MARKET 50/50

Print Friendly, PDF & Email

Apa itu market 50/50? Apakah kesannya terhadap seseorang trader itu? Semuanya akan dirungkai dalam artikel ini. Anda pasti biasa dengan situasi ini jika anda pernah berhadapan market reversal dan tak menentu arahnya.

Situasi 50/50 dalam pasaran bermaksud kurang advantage dan peluang sangat tipis untuk menghasilkan profit. Anda juga sukar untuk memahami situasi market dan sukar menentukan trading plan. Peluang sangat tipis hinggakan anda terlalu kerap melakukan kesilapan dan berdepan dengan loss yang bersusun-susun banyaknya. Inilah namanya market 50/50.

Market 50/50 mempunyai tafsiran tersendiri – market atau pasaran – tempat trader berdagang dan 50/50 mewakili situasi peluang yang tipis atau nyawa-nyawa ikan untuk trader itu memanfaatkan sitasi untuk menjana profit.

Saya akan huraikan lebih lanjut dibawah agar kita semua dapat memahami dan seterusnya mengelakkan dari berada dalam situasi market 50/50 ini. Mengenali ciri-cirinya akan menjadi kelebihan kepada trader bukan saja dapat mengelakkan dari melakukan kesilapan bahkan untuk kekal konsisten profitable dalam jangka panjang melalui mengelakkan melakukan kesilapan.

Secara umumnya market 50/50 ini adalah market yang mengelirukan.

Ciri-ciri

Apakah ciri-ciri utama market 50/50 ini? Berikut saya senaraikan 4 daripadanya;

  1. Conflict antara candlestick signal dan support resistance
  2. Market sudah trending jauh/dipenghujung trend
  3. D1 berikan signal berlawan arah dengan arah di Weekly
  4. Candle terlalu panjang

Conflict antara candle signal dan SNR

Signal sell tapi di atas support dan signal dan buy bawah resistance – ini cukup memberikan kekeliruan kepada trader.

Baca >>  KENAPA MULA-MULA JE OK LEPAS TU LOSS MEMANJANG? -INI JAWAPANNYA

Ini umpama perangkap yang paling efektif buat trader yang tidak penyabar dan asyik mahu print duit hari-hari.. Jika terjumpa situasi seperti ini selepas ini, pastikan anda tahu mana point yang paling penting antara candle signal dan SNR.

SNR-lah yang paling utama. Lihat selanjutnya.

Tergesa-gesa nak entry lihatlah akibatnya – entry buy dan price jatuh. Nasib baiklah jika ada stoploss di hujung candle signal. Tapi jika tiada habislah floating teruk.

Reason kenapa SNR adalah paling utama jika berdepan situasi ini adalah kerana, candle boleh jadi false breakout jika gagal tembusi SNR yang kuat dan valid.

Baca : SNR kuat dan VALID!

Dalam artikel ini saya sudah terangkan bagaimana untuk deal market false break.

Market sudah trending jauh/dipenghujung trend

Anda berada dipenghujung trend tetapi tidak pasti adakah ia masih hendak naik lagi jika uptrend dan turun lagi jika downtrend. Bagaimana jika ia reversal?

Waktu mula-mula COVID19 menjadi pandemik tahun lepas(2020), kita dapat lihat kejatuhan teruk pasaran matawang utama dunia. Kelihatannya seakan mahu menjunam lagi. Akan tetapi apa yang berlaku selanjutnya nampaknya berbeza dari apa yang kita fikirkan.

Dalam masa tahun yang sama juga kenaikan berlaku. Ini membuktikan bahawa trading dipenghujung trend adalah situasi market 50/50 yang tidak memberikan advantage kepada anda.

Trend berubah dan kenaikan pun berlaku. Pesan saya adalah, jangan suka kejar-kejar market kerana apa yang dikendong pasti akan berciciran.

D1 dan Weekly berbeza arah

Kata trader lama, sila ikuti arah pada timeframe yang lebih besar. Tetapi apabila buka timeframe yang lebih rendah nampak berbeza pula arahnya.

