam kontex carta teknikal.

BITCOIN PADA TAHUN INI

Tahun ini kita dapat menyaksikan kenaikan harga bitcoin pada paras fresh new high iaitu di 67,000 pada bulan ini(oktober) dan 64,800 pada bulan april tahun yang sama(2021).

Apa yang menariknya di sini adalah selepas mencecah 64,800, harga mula menjadi downtrend semula selama berberapa bulan. Ini bermakna trader atau pelabur yang masuk pada harga tinggi ini menanggung kerugian selama berberapa bulan sebelum ia naik semula pada bulan oktober ini.

Secara tepatnya 5 bulan.

Bitcoin, monthly chart. Tradingview.com

Harga kemudiannya bertahan di 30,000 selama 3 bulan kemudian barulah naik(uptrend) sehingga bulan ini. Pada ketika artikel ini ditulis, bitcoin sudah pun bernilai 61,113.0.

Harga berlegar-legar di kawasan ini dan seakan memperlihatkan ia bakal naik ke paras 70,000 di masa akan datang namun ia masih bergantung pada permintaan dahulu kemudian barulah adanya penawaran.

Bitcoin weekly chart. Tradingview.com

Jika selloff berlaku lagi di paras 60,000 ada kemungkinan harga akan jatuh semula. Untuk masa ini berdasarkan Weekly chart ia lebih kepada bias bullish. Stoploss buyers mesti akan berada di bawah paras 60,000 ini.

Baca >>  Price Action Myth

APA ITU FOMO DAN BAGAIMANA IA BERLAKU

Penting untuk mengkaji data lepas untuk memahami masa hadapannya. Walaupun prestasi lepas tidak menjamin prestasi hadapan tetapi sekurang-kurangnya dengan mengkaji apa yang berlaku di masa lalu kita boleh prediksi apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

Sekurang-kurangnya kita tahu dan faham tindakan yang kita buat bukanlah bersandarkan emosi, tamak dan takut tetapi berlandaskan ilmu dan kefahaman risiko. Inilah yang membezakan penjudi dengan trader/pelabur sebenar.

Bersesuaian dengan tajuk kali ini, saya akan kupas lebih lanjut mengenai FOMO ini dan bagaimana untuk mengesan dan mengelakkannya.

Apa yang berlaku pada bitcoin tahun ini cukup menjelaskan kenapa pentingnya disiplin dan sabar agar dapat elakkan masalah FOMO ini.

FOMO adalah bermaksud Fear Of Missing Opportunity atau takut terlepas peluang. FOMO ini boleh diwujudkan dengan mudah memandangkan dunia sekarang adalah dunia media sosial di mana hampir semua orang pun termasuk kanak-kanak bawah umur sudah ada akaun media sosial sendiri. Oleh itu pendedahan mengenai sesuatu berita sensasi pastinya akan lebih mudah dan bagaimana jika berita tersebut adalah bagaimana seseorang yang miskin menjadi kaya mudah dalam masa singkat? Pastinya ia sudah cukup menarik minat kepada ramai orang apatah lagi menjadi kaya itu tidak perlukan kelulusan mahupun pengetahuan yang tinggi. Pastinya ia lebih mudah menyebabkan ramai terjebak.

Bagaimana FOMO diwujudkan?

Ia boleh diwujudkan melalui pemasaran di media sosial di mana selebriti, tokoh perniagaan dan influencer bercerita mengenainya. Ditambah pula dengan kisah-kisah kejayaan singkat yang dihasilkan melalui pelaburan ini, ia sudah cukup membuatkan seseorang itu tidak berfikir panjang untuk membuat keputusan.

Memandangkan duit boleh dicari, maka tidaklah susah untuk menjadi pelabur mahupun trader dalam bidang ini.

Apabila seseorang itu yang mulanya mengambil langkah selamat sebagai pemerhati namun sudah mula tidak tahan untuk bertindak kerana kenaikan demi kenaikan yang berlaku dan merasa ruginya tidak bertindak lebih awal sebelum itu, maka semakin menjadilah FOMO tersebut.

APA YANG KITA BOLEH PELAJARI DARI TREND BITCOIN TAHUN INI?

