13K KEPADA 153 JUTA DOLAR HASIL TRADING REVERSAL TREND
Kenali Takashi Kotegawa -seorang intraday trader dari Jepun yang hanya berdagang secara terus dari bilik tidur beliau dan berhasil menukarkan $13,600 kepada $153 juta dolar dalam masa 8 tahun! Bahkan dalam waktu tertentu hasil trade beliau mencecah jutaan dolar profit.
Dalam chatroom komuniti trader Jepun, beliau mempunyai nama samaran seperti “BNF” dan juga sering dipanggil sebagai “J-Com man.” Takashi Kotegawa lahir pada March 5, 1978, di Ichikawa, Chiba, Japan. Beliau dilaporkan mula berdagang di pasaran bursa saham Tokyo pada tahun 2001. Namun, walaupun beliau seorang multi-jutawan,tetapi beliau tetap mengamalkan gaya hidup sederhana tanpa berbelanja mewah bahkan beliau hanya tinggal di apartment yang beliau beli pada harga 400 juta Yen.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
KEUNTUNGAN TERBESAR BELIAU
Pada tahun 2005, Takashi memperoleh keuntungan berjuta-juta dolar melalui satu dagangan dalam J-Com Holdings selepas IPOnya di Bursa Saham Tokyo.
Peluang itu adalah hasil kesilapan yang dilakukan oleh seorang peniaga di Mizuho Securities, yang secara tidak sengaja menjual 610,000 saham pada harga satu yen setiap satu dan bukannya menjual satu saham pada 610,000 yen! Pesanan jualan yang besar itu menyebabkan harga saham jatuh, dan telah menjadi peluang terbaik untuk Takashi.
Beliau membeli 7,100 saham semasa harga turun. Walaupun dia memilih untuk menjual sebahagian daripada kedudukannya dalam lantunan dan memegang beberapa saham semalaman, dia dilaporkan telah memperoleh lebih daripada $17 juta pada akhir dagangan itu.
STRATEGI DAGANGAN TAKASHI KOTEGAWA
Tidak banyak yang beliau kongsikan perincian mengenai bagaimana beliau menjana jutaan dolar profit beliau. Akan tetapi dipercayai Takashi lebih mudah menjana keuntungan pada pasaran bearish berbanding pasaran bullish melalui pasaran rebound dan mengambil keuntungan jangka pendek ketika sesuatu saham itu sedang jatuh.
Sesetengah orang menggambarkan strategi dagangan Takashi Kotegawa sebagai intraday divergence, di mana dia menggunakan indikator seperti Bollinger Bands, Relative Strength Index (RSI), Volume ratio dan Moving Average 25 days untuk membuat keputusan. Beliau juga dikatakan suka membeli saham yang sekurang-kurangnya 20% di bawah moving average 25 hari dan kemudian mendapat keuntungan daripada lantunan(bounce).
Memandangkan pasaran sentiasa berubah, Takashi cenderung untuk menyesuaikan peratusan yang beliau cari berdasarkan keseluruhan pasaran dan sektor individu. Beliau juga menganalisa bagaimana saham dalam sektor yang berbeza bergerak dan seberapa cepat ia melantun, dan kemudiannya bertindak mengambil keputusannya.
Lebih penting lagi, seperti intraday lain, beliau juga suka memanfaatkan momentum, terutamanya apabila pasaran turun.
ADMIN
04/04/23
Rujukan: indiatimes, google images