MENGENAL-PASTI SNR KUAT DAN VALID MENGGUNAKAN EMA

Print Friendly, PDF & Email

Mengenal SNR kuat dan valid ini bukanlah mudah, oleh itu trader membangunkan pelbagai strategi dan teknik untuknya. Sebelum ini saya ada kongsikan tips kenal-pasti SNR kuat dan VALID di sini https://pullbackforextrading.com/mengenal-pasti-snr-kuat-dan-valid/

Dalam artikel tersebut saya kongsikan 3 tips untuk kenalpasti SNR kuat dan Valid iaitu berdasarkan Sejarah SNR lepas, formasi candlestick dan juga angka genap psikologi.

Kaedah tersebut lebih kepada price action dan tidak menggunakan sebarang indikator teknikal. Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan bagaimana untuk kenalpasti SNR kuat dan Valid menggunakan indikator teknikal.

Artikel ini umpama pelengkap kepada artikel sebelum ini cuma pada sudut berbeza iaitu menggunakan indikator sebagai filter dan kenal-pasti area SNR yang berpotensi dan menggunakan level SNR itu untuk entry ataupun untuk memahami situasi market dan seterusnya membuat keputusan entry dan juga exit.

Ikuti channel telegram pullback untuk promosi menarik dan juga artikel terkini serta analisa/signal teknikal semasa! Klik banner di bawah untuk melanggan.

INDIKATOR SNR KUAT DAN VALID

Indikator yang saya gunakan untuk kenalpasti SNR adalah Moving Averages(MA). Penggunakan indikator ini adalah berbeza mengikut timeframe tertentu.

Untuk ini saya menggunakan berberapa MA dengan setting angka tertentu. Untuk method MA pula, saya pilih exponential dan apply to close. Hanya warna dan ketebalan garisan yang diubah dan yang lainnya tak perlu ubah.

Exponential Moving Average secara singkatannya dipanggil sebagai EMA.

EMA PENTING

Berberapa EMA ini penting untuk kenal-pasti SNR kuat dan valid:

  1. EMA 50
  2. EMA 100
  3. EMA 200

Kesemua EMA ini adalah untuk timeframe H4 hinggalah M1.

Jika anda mencari SNR kuat dan valid di D1, Weekly dan Monthly pula, berikut setting EMA yang digunakan:

  1. EMA 8
  2. EMA 21
  3. EMA 50
Baca >>  MARKET 50/50

Fungsi EMA dan bagaimana untuk menggunakannya akan diterangkan lebih lanjut di bawah.

KENAL-PASTI SNR VALID DAN KUAT MENGGUNAKAN EMA

Berdasarkan artikel sebelum ini iaitu di sini, saya ada menerangkan bahawa historical lepas dan formasi candlestick. Disebabkan tidak semua level-level ini akan diuji oleh price, oleh itu kita akan melihat di mana EMA berada maka di situlah candle atau price akan pergi dan menjauh semula selepas pullback.

EMA akan bertindak sebagai titik graviti ulang-alik price. Jika menjauh, ia akan berpatah-balik. Jika ia berlegar-legar(bounce) pada EMA, ia akan menjauh(breakout).

Setelah menjauh, ia kemudiannya berpatah-balik semula. Proses ini akan berulang-ulang. Melalui situasi ini kita dapat kenal-pasti SNR yang kuat dan valid tersebut.

MARKING

Anda akan membuat marking SNR berdasarkan kedudukan EMA terhadap keadaan semasa price. Untuk marking, ia akan dibuat di TF H4 dan H1.

Marking ini mungkin akan dipindah kerana kedudukan EMA juga akan berubah apabila price semasa bergerak trending dan menjauh dari EMA.

Akan tetapi EMA dan SNR marking adalah valid jika price bergerak berpatah-balik ke EMA/SNR anda. Oleh itu, SNR itu adalah valid dan akan menjadi panduan entry anda setelah price/candle menyentuhnya.

Kedudukan marking akan dibuat atau ditanda pada EMA. Dalam gambar EMA 50 @ 138.084, EMA 100 @ 137.583 dan EMA 200 @ 137.227.

Jika berlaku retest ke area ini maka SNR ini adalah valid. Entry akan dibuat jika berlaku rejection pada semua atau salah-satu dari EMA ini.

Jika candle atau price semakin menjauh pula, sila padamkan marking anda dan buat marking baharu sehinggalah retest berlaku. Ini menandakan marking sebelum ini adalah invalid dan anda perlu teruskan kepada marking baru pula.