Dari chart di atas kita dapat lihat kenaikan mendadak bermula dari hara 3,000 hinggalah harga pecah level 10,000. Harga terus melonjak melepasi paras 20,000. Waktu inilah bermulanya perasaan FOMO tersebut kerana tidak bertindak lebih awal. Seterusnya apabila harga terus melonjak melebihi 30,000 dan melonjak lagi ke 60,000, kali ini sudah tidak ada masa lagi untuk menahan diri dari mengambil peluang untuk masuk.

Bayangkan jika masuk pada harga 30K, kini sudah mencecah 60K, ini bermakna pulangan 100% dalam masa kurang setahun sahaja.

Pada peringkat FOMO ini seseorang itu akan tamak dan pastinya tidak berfikir panjang untuk meletakkan sejumlah wang besar untuk memasuki pasaran dengan harapan bakal menjadi jutawan singkat. Ye la, bayangkan kalau masuk full margin semasa harga di 10K, bukankah hari ini sudah menjadi kaya-raya?

Pemikiran tamak dan kurang waras inilah punca anda menjadi FOMO.

Baca >>  FACEBOOK MENGHARAMKAN BITCOIN? BERIKUT PENJELASANNYA

Malangnya jika anda masuk pada harga 60K ini harga mula terumbang-ambing hinggalah akhirnya ia jatuh ke paras 30K iaitu 100% dari pelaburan yang diharapkan. Inilah kesan akibat dari berfikiran singkat dan terburu-buru.

Cuma bezanya sini jika anda bertahan dan bernasib baik, maka naiklah ia ke harga entry anda untuk breakeven atau pulang modal.

Tetapi jika anda fikir balik, bukankah lebih bijak jika masuk pada harga 30K dan kini ia sudah naik semula ke 60K? Maksudnya sini, jika anda SABAR dan FAHAM RISIKO, anda tidak mungkin akan kerugian besar di harga 60K. Saya tidak kata anda tidak akan rugi tapi sekurang-kurangnya bukanlah rugi sebab masuk harga mahal, kan?

Kenaikan harga bukanlah jaminan untuk semua matawang/syiling kripto ini…

Terdapat banyak lagi matawang lain selain bitcoin ini tetapi tidak semuanya naik. Jika melihat kepada Dogecoin, ia tidak menjejak semula harga tertingginya sebelum ini.

Jika pada bitcoin sebelum ini buyers pada harga 60K kembali balik modal selepas berberapa bulan namun buyers untuk dogecoin pada harga 0.70000000 sampai hari ini belum dapat pulangan modal.

Tetapi jika anda trading/melabur di Ethereum pasti saja sudah breakeven semula pada bulan ini.

Masuk market pada awal tahun atau suku pertama awal tahun nampaknya bukan idea yang bagus. Tetapi jika anda mula masuk pasaran pada pertengahan tahun ini nampaknya anda pembeli yang bertuah kerana berada dalam bullish market.

KENAPA HARGA JATUH SELEPAS FOMO?

Jika anda tertanya-tanya kenapa ia berlaku, tahniah. Ini bermakna anda perihatin dan serius untuk mengelakkan dari menjadi antara orang-orang yang tamak dan kurang berfikiran waras ini.

Jawapan mudah kenapa ia berlaku adalah kerana ia disengajakan. Trading adalah proses pemindahan wang dari trader yang tidak sabah kepada trader lain yang lebih sabar. Ini bermakna jika anda suka bertindak melulu, anda mungkin akan kehilangan wang kepada trader lain yang lebih sabar dari anda. Sabar disini maksudnya sabar menunggu peluang.

Kerugian dan kejatuhan juga berpunca dari penjualan besar-besar ketika harga tinggi yang berlaku. Ia dibuat samada dengan sengaja oleh individu yang punyai modal lebih besar untuk tujuan scam seperti skim pump and dump di mana coin baharu akan dicipta oleh pakar pengekodan kemudian ia dipromosikan secara meluas di media sosial untuk meningkatkan nilainya(pump). Duit lebih banyak masuk dan akhirnya apabila FOMO sudah berlaku dalam pasaran, akhirnya penjualan pun berlaku dan jatuhlah nilainya.

Jika ia naik semula seperti yang berlaku pada bitcoin dan etherium tahun ini, maka bernasib baiklah anda.

Kenapa penjualan berlaku diwaktu harga mahal?

