MENGGABUNGKAN FIBONACCI RETRACEMENT DAN EXPANSION – MULTIPLE FIBO STRATEGY

Print Friendly, PDF & Email

Fibonacci adalah satu tools yang sangat popular dikalangan trader dan sudah menjadi seakan suatu kewajipan kepada trader baru dan lama untuk mempelajarinya walaupun sebenarnya tidaklah menggunakannya dalam live trading.

Fibonacci terbahagi kepada berberapa jenis antaranya retracement, time zone, fan, arcs, expansion dan channel. Fibonacci channels boleh cari di bahagian Channel di atas tools Gann.

Matlamat utama pembelajaran kali ini

Mempunyai target atau matlamat dalam sesuatu pembelajaran itu penting dan untuk kali ini kita cuma ada dua matlamat utama sahaja iaitu;

  • Mempelajari mengenai fibo expansion, persamaan dan perbezaannya terhadap fibo extension
  • Menyelesaikan masalah TP fibo extension melalui fibo expansion

Terlalu banyak topik mungkin akan menyerabutkan fikiran, jadi untuk kekalkan konsep ringkas dan mudah, kita fokus yang penting sahaja.

ANDA PERNAH ALAMI MASALAH INI?

Pasti ramai yang pernah alami masalah seperti ini, TP sedikit lagi nak kena tapi price reverse hingga trade yang profit menjadi loss. Untung jika sudah setkan BE tapi jika tiada stoploss, merana-lah jawabnya!

Sedikit ringkasan mengenai fibonacci retracement dan extension…

Dalam artikel ini saya akan memfokuskan dua tools ini -fibonacci retracement dan juga expansion. Umumnya kita biasa mengetahui mengenai fibonacci retracement dan extension. Fibonacci retracement merujuk kepada retracement price selepas membuat last high atau last low. Price bergerak lawan arah ataupun berpatah-balik, ini dipanggil sebagai retracement.

Mengenai extension pula, ia adalah merujuk kepada pemanjangan trend selepas ia membuat retracement. Pemanjangan trend atau continuation trend berlaku selepas price melepasi tahap 100.0 fibonacci. Ia akan bergerak menuju jangkaan price iaitu di 127.2, 138.2, 161.8 ataupun 261.8. Dalam masa tertentu ia juga boleh memanjang hingga ke 423.6 iaitu satu kitaraan lengkap trend berdasarkan fibonacci extention.

Fibonacci expansion

Anda sudah mengetahui mengenai fibonacci extension, kini saya akan share mengenai fibonacci expansion pula. Ia sama tapi ada sedikit berbeza. Perbezaan tersebut adalah dari cara ia digunakan dan level jangkaannya juga berbeza sikit berbanding extension level.

Untuk menggunakan fibonacci expansion, anda perlu sedikit kemahiran mengenal-pasti keadaan dan stuktur market. Untuk memudahkan, anda perlu kuasai pattern ABCD market. Ada juga yang meringkaskan pattern ABCD ini kepada ABC pattern.

Melalui pattern ini anda akan menyambungkan fibonacci expansion untuk mendapatkan level price jangkaan anda.

foto via forex.academy

Contoh mudah apa itu expansion.

Secara umumnya expansion dan extension adalah merujuk kepada perkara yang sama namun ia adalah berbeza dari sudut lainnya. Untuk ini anda boleh rujuk di halaman ini.

Fokus kita di sini adalah perbezaan kedua-dua tools ini iaitu jangkaan extension level dan expansion level. Kedudukan extension dan expansion dalam waktu tertentu hampir sama dan ada masanya ia akan berbeza antara satu dengan yang lain. Dalam artikel ini saya akan rungkaikannya agar ia dapat menambah pengetahuan anda mengenai tools ini.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, kita pergi dahulu serba sedikit mengenai asas tools ini.

Baca >>  TEKNIK FIBONACCI PALING MUDAH: CUSTOM SETTING FIBONACCI YANG WAJIB ANDA KETAHUI

NAVIGASI MENU :

CARA MELUKIS FIBONACCI EXPANSION

Sebelum anda belajar cara melukis fibonacci expansion ini, anda perlu fahami dahulu ABC pattern.

Point A dan B adalah trend manakala point C adalah retracement. Apabila price atau candle break point B, ia akan menuju ke level expansion.