CONTOH SNR KUAT DAN VALID BERDASARKAN TIGA EMA

Untuk mengetahui sesuatu marking atau SNR itu valid, formasi candle yang bouncing atas atau bawahnya adalah petunjuk yang terbaik. Ini mendakan ia kuat dan tak mampu ditembusi.

Dakan gambar di atas, candle bounce di atas EMA 50 @ 137.302. Entry buy dibuat selepas CS BULLISH terbentuk atasnya. SL adalah -10 pips di bawah marking/EMA 50.

Exit boleh dibuat pada SNR terdekat. Elakkan swing trading kerana kita tidak tahu bilakah trend akan membuat reversal.

Baca >>  RAHSIA HI LO DALAM CHART ANDA

TEKNIK SBR/RBS

EMA ini adalah SNR dan juga boleh berfungsi sama seperti SNR juga. Sesuatu Support yang ditembusi, ia akan menjadi resistance. Jika lihat dalam gambar di atas, break support telah menjadikan perubahan trend. Dalam masa yang sama juga kesemua candle berada di bawah EMA, menjauh seketika kemudian mencari semula EMA.

SNR VALID dan KUAT dikenal-pasti apabila candle gagal break EMA 100 dan 200. Entry sell dibuat apabila candle bearish terbentuk. Reentry pula dibuat ketika price bouncing di bawah EMA 50. Exit trade di buat pada support terdekat.

Jika di lihat pada gambar di atas, kita dapat kenal-pasti SNR yang valid dan kuat adalah di EMA200 apabila berlakunya bouncing atasnya diikuti rejection candle sebagai petanda trend sudah berubah arah.

TIMEFRAME TERBAIK?

H4 dan H1 adalah terbaik. Namun dalam trend yang aktif naik atau turun, anda boleh gunakan timeframe serendah M30 ataupun M15.

Di bawah adalah contoh pair EURJPY timeframe M15.

Apa yang anda perlu cari adalah candle bearish yang closed di bawah EMA50, 100 ataupun 200. Candle bounce juga boleh jadi panduan entry anda. Anda juga boleh membuat entry berdasarkan candle rejection.

Lihat pula pair XAUUSD timeframe M30.

Pair Gold VS Dollar(XAUUSD) adalah pair terbaik setakat ini kerana ia sangat volatile dan paling banyak memberikan signal scalping. Anda boleh trade teknik ini pada pair xauusd di H1, M30 dan M15.

FIBONACCI RETRACEMENT DAN EMA(TEKNIK BONUS)

Antara kaedah menarik yang boleh digabungkan bersama teknik 3 EMA ini adalah fibonacci retracement di mana kita akan mencari confluence atau overlap antara EMA 50, 100 dan 200 pada salah satu level retracement. Entry boleh dibuat ikut candle signal ataupun candle bull/bear.

Baca >>  HANGING MAN DAN INVERTED PIN BAR

Melalui kaedah ini anda tak perlu buat marking sebaliknya hanya perlu pantau level retracement dan juga di mana EMA berada.

Dalam gambar di atas, entry sell dapat dibuat pada candle shooting star di EMA 200 dan FR 61.8. Selain itu reentry sell juga dibuat pada FR 50.0/EMA100 dan FR 38.2/EMA50.

Baca : https://pullbackforextrading.com/strategi-entry-piramid/

XAUUSD M15 – Level SNR valid adalah pada 38.2 fibo di mana di area ini juga terdapatnya candlestick bouncing di tiga-tiga EMA.

Akhirnya price membuat pullback continuation trend setelah gagal menembusinya. Melalui karakteristik bouncing candle sebenarnya kita dapat kenalpasti potensi breakout dan area kuat SNR.

[TAWARAN MENARIK] MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX – TAK PERLU BUANG DUIT MELABUR!!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

PENUTUP DAN SEDIKIT TIPS

Apa juga teknik yang digunakan, PRO dan CON itu pasti ada. Jika anda memikirkan ini adalah teknik holy grail, hati-hati sahaja. Anda akan mendapat win rate tinggi hinggalah anda sudah mula kerugian. Situlah cabaran sebenar anda di mana anda mungkin kehilangan semula semua keuntungan anda jika tidak berhati-hati.

Berberapa tips berikut anda perlu kuasai untuk memantapkan teknik ini;

  1. Fakta SNR
  2. Candlestick/price action
  3. Fibonacci
  4. Money management

Kesemua info ini anda boleh cari dalam blog ini atau menyertai membership percuma pullback di sini.

TERIMA KASIH!

ADMIN
24/08/22

Comments

comments

Leave a Reply

Translate »