5 TANDA AKAUN ANDA AKAN MC TIDAK LAMA LAGI WALAUPUN BARU SAHAJA DIBUKA

Dalam kesibukan untuk mencari teknik yang betul-betul profitable, berapa ramai yang perasan kenapa dalam sepanjang proses itu banyak kali sudah akaun margin call? Tahukah anda punca-punca yang membawa kepada kerugian tersebut adakalanya bukan berpunca dari teknik tetapi sebaliknya adalah diri anda sendiri.

Mengenali market adalah satu hal. Mengenali karakter diri sendiri sebagai trader juga satu hal yang lain. Artikel kali ini saya ingin mengajak pembaca sekalian untuk mengenal-pasti 5 punca kenapa akaun anda cepat margin call malah ia lebih cepat dari yang anda fikirkan.

5 TANDA AKAUN ANDA AKAN MC TIDAK LAMA LAGI

#1. Teruja untuk trade

Terlalu teruja, seronok dan tidak sabar untuk trade sebab baru sahaja pelajar suatu teknik adalah sangat merbahaya untuk akaun anda.

Fikirkan, market ini bukan semudah yang difikirkan. Mungkin anda berjaya menghasilkan profit dan merasakan teknik anda itu berkesan tetapi cuba fikirkan, adakah betul menguasai market ini semudah itu?

Merasa seronok untuk trade bukanlah sesuatu yang dilakukan oleh professional trader. Ini kerana perasaan ini lambat laun akan membuatkan trader itu terjebak kepada masalah-masalah yang lebih rumit seperti over-trade, tamak dan beremosi ketika berada dalam keadaan salah dan rugi.

Sebagai trader, anda wajib berfikiran tenang, tiada perasaan teruja atau apa-apa emosi negatif. Apabila adanya perasaan seronok dan anda berjaya menghasilkan profit ia akan menggalakkan anda overkonfiden dan setersnya membuat trade secara tergesa-gesa lantaran takut terlepas peluang apabila anda membuka chart.

#2. Trade tergesa-gesa, entry dahulu analisa kemudian

Anda membuka chart anda kemudian terlihat price bergerak aktif naik tinggi atau turun jauh. Berdasarkan pengalaman lepas, inilah waktunya anda sering rugi besar jika tersalah entry. Ini juga petanda pergerakan market yang kuat dan anda mungkin boleh memanfaatkan situasi ini dengan entry secara cepat kononnya fast action, fast result.

Selepas membuat entry secara tergesa-gesa untuk ‘mengejar’ market akhirnya market berhenti bergerak. Ia kemudian bergerak sideways. Ok inilah masanya anda akan membuat analisa teknikal untuk tentukan adakah tindakan tergesa-gesa tadi betul ataupun salah. Anda mula membuka laman sosial facebook dan telegram untuk bertanya kepada trader lain adakah pair XXX ini akan naik ataupun turun lagi?? – jujur, berapa ramai pembaca pernah buat hal demikian? Saya yakin pasti ramai yang berbuat demikian lagi-lagi jika pernah melihat pergerakan aktif yang mencecah ratusan pips dalam masa singkat.

Cara ini wajib anda elakkan jika anda tidak mahu akaun anda MC sepantas kilat malah lebih pantas dari mata anda berkelip. Ini kerana risiko pergerakan seperti ini adalah stoploss yang terlalu besar dan juga risiko reversal tajam apabila price hit sesuatu SNR di mana area ini adalah take profit untuk entry terdahulu. Entry anda biasanya sudah berada di sini(hujung trend, kemudian reverse). Tak percaya? terpulang.

#3. Tiada perancangan khas untuk trading a.k.a tiada trading plan

Tiada trading plan adalah umpama membuat sesuatu tanpa tahu tujuan dan ke mana hala-tujunya pula. Lebih parah lagi apabila membuat trade itu sebab terikut-ikut orang lain dan dibuat pula menggunakan lot-lot besar.

Penyelesaian yang mungkin dibuat? Seperti biasa, PM. DM inbox atau whatsapp/telegram trader lain untuk pastikan apa yang dibuat tu betul ataupun salah.

Anda mahu trading, anda perlukan trading plan dan ia wajib dibuat sendiri! Jika anda mahu jadikan analisa trader lain sebagai panduan, itu tidak jadi masalah. Tapi jika anda bergantung kepada trader lain untuk buat keputusan untuk anda, akaun anda akan MC tidak lama lagi.

#4. Ketagihan untuk trading

Tanda-tanda seseorang itu ketagih untuk trading adalah kerap melihat chart dan sibuk untuk membuat entry layer lepas tu luangkan pula masa berjam-jam untuk menonton chart yang sudah semak dengan entry dan indikator itu.

Apabila untung, anda merasa seperti PRO. Bila gagal, anda buat pula kombinasi teknik dan indikator kononnya bakal selesaikan masalah loss tadi. Ia adalah sesuatu yang tiada kesudahannya hinggalah anda sedar sudah banyak masa dan wang sudah dihabiskan untuk perasaan emosi itu.

Anda mahu jadi trader anda tidak boleh ada perasaan seronok, perasaan marah apatah lagi ketagihan untuk trade. Trading yang terbaik adalah di mana anda tidak akan punyai emosi dan tidak akan terikat pada chart anda.

Hati-hati dalam soal emosi ini, ia sebenarnya sangat-sangat berbahaya(lebih bahaya dari broker yang tak bayar withdrawal).

#5. Emosional untuk cover loss cepat-cepat

Anda sudah membuat entry lot besar yang anda tidak sanggup loss tetapi ia tetap berlaku, anda loss dan ia sangat besar.

Ia akan membuatkan anda marah dan rasa dipermainkan oleh pasaran. Naik, anda buy tapi turun. Turun dan anda sell tapi naik pula.

Mungkin jika anda masukkan lot besar sikit pasti sudah cover loss tadi. -ini adalah misi bunuh diri- Dijamin akaun anda akan MC sekejap lagi.

Tak percaya? Sekali lagi, terpulang pada anda.

Depo dan Withdraw terpantas!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Akhir kata..

5 point yang disampaikan adalah berdasarkan dari pengalaman sebenar penulis(admin) selama terlibat lebih 9 tahun dalam trading.

Anggap sahaja artikel kali ini umpama penyelamat anda dari kerugian hanya dengan memahami dan mencegahnya dari berlaku ke atas anda.

This image has an empty alt attribute; its file name is telegram-300x150.jpg

Saya rasa artikel ini sama pentingnya dengan artikel-artikel perkongsian teknik seperti yang dikongsikan pada artikel-artikel lepas.

Terima kasih jika sudah baca dari awal hingga kini.

Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan anda agar 5 punca akaun cepat MC dapat dimanfaatkan dan berkuranglah trader-trader yang kerugian nanti.

Sekian,

ADMIN
10/10/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.