Terdapat 3(tiga) level expansion yang bertanda FE bermaksud(Fibonacci Expansion);

  • FE 61.8
  • FE 100.0
  • FE 161.8

Bila nak kesan ABC pattern ini?

ABC pattern ini terbentuk pada permulaan trend dan juga di dalam trend. Oleh itu trader wajib memahami stuktur ABC pattern ini di mana point C mestilah tidak melebihi point A.

Price seterusnya mestilah break point B untuk ke expansion level.

Berdasarkan point ABC di atas, sambungan fibo expansion adalah seperti berikut;

Sambungan anda adalah sama seperti menyambungkan dari point A kepada B. Seterusnya anda hanya perlu adjust sambungan kepada point C. Selepas itu anda akan mendapat level expansion untuk exit atau TP.

Untuk adjust, sila double-click pada titik-titik merah tools expansion kemudian tarik dan sambungkan point C secara tepat.

PANDUAN MELETAKKAN STOPLOSS

Anda boleh letakkan stoploss pada point C. Sila rujuk dalam gambar.

Tips – point C adalah kedudukan retracement level pada fibonacci retracement.

MENGGABUNGKAN FIBONACCI RETRACEMENT DAN EXPANSION

Cara melukis fibonacci retracement adalah mengikut kaedah sebenar melukis fibonacci iaitu untuk downtrend mestilah dari resistance ke support dan untuk uptrend pula dari support kepada resistance.

PENTING! –Untuk menggabungkan kedua-dua fibonacci ini iaitu Retracement dan Expansion, anda perlulah melukis fibo retracement dahulu, kemudian barulah fibo expansion pula.

Dalam ABC pattern, point A dan B akan mewakili SNR sesuai dengan keadaan market. Jika uptrend, point A akan menjadi support manakala point B akan menjadi resistance.

  • Untuk downtrend, point A akan menjadi resistance manakala point B akan menjadi support.
  • Anda hanya perlu sambungkan point A kepada B atau resistance ke support/ support ke resistance sahaja.
  • Jika point A dan B adalah untuk sambungan, point C pula adalah untuk stoploss.

Berikut cara menyambungkan fibonacci retracement:

Sambungan untuk downtrend adalah dari resistance ke support atau dari atas ke bawah. Extension level akan berada di atas dan jangan risau, kita tidak menggunakan extension level ini. Jadi, ia tidaklah penting. Yang penting adalah cara sambungan fibo retracement anda.

Baca >>  CARA TERBAIK TRADE BREAKOUT

Relax, untuk TP/Exit, kita akan menggunakan fibonacci expansion yang akan diterangkan sebentar lagi.

Cara sambungan untuk uptrend adalah dari support kepada resistance atau dari bawah ke atas. Extension akan berada di bawah kerana ia tidak akan digunakan.

Bilakah waktu sesuai fibonacci expansion dilukis?

Apabila price break 0.0 fibonacci retracement, anda akan lukis fibonacci expansion berdasarkan ABC pattern yang terbentuk antara 100.0 fibo dengan 0.0. Maksudnya, anda akan lukis fibo expansion di tempat yang sama fibo retracement disambungkan.

Dalam chart anda akan ada dua jenis fibo dalam satu masa beserta kegunaannya, iaitu;

  1. Fibo retracement untuk entry dan stoploss
  2. Fibo expansion untuk exit/TP

Expansion level FE 100.0 dan 161.8 akan menjadi panduan TP anda samada sebagai satu TP sahaja di FE100.0 ataupun FE161.8 ataupun TP #1[FE 100.0] dan TP #2[FE 161.8] iaitu untuk dua lot entry.

Rumusan sambungan fibo retracement dan fibo expansion

Step #1 – kenal-pasti ABC Pattern

Step #2 – sambungkan fibonacci retracement dari point A kepada B. Entry dan stoploss pada point C

Step #4 – Anda akan lukis fibo expansion jika break 0.0 fibo. Sambungan adalah dari point A ke B sama seperti fibo retracement kemudian adjustment fibo expansion akan dibuat untuk sambungan point C.

Step #5 – Exit trade pada expansion level.

