
ANALISA GOLD JUN 2026 MINGGU KE-3
Plan sell gold minggu lepas sukses apabila price jatuh tanpa membuang masa membuat high. Namun selepas tiba ke target major support, price segera pullback naik menandakan adanya profit taking di situ. Apapun paling penting adalah plan minggu lepas execute dengan baik dan sangat accurate, menandakan kualiti teknik yang saya ajarkan dalam member area sangat berkesan.
Untuk analisa tersebut sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-jun-2026-minggu-ke-2/
Tanpa membuang masa jom ke analisa minggu ini untuk plan minggu hadapan!
XAUUSD D1
Seperti biasa, kita akan mulakan di TF D1 untuk short term structure. Di sini kita akan melihat price action dan major structure jangka pendek.

Secara keseluruhannya minggu lepas adalah minggu bearish untuk XAUUSD. Walaupun ada pullback pada hari terakhir khamis dan jumaat, namun masih berada di bawah major resistance di mana ia adalah kawasan entry sell minggu lepas iaitu di 4355.19.
Sekali lagi ia akan menjadi kawasan resistance penting untuk selling jika berlaku retest dan reject di sini.
Namun untuk waktu terdekat ini, fokus adalah buy untuk plan jangka pendek sebelum kita tentukan adakah selling atau buying di kawasan 4355.19.
Untuk plan waktu ini, buy adalah jika price retest semula low;
- 4126.72
- 4071.97
Retest apabila ia berlaku dan price bouncing di sesuatu area SNR adalah petanda adanya minat trader besar sedang terbina di situ, apabila berlakunya elemen false break, ia mengukuhkan lagi adanya order besar akan masuk dalam pasaran. Setup jenis inilah yang saya cari berbanding hanya ada 1 single rejection sahaja.
Perkara yang sama untuk sell di area 4355.19 nanti.
Namun jika break, ia menandakan perubahan trend, maka 4355.19 kini menjadi lokasi terbaik untuk buy. Namun ia masih memerlukan proses pemerhatian dan proses menunggu reaksi price yang sesuai sebelum menentukan entry dan exit di sini.

Analisa ini hanyalah ulasan tidak lengkap, selebihnya akan diulas secara harian berdasarkan pergerakan semasa. Oleh itu anda wajib untuk follow telegram kami dan ikuti analisis/ulasan yang akan dibuat dari semasa ke semasa agar dapat meningkatkan kefahaman anda berkenaan strategi yang diajarkan dalam blog ini.
Sekian dahulu untuk waktu ini, jumpa di telegram untuk update.
ADMIN
14/06/26


