REVERSAL TREND TANPA CANDLESTICK PATTERN

Reversal trend tanpa candlestick pattern? Adakah ia boleh? Jawapannya Ya. Anda boleh trade reversal tanpa memerlukan mengenalpasti candlestick reversal pattern.

Apa yang anda perlu hanyalah memahami stuktur reversal trend. Stuktur trend adalah sebahagian dari silibus pembelajaran dalam membership pullback. Anda boleh akses di sini.

Reversal candle masih digunakan tapi hanya untuk entry point sahaja. Untuk trend setup anda tak semestinya perlukan candlestick pattern ini.

Reversal trend berdasarkan candlestick pattern

Ia merujuk kepada sesuatu trend reversal yang berpandukan kepada candlestick pattern. Ketepatan adalah berdasarkan kedudukan candle pattern itu seperti hammer di atas support dan shooting star di bawah resistance.

Masalah berkaitan candlestick reversal pattern

Candlestick ini mempunyai ketepatan tinggi jika ia terbentuk di TF lebih besar seperti Monthly, Weekly dan D1. Akan tetapi masalah utama di sini adalah stoploss anda akan menjadi besar kerana TF besar ini.

Strategy stoploss untuk menang

Jika anda trade di TF lebih kecil pula masalanya adalah false signal pula. Oleh itu anda perlu penyelesaian yang lebih baik iaitu anda perlu trade berdasarkan stuktur trend.

Ok mari kita lanjutkan.

Ciri-ciri setup

Perkara pertama yang anda perlu fahami adalah ciri-ciri setup tersebut. Ciri-ciri setup ini bergantung sepenuhnya dengan support dan resistance.

Kedudukan candle dan SNR

Memahami kedudukan candle dan SNR untuk menentukan arah dan trade setup adalah asas utama yang wajib dikuasai jika anda mahu trade reversal tanpa candlestick pattern.

Sedikit asas SNR bagi anda yang baru dan sedang pelajarinya:

  • Candlestick di atas support adalah bermaksud buy.
  • Candlestick di bawah support adalah bermaksud sell.
  • Candlestick yang menembusi(breakout) sesuatu support, support itu akan bertindak menjadi resistance, oleh itu entry akan menjadi sell di kawasan resistance itu.
  • Candlestick yang menembusi resistance pula, resistance itu akan menjadi panduan entry buy jika candle menyentuh semula kawasan itu.

Memahami kedudukan candlestick ini akan membantu anda trading reversal trend tanpa perlu susah-susah menghafal puluhan jenis candlestick pattern.

Akan tetapi tidak dinafikan, jika anda menguasai pattern-pattern tersebut, ia tetap suatu kelebihan. Jadi, terpulang untuk anda mempelajarinya ataupun anda hanya mahu fokuskan kepada stuktur reversal sahaja.

Stuktur reversal trend tanpa candlestick pattern

Sepertimana yang dijelaskan di atas, anda hanya perlu memahami kedudukan candlestick dan juga SNR untuk memudahkan anda mengenal-pasti entry setup.

Untuk tujuan ini, anda perlu membuat marking SNR berdasarkan SNR terdahulu. Anda perlu memberi perhatian kepada SNR terdahulu untuk mengesan sebarang trade setup. Anda akan dapati kebanyakkan pattern ini menyerupai pattern Head and Shoulder.

Saya sarankan gunakan timeframe H4 ataupun D1 untuk trade structure ini.

Reversal structure

Apabila sesuatu trend berubah dan anda mahu trade berdasarkan trend itu, anda perlu lebih peka kepada SNR terdahulu. Anda perlu tandakan SNR ini dan jadikan ia panduan entry jika price menguji kawasan tersebut.

Pergerakan downtrend pada audusd dalam gambar nampak sangat drastik apabila kejatuhan secara mendadak berlaku tanpa ada retracement. Retracement hanya berlaku apabila price menyentuh support terdekat. Berlaku kenaikan(retracement) dan jika dilihat berdasarkan keseluruhan trend di situ, kelihatan adanya SNR terdahulu(rujuk gambar).

Buat marking SNR pada SNR itu dan nantikan price naik retest area itu. Jika break, abaikan sebab trend adalah masih uptrend dan mungkin ia hendak naik lagi. Jika reject, entry akan dibuat. Berdasarkan situasi di atas, rejection berlaku. Oleh itu entry yang sesuai adalah sell.

Selepas retest dan reject berlaku, perhatikan trend kembali jatuh. Jika anda amati betul-betul, kelihatan HNS terbentuk. Entry kedua atau reentry boleh dibuat pada breakout di Neckline HNS itu. Jadi dari keadaan ini anda dapat simpulkan bahawa anda entry lebih awal sebelum HNS itu terbentuk sepenuhnya lagi.