Dalam live trade, chart anda akan kelihatan seperti berikut;

Fibo retracement untuk entry, fibo expand untuk TP. Ruang kosong selepas 0.0 fibo akan diisi dengan level expansion. Ia memudahkan anda mendapatkan target yang tepat dan kemas.

Apa sebenarnya perbezaan kedudukan TP extension dan expansion?

Expansion level memberikan lebih jauh sikit exit/TP point berbanding extension level. Anda boleh lihat perbandingan ini dengan mengubah cara sambungan fibo retracement.

Akan tetapi bergantung keadaan, adakalanya ia lebih pendek sikit berbanding extension level.

Berdasarkan gambar di atas, kedudukan expansion lebih sikit berbanding extension(dibulatkan).

Lebih sedikit bermaksud lebih profit. Akan tetapi matlamat utama yang penting di sini bukanlah mengejar profit semata-mata tetapi untuk dapatkan kedudukan yang tepat sahaja. Akan tetapi perlu diingat, forex market masih high risk dan apa pun boleh berlaku. Oleh itu sila pastikan untuk breakeven dan lock profit apabila ada peluang.

Cutloss juga penting jika market memang tidak pergi ke arah yang kita trade/mahukan.

Dari perbezaan yang ketara ini kita akan mencari penyelesaian masalah fibo extension dengan fibo expansion.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Baca >>  BAGAIMANA NEWS FOREXFACTORY BOLEH SELAMATKAN AKAUN ANDA DARI MARGIN CALL

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

FIBO EXPANSION MENYELESAIKAN MASALAH TP FIBO EXTENSION

Masalah utama yang sering dihadapi apabila menggunakan fibo extension untuk mendapatkan TP/Exit point adalah price yang tak pergi secara tepat ke level tersebut.

Di sinilah fibo expansion dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Lihat bagaimana price hanya berhenti di expansion 100.0(FE 100.0) dan tidak ke 161.8. Lihat lagi contoh di bawah;

Price ataupun candlestick hanya berhenti di expansion 100.0(FE 100.0) tetapi tidak ke 127.2. Dengan menggunakan fibonacci expansion, anda bukan sahaja mendapat maksimum TP tetapi juga lebih tepat.

Jadi, tidaklah trade anda berakhir sekadar breakeven. Itu pun kalau anda ubah SL ke entry price untuk lock profit atau hapuskan risk.

FOTO DI AWAL ARTIKEL INI;

Dari gambar di atas, kita dapat lihat price tak mengena TP extension fibo. Tetapi jika kita menggunakan fibo expansion, inshaAllah TP akan mengena, atau sekurangnya kita exit manually pada salah-satu level fibo expansion ini sebelum ke target yang kedua(TP #2). Dalam keadaan ini, expansion 100.0 adalah TP #1 dan exit manual boleh dibuat di sini jika terbentuknya candle reversal di sini.

Dari price action yang terbentuk, kelihatan 2x retest di FE 100.0 sebelum ia kembali naik dan berubah arah trend. Inilah masa sesuai untuk exit manually sebab 2x retest menunjukkan bahawa ia adalah area support kuat.

AKHIR KATA

Walaupun nampak seakan sudah menyelesaikan 100% masalah, namun harus diingat bahawa ini tetap tidak menjamin anda boleh hit target sepanjang masa dan seterusnya meningkatkan winning rate dan probability teknik yang anda gunakan. Ini cumalah sebagai solution sahaja, apa-apa yang akan berlaku nanti masih memerlukan kemahiran anda untuk buat keputusan, dan exit manual jika perlu termasuklah cutloss manual.

Ingat kata-kata ini;

“Jika anda enggan menerima kerugian kecil, lambat laun anda akan mendapat kerugian yang paling besar.”

Semoga dengan perkongsian ini dapatlah memantapkan lagi pengetahuan mengenai fibonacci ini. Ilmunya luas dan tiada peraturan tetap bagaimana untuk menggunakannya.

Anda bebas untuk ubah-suai dan mencipta teknik melaluinya.

Jangan lupa kongsikan artikel ini agar ilmunya bertambah luas dan semakin ramai mendapat manfaat besar dari perkongsian kecil ini.

PROMOSI MEMBERSHIP PERCUMA BULAN INI – SERTAI SEKARANG!

Salam maju jaya!

ADMIN
24/11/21

Leave a Reply

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Text-+=
Translate »