
ANALISA GOLD NOVEMBER 2026 MINGGU KE-4
Minggu lepas gold menjunam teruk selepas sehari bounce di 3875.00. Selama 4 hari berturut-turut gold jatuh hinggalah market ditutup pada jumaat. Disebabkan gold sangat bearish buat waktu ini maka plan minggu depan juga adalah sell sesuai trend semasa.
Harga terakhir gold adalah di atas paras 3500.00.
Analisa minggu lepas, plan sell sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-november-2026-minggu-ke-3/
XAUUSD H4
Kita mulakan analisa di H4 untuk trend jangka pendek. Di H4 resistance terdekat adalah di bawah BRN 3600.00 iaitu di 3586.89. Ini akan menjadi key resistance penting minggu hadapan di mana jika retest berlaku semula di sini kemudian rejected, kita akan sell gold bermula dari paras ini dan TP ke 3500.00.
Jika break 3500.00 pula, kita akan sell lagi dan exit di atas paras 3400.00.

Dua kemungkinan utama yang perlu dipertimbangkan minggu hadapan iaitu retest dan reject di bawah 3600.00 ataupun break bawah 3500.00. Strategy utama adalah sell oleh itu fokus kita samada ia naik dan rejected mahupun breakout low.
Akan tetapi hati-hati jika breakout pula di atas 3600.00 kerana area ini jika break kemudian pullback pula, maka kita akan cari sell di area 3700.00 kerana di sana minggu lepas price berhenti seketika sebelum meneruskan rally ke bawah.
Akhir kata
Gold sangat bearish dan downtrending, oleh itu sebarang cubaan untuk buy adalah berisiko tinggi kecuali anda tetapkan stoploss yang ketat dan hanya membuat scalping sahaja. Jika anda mahu membuat swing trading, anda mungkin perlu lock profit anda jika tak hit stoploss. Ini kerana melawan arah trend hanya akan merisikokan modal anda sahaja.
Ikuti channel telegram kami untuk update harian.
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
21/11/26

