FIBONACCI RETRACEMENT ULTIMATE SCALPING[PART 2]

Pada part 1 sebelum ini saya telah dedahkan mengenai SNR, Bounce & Breakout serta fibonacci retracement. Untuk bahagian ke-2 ini saya akan kongsikan lebih lanjut bagaimana untuk apply teknik ini untuk live trading.

Fibonacci retracement sememangnya sangat efektif untuk membantu trader mencari support resistance hadapan untuk predict arah pasaran dan ke mana ia akan pergi. Inilah sebabnya kenapa topik fibonacci ini sangat penting dan perlu anda pelajari. Fibonacci dalam teknik ini membantu anda mencari area tepat dan spesifik untuk anda trade.

Matlamat artikel lanjutan ini adalah untuk memantapkan lagi pemahaman anda dan seterusnya skill trading anda.

Untuk update, signal dan promosi menarik! Sila join dan bergabung dengan telegram kami. –klik sini untuk join

Mencari potensi setup dan fibo adjustment

Anda boleh mulakan trading anda dengan melihat dahulu timeframe D1(daily). Zoom-out kemudian cari highest dan lowest terlebih dahulu kemudian sambungkan fibonacci retracement. Anda boleh gunakan teknik ini pada mana-mana pair yang anda mahu termasuklah gold(xauusd).

Seterusnya kenalpasti area-area bounce dan breakout sebagai area berpotensi entry anda. Anda boleh adjust sambungan fibo untuk dapatkan kedudukan lebih tepat area-area ini.

Pastikan fibonacci anda ditetapkan untuk ‘ray’ agar SNR hadapan terus dipaparkan pada chart anda.

Fungsi lain fibo retrace?

Selain melihat area-area penting bounce dan breakout di fibo level, fibo level juga secara tak langsung menjadi SNR. Ini bermakna ia berfungsi sepenuhnya untuk melihat SBR dan RBS jika breakout. Oleh itu sesuatu area SNR yang ditembusi, ia akan menjadi SBR/RBS untuk entry.

Contoh:

Di atas adalah pair AUDUSD. Area yang ditanda pula adalah area bounce dan breakout yang terbentuk dan berdekatan dengan fibo level. Area ini penting di masa hadapan untuk buy dan sell jika ia bounce di atasnya ataupun breakout.

Level fibo menjadi garisan SNR hadapan. Anda hanya perlu jadikan ia sebagai panduan anda apabila retest berlaku di situ.

Lihat contoh selanjutnya di bawah;

Area bounce terdekat menjadi area SNR penting dan kuat. Hanya momentum kuat sahaja yang akan mampu membuatkan price menembusi area itu. Di sebabkan breakout berlaku di area tersebut iaitu area 78.6 fibo, maka kita hanya perlu cari sell sahaja di bawah 78.6.

Anda boleh sell berdasarkan lower timeframe samada di H1 atau H4 pada level fibo yang sama. Jangan ubah level fibo ini. Ia valid selagi tiada new low/high yang menembusi 100.0 fibo ataupun 0.0.

Baca >>  GJ next week analysis

Anda hanya perlu tunggu retest berlaku lagi di area fibo level ini di masa akan datang dan entry jika bounce belaku lagi.

Jom lihat entry pada H4 di area yang ditanda ‘break’ dalam gambar.

Untuk membuat sell, anda boleh membuat entry minachi iaitu menambah entry apabila price naik lagi. Anda boleh close apabila semua sudah profit atau, hold hingga profit anda mencapai ratusan pips. Ini tidak mustahil kerana setup ini berdasarkan D1 dan pergerakan pips di D1 amatlah besar.

Dalam gambar kelihatan jelas price bouncing di area SBR menandakan ia bakal jatuh kerana seperti yang dijelaskan dalam part 1 artikel ini, setiap kali price naik ke resistance, maka seller akan masuk dalam pasaran dan seterusnya menjatuhkan harga. Oleh itu jika anda mahu profitable dalam trade anda, area resistance inilah area entry sell anda dan bukannya buy.

3x retest berlaku di area 78.6, memberikan ruang yang cukup untuk anda memasuki pasaran dan sell high. Ini adalah kerana anda mengikuti trend lebih besar.

Sekarang mari lihat pergerakan hadapan price di area fibo.

Gambar di atas adalah screenshot pergerakan tahun ini hinggalah pada hari ini semasa artikel ini ditulis. Area bounce dan breakout menjadi panduan penting untuk membuat plan entry buy dan sell. Sell jika breakout atau retest di resistance dan buy jika gagal ditembusi.

Mudah dan ringkas bukan?

Lihat lagi contoh lain.

Di atas adalah GBPJPY pada timeframe D1. Dua area penting bounce dan breakout adalah di level 23.6 dan 38.2. Oleh itu di masa hadapan inilah area penting untuk entry anda jika berlaku retest dan reject.

Retest berlaku di area RBS 23.6. Lihat apa yang berlaku apabila price bouncing atasnya. Ia menyambung kenaikan! Bagaimana boleh tahu buy di situ? Jawapannya kerana disitu adalah area resistance yang ditembusi. Jika berlaku retest di masa hadapan, jangan takut untuk membuat entry buy kerana anda mengikuti majoriti trader dalam pasaran.

Membuat adjustment

Anda boleh pindahkan sambungan fibo retracement ke SNR yang lebih dekat dengan current price untuk mencari area berpotensi. Berdasarkan pair GBPJPY di atas, saya setkan fibo retracement ke area SNR terdekat.

