STRATEGI INTRADAY MENGGUNAKAN MARKING SNR

PENERANGAN STRATEGI

Terdapat banyak teknik dan strategi marking price. Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana untuk membuat entry berdasarkan breakout harian.

Strategi marking price ini adalah berdasarkan support resistance atau  high-low pada chart. Anda boleh gunakan strategi ini pada semua timeframe yang anda mahukan. Namun saya cadangkan anda gunakannya pada TF 1H, 4H untuk intraday atau D1 dan W1 untuk swing trading.

Saya akan kongsikan bagaimana hendak trading pada intraday setup menggunakan TF 1H.

Untuk teknik ini, marking SNR adalah pada hujung shadow candle.

Kelebihan teknik ini…

Jika anda sudah pernah belajar SNR sebelum ini, antara yang mengelirukan adalah SNR manakah yang valid???

Dalam artikel kali ini saya akan ajarkan anda SNR yang valid berdasarkan high dan low hari sebelumnya.

Menetapkan period separator

Membuat marking adalah berdasarkan high low kemarinnya. Sila setkan period saparator untuk memudahkan anda membuat marking hi-low ini. Timeframe digunakan adalah 1H sahaja.

anda boleh gunakan trendline ataupun horizontal line untuk marking.

Tekan F8 pada chart anda atau tekan button kanan tetikus kemudian pilih properties. Tandakan show period separator. 

Paparan chart anda adalah seperti berikut;

Dalam satu kolum di atas, secara tidak langsung high dan low adalah mewakili dalam satu hari tersebut.

High dan Low ini akan menjadi support dan resistance.

Logik disebalik teknik ini?

Apabila price menembusi sesuatu high atau low hari sebelumnya, ia adalah petanda price sedang membuat new high(jika break high) dan new low(jika break low).

Dalam sesuatu pergerakan trending, apabila price berjaya menembusi high kemarin, maknanya pada hari ini price hendak naik lebih tinggi.

Dalam gambar di atas, trend adalah uptrend. Perhatikan apabila break high, trend price cenderung untuk naik lebih tinggi lagi.

Ketika price sedang downtrend, new low terbentuk apabila sesuatu hari sebelumnya ditembusi. Ini memberikan trade setup yang cukup ringkas dan mudah kepada trader untuk menentukan apakah strategi yang sesuai digunakan pada waktu itu.

STRATEGI DIDEDAHKAN

Strategi ini berfokuskan kepada high low harian. Timeframe digunakan adalah 1H.

Marking Rule:

Tandakan pada high dan low berdasarkan high-low hari sebelumnya. Contohnya hari ini selasa, maka tandakan high dan low pada hari isnin. Jika hari ini isnin, tandakan pula high dan low pada jumaat.

Untuk memudahkan anda membuat marking, sila setkan period saparator pada chart anda. Anda dicadangkan untuk bermula trade pada hari selasa, maka anda boleh tandakan high low berdasarkan hari isnin. keesokkan harinya anda akan lakukan tanda(marking) yang sama berdasarkan high-low hari sebelumnya.

Entry Rule:

  • Kenalpasti trend
  • Buy – Buy trade selepas breakout high hari sebelumnya
  • Sell – Sell trade selepas breakout low hari sebelumnya
  • Rule SBR dan RBS selepas breakout

Dalam banyak-banyak indikator, mata kita adalah sebaik-baiknya indikator. Lihat pada chart dan apa anda lihat. Jika uptrend, price dalam keadaan trending naik. Jika downtrend, price dalam keadaan downtrend. Jika price sideways, jangan buang masa lama di situ, tutup pair itu dan cari pair lain yang trending.

Untuk tujuan ini fokus sahaja di H1. Setelah trend dikenalpasti, langkah seterusnya adalah membuat marking pada high low. Di bawah adalah contoh uptrend, maka untuk uptrend fokus utama adalah high hari sebelumnya sahaja.

Contoh buy:

Kaedah entry berdasarkan RBS/SBR adalah terbaik untuk dapatkan minima loss dan maksima profit. Caranya adalah buat marking pada high hari sebelumnya. Jika break, nantikan retracement dan pullback untuk entry.

Jika candle break itu agak panjang, jangan tergesa-gesa untuk entry. Ini kerana jika ia memberi peluang entry terbaik, ia akan turun semula ke area RBS. Dalam keadaan ini, high semalam adalah RBS.

Contoh sell:

Salah satu setup terbaik di mana retest candle berakhir kepada candle reject iaitu shooting star dan closed di bawah SBR area di mana SBR adalah berdasarkan Low hari sebelumnya. 

Jika sebelum ini candle pattern terbentuk di bawah SBR area, kali ini ia tidak membentuk pattern sebaliknya terdapat 3 shadow candle di bawah SBR low hari sebelumnya yang telah ditembusi.

Ini juga antara setup pilihan untuk trade daily high low breakout.

Boleh tak instant entry?

Selain entry berdasarkan RULE SBR/RBS, anda juga sebenarnya boleh masuk selepas candle break di sesuatu SNR high ataupun low. Kemudian anda boleh menambah entry jika berlaku retest dan pullback.

Kesimpulannya:

Kekuatan trend di ukur berdasarkan high-low sebelumnya. Sesuatu trend itu kuat untuk naik lagi jika ia break high hari sebelumnya manakala sesuatu trend itu kuat untuk turun lagi jika ia break low hari sebelumnya.

Perkara yang sama diguna-pakai untuk timeframe yang lebih besar sepeti H4 dan D1.

Untuk H4 ia lebih kepada trend mingguan di mana jika break sesuatu high dalam kolum H4 ia bermaksud melepasi harga tertinggi minggu sebelumnya. Begitu juga sebaliknya iaitu jika price break low minggu sebelumnya bermaksud ia bakal turun lagi.

Untuk TF D1 pula ia mewakili harga tertinggi dan terendah untuk sebulan. Jika melepasi sesuatu high dan low bulan sebelumnya, ia akan naik lagi ataupun turun lagi.

***NOTE :

TF 1H adalah mewakili 1 hari, jika high dilimpasi(breakout) ini bermaksud price mempunyai kekuatan untuk membuat new high pada hari ini.

TF 4H mewakili trading untuk 1 minggu, jika price melimpasi high(breakout) bermaksud price mempunyai kekuatan untuk membuat new high pada minggu ini.

TF D1 mewakili trading untuk 1 bulan di mana 1 candle akan closed selepas 1 hari.

TF W1 pula mewakili untuk 1 tahun di mana candle akan closed selepas 1 minggu.

Sila kongsikan artikel ini jika anda rasakannya bermanfaat. 🙂

ADMIN
04/06/14

www.pullbackforextrading.com

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.