Depo dan Withdraw terpantas!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Lihat lebih banyak contoh di bawah;

Di bawah adalah contoh entry point dengan kaedah markin berdasarkan area SNR shadow dan body candle. Anda boleh pelajarinya di sini > http://pullbackforextrading.com/bagaimana-marking-price-snr-boleh-selamatkan-wang-dan-hari-anda/

Entry

Anda boleh entry pada candle kedua selepas candle pertama rejected atas atau bawah marking SNR.

TP dan SL

Kaedah ringkas dan mudah untuk menentukan TP dan SL adalah menggunakan risk reward ratio. Jika menggunakan 1:1 SL adalah sama dengan TP, jika menggunakan 1:2 pula TP adalah 2x nilai SL.

Breakeven

Wajib dibuat apabila anda memilih untuk mendapatkan TP yang banyak.

Reentry

Dibuat jika entry hit SL tetapi trend masih tidak berubah(false move/SL hunting). Reentry juga dibuat untuk menambah entry setelah price bergerak trending tetapi belum mengena TP.

Contoh buy:

3 Candle bullish atau 3 white soldier terbentuk namun ia tidak bermakna trend akan terus naik tinggi. Buat marking pada SNR terdahulu untuk peluang entry. Tandakan dalam bentuk box agar anda cuma melihat satu kawasan SNR sahaja untuk entry.

Selepas 2 candle bearish membuat penurunan dan rejected atas marking area, entry di buat pada candle selepas rejection itu. Hasilnya price kembali naik dan entry tepat pada waktunya.

Contoh inverted HSN dengan candle retest di atas marking area. Tiada candle pattern terbentuk namun price terus naik selepas 2x berada di atas marking area. Jika anda trade berdasarkan candle pattern, pasti sudah terlepas peluang ini.

Di atas adalah contoh terbaik menggunakan candlestick pattern untuk entry di mana bullish hammer terbentuk di atas marking area. Entry buy dibuat selepas itu dan trend kembali uptrend selepas itu tanpa mengabiskan masa lama di kawasan SNR itu. Risk juga pada kadar yang sangat minima/kecil.

Ia petanda market yang aktif dan terbaik untuk full margin namun dalam masa yang sama meletakkan risk dalam keadaan terkawal.

Kaedah ini jarang berlaku, jadi jika ia berlaku anda tahu apa perlu anda buat.

Contoh Sell;

Di atas adalah contoh entry yang mungkin perlukan SL yang besar ataupun reentry kerana SL trigger. Plan masih kekal valid selagi price tidak naik dan break area marking. Oleh itu anda hanya perlu kekal dengan satu plan sahaja iaitu sell.

Lagi satu contoh yang mungkin berlakunya SL hunting dan reentry. Kelihatan candle doji di marking area petanda kepada market yang hilang momentum kenaikan dan bakal reverse. Candle bullish terbentuk seolah-olah plan ini invalid namun candle selepas itu cukup menjelaskan bahawa trend tidak berubah malah, anda boleh menambah entry selepas candle itu complete.

Contoh high risk setup – Jika anda menjumpai setup di atas dalam live trading anda, saya sarankan anda jangan terlalu mengambil risk kerana SL yang agak besar. Trading guna kaedah ini mungkin sangat profitable tetapi perlu diingat, market ini adalah high risk dan saya yakin anda pasti tidak mahu kehilangan keseluruhan modal dan keuntungan anda hanya dengan satu kesilapan.

Satu kesilapan boleh membawa kepada kerugian yang besar. Oleh itu hati-hati dalam mengambil trade setup dan hati-hatilah untuk membuat trade jika ada trade setup itu.

Trader yang bijak tidak akan letakkan semua risk dalam satu masa.

Akhir kata…

Trading pada stuktur trend memberikan anda peluang entry yang unik dan tersendiri. Berbeza dengan entry berdasarkan candlestick pattern, entry pada stuktur bermaksud anda trader pada trend yang terbentuk pada waktu itu.

Trend terbentuk hasil dari penjualan dan pembelian yang berlaku di sesuatu support dan resistance. Support Resistance itu sendiri adalah price dan apa yang didagangkan(trade) oleh trader juga adalah price. Oleh itu apabila anda trading pada sesuatu stuktur trend, anda sebenarnya mengikuti majoriti trader yang menggerakan pasaran ini.

Jangan lupa ikuti kami di laman telegram untuk update terkini dari kami!

ADMIN
03/10/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.