Jawapan mudahnya adalah sebab nak buat untung.! Tiada yang akan rugi kalau menjual harga mahal selepas membeli pada harga murah. Yang rugi adalah membeli harga mahal kerana FOMO dan akhirnya terpaksa menanggung harga murah kerana jatuh nilai.

SHIBA INU – MATAWANG MEME YANG KINI DALAM KEADAAN MELONJAK

Tidak dinafikan matawang kripto yang asalnya adalah meme untuk mengalahkan dogecoin kini sedang melonjak naik popularitinya. Harganya juga sedang naik tinggi. Orang di sana-sini bercakap mengenainya dan sudah ramai yang menghasilkan keuntungan singkat.

Baca >>  TIPS SOP INI AKAN BANTU ANDA LEBIH PROFITABLE

Shiba Inu Wikipedia

Ini sudah cukup untuk mewujudkan FOMO dalam pasaran dan pasti saja akan ada yang bakal terkena nanti di mana dia akan membeli pada harga mahal kemudian harga akan jatuh teruk.

Hari ini sahaja berlaku kejatuhan tajam pada kripto shiba inu ini. Ia adalah suatu yang sudah dijangka jika anda berfikir mengenainya.

Peluang sudah pun berlaku pada minggu lepas di mana harga sudah agak rendah sebelum melonjak hari ini. Tetapi hari ini juga berlakunya penjualan yang mengakibatkan kejatuhannya.

Orang yang bijak hanyalah yang memasuki lebih awal tetapi bukan yang masuk pada last minit.

Edited(06/11/21) –

Pada waktu editing ini ditambah, harga coin Shib Inu masih belum ada kenaikan mendadak kecuali kejatuhan dan seakan membentuk stuktur downtrend. Oleh itu sesiapa yang buy pada harga puncak sebab FOMO kini sedang menanggung kerugian.

Shiba Inu, 4H timeframe. foto dari Tradingview.com

JAUHI FOMO, JADILAH PELABUR YANG BIJAK

Tidak lengkaplah jika kita asyik bercakap mengenai masalah tanpa ada penyelesaiannya. Berikut saya senaraikan penyelesaian yang perlu anda ambil kira untuk elakkan menjadi pelabur yang kurang bijak.

  • Elakkan masuk melulu – Ketika harga terlalu tinggi, elakkan dari membuat keputusan entry. Jika lihat pada carta sebelum ini, harga rendah akan ada, cuma bukan pada waktu ini. Oleh itu, sabar adalah langkah terbaik.
  • Membuat analisa teknikal di Monthly dan Weekly dahulu – Sebelum melabur, tengok dahulu carta teknikal agar faham di mana harga-harga rendah terbaik untuk anda membuat buying anda. Hanya sebab harga naik melonjak, ia tak bermaksud ia akan naik lagi lebih tinggi. Boleh jadi saja anda sudah dikuasai oleh FOMO.
  • Fahami risiko terlibat –Fikirkan dahulu apa akibatnya yang akan anda hadapi jika masuk pada waktu ini. Jika ia turun bagaimana? Berapakah kerugian yang bakal anda tanggung?? Jangan risikokan sesuatu yang anda tidak sanggup terima jika gagal. Kerugian tidak boleh dielakkan tetapi boleh dikawal. Jika anda masuk melulu dan tidak fikir kesan akibatnya maka jangan hairanlah jika anda menanggung masalah besar nanti.
  • Letakkan modal yang sanggup rugi sahaja – Jangan berjudi kerana anda tak mungkin akan menang selamanya. Mungkin anda bernasib baik pada waktu ini tapi dengan sikap berjudi ini lambat laun akan kehilangan semuanya juga. Oleh itu letakkanlah wang yang anda sanggup untuk rugi sahaja. Elakkan berjudi.
  • Jangan melabur jika tidak tahu – Nasihat ini anda wajar jadikan pedoman anda jika anda masih baru dalam bidang pelaburan ini. Jangan sekali-kali melabur dalam bidang yang anda tidak tahu, tidak faham dan tidak mahir dengannya. Memadailah melabur dalam pelaburan yang dijamin kerajaan. Ini kerana jika anda melabur dalam sesuatu yang anda tidak tahu ia seolah-olah anda terjun ke kolam air untuk menguji kedalamannya. Lambat laun anda akan ____ lemas sebab anda tidak tahu pun sejauhmana kedalamannya..

Sekian.

ADMIN
29/10/21

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Text-+=
Translate »