
PRICE ACTION REACTION | STRUCTURE LEVEL REACTION ENTRY
Sebelum ini, iaitu pada tahun 2021 saya sudah berkongsi dalam suatu artikel mengenai SNR kuat dan valid. Kali ini saya akan kongsikan bagaimana hendak membuat entry pada SNR ini pulak. Untuk ke artikel ini sila ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/mengenal-pasti-snr-kuat-dan-valid/
Untuk strategi penuh sila join membership kami secara percuma di sini >> https://member.pullbackforextrading.com/
Apa itu reaksi price action(price action reaction)?
Reaksi price action adalah suatu keadaan di mana ia memberikan petunjuk tindak-balas kemasukan buyers atau pun sellers di kawasan SNR itu. Apabila adanya tindak balas, ia bermaksud level SNR itu mungkin valid untuk entry.
Setelah entry, bolehlah tetapkan pula SL dan TP anda. Namun ini suatu topik lain. Hari ini kita fokuskan mengenai tajuk artikel ini iaitu reaksi price action.
Di kawasan ini jika valid, akan berlaku reaksi tertentu seperti:
- Rejection candle seperti pin bar
- Pola Chart pattern
- Fakeout atau false break
BACA : TEKNIK FAKEOUT
Reaksi ini penting kerana untuk kita mencari tahu adakah level yang kita hendak trade itu boleh kita gunakan atau abaikan. Kita akan trade jika ada confirmation. Reaction inilah confirmation yang kita cari.
Buy dan Sell zone
SNR kuat dan valid yang dikenal-pasti secara tak langsung akan mempunyai zon buy dan zon sell. Atas SNR akan menjadi zon buy dan bawah SNR akan menjadi zon sell.
Kaitan dengan 3 point di atas?
Reaksi yang terbentuk akan menjadi entry trigger anda. Samada ia membentuk pin bar, chart pattern ataupun false break. Selagi ia ditutup di atas atau bawah paras SNR valid itu, maka entry anda akan diconfirmkan berdasarkan situasi itu.
Jika strategi anda buy, maka reaksi yang anda perlukan adalah closing candle mestilah di atas kawasan SNR valid itu.
Jika strategi anda sell, maka mestilah ia close di bawah SNR valid itu.
Timeframe untuk melihat reaction?
Anda boleh gunakan timeframe serendah M5, M15, M30 atau H1 untuk melihat potensi entry. Biasanya saya akan melihat reaksi di M15. Jika kurang jelas atau untuk kepastian lebih, saya akan buka H1 dan lihat apa yang terbentuk situ.
Bounce atau lantunan
Bounce adalah situasi terbaik untuk reaksi ini. Bermaksud ada kemasukan buyer dan seller situ. Jika ia terus break bermaksud level itu telah ditembusi dan tiada keperluan untuk trade-nya lagi.

Gambar di atas adalah pada timeframe M15 di mana mula-mula price ke area SNR Valid itu ia cuba untuk break tetapi gagal. Ia naik namun retest lagi kali kedua. Kali ini pin bar terbentuk
Entry akan dibuat kerana terdapat confirmation disitu.
Lihat lagi contoh lain; Kali ini di H1.

Perhatikan berapa kali retest dan reject berlaku. Menandakan SNR itu valid dan kuat. Kegagalan untuk menembusinya adalah hint penting bahawa setiap kali ia naik, seller akan masuk atau buyer akan buat profit taking sehingga menyebabkan ia gagal ditembusi.
Setup seperti ini memang guaranti minimum SL dan max TP kerana mustahil untuk ambil profit kecil apabila anda trade ikut momentum pasaran sebenar.