Area biru adalah area bounce breakout lepas untuk panduan entry. Area merah pula adalah area entry kerana bounce di atas fibo level.

Baca >>  MANTAPKAN STRATEGI EXIT ANDA DAN KUMPUL LEBIH BANYAK PIPS!

Adjustment ini perlu asalkan anda boleh sesuaikan dengan area-area penting bounce/breakout. Dalam gambar di atas saya menyambungkan ke Support terdekat dengan level retracement 38.2, 50.0, 61.8 dan 78.6 menjadi area kritikal mencari entry.

Berbanding menyambungkan highest point, anda boleh sambungkan di high terdekat. Seterusnya mencari area berpotensi berdasarkan history lepas iaitu area kerap bounce.

Berdasarkan fibo retrace dalam gambar, area 61.8 dan 50.0 adalah area bounce. Bermaksud ini adalah area kuat SNR. Apabila price menjejak semula area ini di masa akan datang, ada potensi sejarah akan berulang dan entry akan dibuat sesuai kedudukan price di situ.

Saya tandakan dengan arrow merah sebagai area entry sell manakala area bounce saya tandakan dengan kotak biru.

Mudah bukan? Sekali imbas dah tahu apa yang perlu dibuat di masa hadapan.

Menggunakan Timeframe Lain?

Selain D1, anda boleh gunakan teknik fibonacci retracement ini pada TF H4. Apa yang penting adalah area fibo retracement tersebut mestilah adalah bounce pada history lepas.

Berdasarkan fibo level di atas, area 78.6 adalah area berpotensi untuk sell. Jika ia dijejaki di masa akan datang, entry sell boleh dibuat di area ini.

Contoh entry

Di bawah adalah contoh entry berdasarkan teknik ini. Sell area untuk pair GBPUSD pada price 1.1485, 1.1473 hingga ke 1.1459.

Exit pula di level 1.14438. Exit adalah secara scalping atau ambil profit kecil sahaja.

Hasil live trade di bawah;

Entry sell tu bukanlah kebetulan di situ tetapi sebaliknya berdasarkan history lepas.

Pada awal bulan oktober lepas terdapat resistance di situ. Sejarah berulang(turun) apabila ia dijejaki semula. Akan tetapi tak semua pengulangan sejarah akan sama. Adakalanya ia hanya turun seketika sahaja sebelum ia meneruskan perjalanannya.

Ini kerana logik kenapa ia mengulang sejarahnya adalah faktor profit taking di level price yang sama. Jika ia jatuh semula sama seperti sejarah lepas maka sesuailah dikatakan ia meniru 100% sejarah lamanya. Area sell adalah sama seperti yang ditunjukan sebelum ini. Area sell itu tepat di 78.6 fibo.

Satu lagi contoh lain(live trade) untuk anda..

Di atas adalah contoh sell XAUUSD pada harga 1670.03 hingga 1668.33. Kenapa sell di sini dan bukannya buy? Gambar di bawah ada jawapannya.

Entry sell dibuat pada area 1670.00 adalah kerana pada history lepas, selling ada berlaku di area ini. Ia adalah area strong SNR berdasarkan bounce dan breakout sebelum ini. Apabila ia dijejak semula, bounce berulang lagi dan sell pun dibuat.

Baca >>  Analisa Teknikal GBPUSD 14 september 2015

Lihat hasil sell XAUUSD di bawah;

Kini saya yakin anda sudah boleh fahami teknik ini sedikit demi sedikit.

Jom lihat lagi contoh lain berdasarkan history lepas(back-test).

Contoh lain;

Dengan menggunakan fibo retracement dan pemahaman area bounce/breakout, level 78.6 dikenal-pasti sebagai area spesifik untuk sell.

Syarat entry sell dipenuhi apabila price bounce di bawah level tersebut. Retest sekali lagi berlaku seterusnya membentuk double top sebelum price betul-betul jatuh dan mengulang semula sejarah penurunan yang berlaku pada bulan Jun.

Menjadikan area bounce sebagai panduan entry reversal trend

Jika area bounce ditembusi, ia akan menjadi area entry berdasarkan rule SNR iaitu dalam situasi SBR/RBS.

Contoh entry dalam fibo retracement;

Sesuatu area bounce – adalah area kuat SNR. Jika ia gagal ditembusi, bermakna sejarah lama akan berulang. Jika ditembusi, ini bermakna trend berubah arah. Area ini akan menjadi SBR atau RBS untuk entry mengikuti arah reversal tersebut.

RUMUSAN

Berberapa rumusan boleh diambil dari artikel ini. Antaranya;

  • History boleh berulang semula di masa akan datang dan akan menjadi panduan entry
  • Gabungan history dan fibo retracement level adalah kaedah yang boleh digunakan untuk mencari potensi entry
  • Area yang kerap bounce dan breakout di masa lepas adalah area berpotensi tinggi akan berulang semula sejarahnya
  • Area ini secara logiknya adalah SNR kuat dan valid di masa lepas
  • Area SNR history ini adalah area untuk take profit di masa hadapan
  • Adjustment perlu untuk dapatkan area tepat untuk panduan entry hadapan
  • Penggunaan entry layer/martingale adalah strategi yang boleh membantu trader mendapatkan entry profit selain exit trade secara scalping boleh mengelakkan dari reversal trend
  • Selain panduan entry berdasarkan sejarah lepas, area bounce ini juga menjadi panduan entry reversal trend jika ia ditembusi

Sekian,

ADMIN
26/10/22

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com