Jika anda trading multi-timeframe, pastinya dua atau tiga timeframe selari arahnya adalah yang paling anda cari.

Baca >>  5 TANDA AKAUN ANDA AKAN MC TIDAK LAMA LAGI WALAUPUN BARU SAHAJA DIBUKA

Tapi bagaimana jika berbeza arah antara timeframe ini, yang manakah wajar anda ikuti??

Berdasarkan overall trend di Weekly nampak sudah ada tanda-tanda awal market patut jatuh.. Overkonfiden trader pasti masuk lot besar dan entry layer kaw-kaw.. Tapi tunggu dulu. Lihat apa ada di D1.

D1 terbentuk engulfing selepas hari isnin lengkap candle-nya.

Memahami engulfing ini sebenarnya memberikan maksud yang berlawanan dengan candle Weekly tadi.

Akhirnya kenaikan berlaku sebab candle isnin memberikan hint buy bertentangan dengan signal candle Weekly.

Jika berdepan situasi seperti ini apa perlu dibuat?

  • Tiada jaminan di D1 itu tepat, oleh itu anda perlu kekal dengan trading plan anda dan ambil kerugian anda sebagai sebahagian dari perniagaan.
  • Elakkan trade jika tidak mahu keliru andaikata D1 akhirnya sama arah dengan Weekly.

Sila baca artikel ini untuk memahami dengan lebih lanjut pro dan contra trading 1 arah seminggu.

Candle terlalu panjang

Candle engulfing dan pin bar mempunyai body candle dan shadow candle yang terlalu panjang – SL pun jadi besar tapi bukankah ia adalah petanda market mempunyai signal yang kuat?

Tak semestinya.

Apabila suatu candle signal itu mencecah ratusan pips, ini juga bermakna risk anda semasa trade itu gagal dan trend bertukar arah juga adalah tinggi.

‘size does matter.’ – really? Jom kita rungkaikan.

Mungkin ramai yang beranggapan apabila adanya candle yang mempunyai saiz pip besar petanda perubahan drastik pasaran. Jawapannya Ya dan juga Bukan. Ini masih dalam kategori market 50/50 kerana peluang anda masih 50/50 untuk ia menjadi.

Bak kata pepatah, size does matter.

Ok, sekarang mari kita lihat situasi yang sama. Candle engulfing terbentuk dan ia bersaiz 100 pips. Berbeza dengan perbincangan sebelum ini iaitu candle buy di jika di bawah resistance ia kurang efektif. Bagaimana jika ia terbentuk di atas support dan saiznya pula 100 pips?

Baca >>  Teknik Bollinger Band

Akhirnya…price drop jauh. Adakah anda mendapat manfaat dari entry ini? Jika anda memikirkan saiz candle dan faktor SNR akan menambah lagi ketepatan entry anda, anda sebenarnya silap.

Dalam forex trading, ‘size does not matter!’ -apa yang penting adalah risk anda. Jika candle itu memberikan stoploss yang besar, sebaiknya elakkan sajalah.

Mungkin kita perlu ubah kepada, ‘risk does matter.’

Akhir kata dan penutup

Saya akan akhiri artikel ini dengan rumusan penting untuk pembelajaran bersama.

  • Market 50/50 adalah keadaan di mana trader kurang mempunyai advantage untuk menganalisa, membuat plan dan execute profitable plan
  • Market seperti ini sukar diramal, sukar dijangka bahkan dalam keadaan tertentu, sukar difahami – elakkan market begini
  • Market 50/50 mempunyai ciri-ciri penting seperti kedudukan antara candle dan SNR, Candle size, penghujung trend dan juga analisa berbeza multi-timeframe
  • Candle yang panjang bukanlah advantage kepada trader kerana ia juga memberikan potensi dan risk yang hampir sama iaitu 50/50

Okeylah, sekian dulu dari saya selaku admin website ini.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ilmu yang sangat berguna kepada anda terutama bagi yang sudah lama trading tapi masih sukar mendapat advantage dalam trading.

ADMIN
21/06/21

Comments

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.