Reaksi seterusnya yang menarik perhatian adalah apabila terbentuknya HNS di kawasan marking. Dalam situasi di atas, entry buy oleh itu HNS yang terbentuk adalah inverted HNS.
Entry akan dibuat berdasarkan shoulder kanan dan juga neckline sesuai dengan strategi breakout chart pattern ini.
Berikut adalah ringkasan padat mengapa anda perlu menguasai SNR yang valid, bersama dengan sebab utama untuk menyertai keahlian premium kami:
Okey last sebelum kita akhiri artikel ini, mari kita lihat bagaimana saya menjana wang mudah hanya dengan kaedah SNR valid dan price action reaction ini.
Saya mencari di HTF seperti Weekly dan Daily untuk SNR valid.

Di atas adalah contoh USDCAD pada awal tahun ini bagaimana mendapatkan entry sebelum kejatuhan besar-besaran pada april lalu.
SNR kuat dan valid dikesan berdasarkan structure lepas. Berdasarkan situasi ini, pada bulan april harga menjejak semula di kawasan high januari awal tahun ini. Adakah sell atau buy?
Di resistance sudah pastinya sell. Oleh itu saya akan tunggu reaksi di LTF adakah boleh sell atau abaikan.

Di H1 entry sell pertama trigger apabila price break kemudian naik retest semula. Ia seterusnya naik dan cuba retest high terdekat. Di atas high ini saya letakkan stoploss sebanyak 50pips. Oleh itu untuk profit, saya perlukan minima profit 150 pips untuk 1:3 ratio. Oleh itu kedudukan TP ditetapkan berdasarkan SNR yang terbentuk di D1.
Menariknya setup ini mencapai lebih 200 pips jika disukat berdasarkan SNR yang ada di D1. Oleh itu ia adalah setup yang sangat berbaloi untuk diambil kerana risiko sederhana dengan pulangan berganda.
So begitulah cara mudah saya trade market ini menggunakan strategi ini. Cuma cabarannya adalah masa dan waktu. Namun ia berbaloi kerana tak perlu menghadap chart sangat untuk pulangan besar.
Rumusan
3 point penting mengenai kepentingan membaca reaksi price action di Lower Timeframe (LTF) untuk menentukan entry di zon SNR yang valid:
Membina Disiplin Entry berasaskan Peraturan Tetap: Menunggu pembentukan struktur yang jelas di LTF menghalang anda daripada melakukan pengisian posisi secara gopoh atau mengikut emosi sebaik sahaja harga menyentuh garisan SNR. Ini melatih anda untuk mengekalkan sistem dagangan berasaskan peraturan yang mekanikal, terkawal, dan konsisten.
Mengecilkan Jarak Stop Loss (SL) untuk Nisbah Ganjaran Tinggi: Menunggu reaksi struktur di LTF (seperti M15 atau H1) membolehkan anda mengecilkan saiz zon entry berbanding terus masuk menggunakan pelan Higher Timeframe (HTF). Ini memberikan anda jarak SL yang jauh lebih kecil demi mencapai sasaran nisbah ganjaran risiko (Risk-to-Reward) minimum 1:3 yang konsisten.
Mengesan Pengesahan Pertukaran Struktur Pasaran (Trend Reversal): Garisan SNR di HTF hanyalah kawasan potensi untuk harga berpatah balik. Dengan meneliti LTF, anda boleh mengesan potensi entry atau abaikan setup itu. Entry apabila confirm signal dan abaikan jika price terus breakout kawasan yang sepatutnya anda entry.
Kenapa anda perlu belajar teknik ini di member area?
Saya akan dedahkan lebih banyak lagi modul entry termasuk bagaimana nak flip akaun kecil kepada high return hanya berpandukan SNR valid ini. Juga didedahkan bagaimana untuk dapatkan setup SNR ini dan signal entry.
Terdapat 6 modul entry yang anda boleh gunakan terus pada trading anda juga bagaimana untuk kesan di manakah SNR kuat dan valid itu pada chart. Ia ada banyak namun mana satukah yang betul-betul valid? semuanya saya rungkai dalam member area.
Join hari ni dan jangan buang masa lagi!
ADMIN
22/05/26

