BOLLINGER M15 SCALPING

Print Friendly, PDF & Email

Market bergerak 24 jam sehari dan 5 hari seminggu – pasti anda tertanya-tanya apakah kaedah yang cantik untuk memanfaatkan pergerakan market ini? – terutamanya secara intraday – Mesti ada memikirkan kaedah terbaik pastinya scalping di timeframe kecil. Akan tetapi, soalan cepu-emas, apakah kaedah yang sesuai?

Disebabkan meningkatnya bilangan trader selaras dengan bertambahnya kemajuan teknologi yang kini boleh dimiliki pada harga terendah selain dengan bertambahnya juga broker-broker forex yang baharu, oleh itu memiliki kaedah yang boleh berikan trader profit secara harian adalah sesuatu yang sangat dicari-cari.

Ingin menjawab persoalan-persoalan popular trader baru dan lama, kali ini saya hendak kongsikan kaedah scalping yang anda boleh setup di smartphone anda dan anda boleh trade dengan menggunakan modal kecil atau sederhana sahaja.

Topik kali ini merangkumi bukan sahaja teknik entry/exit, malah juga meliputi kriteria pemilihan pair dan juga market timing iaitu pada waktu bilakah sepatutnya mengambil manfaat pergerakan aktif market? -semuanya akan dikongsi secara ringkas dalam bahasa mudah difahami. InshaAllah.

Disclaimer –
Teknik ini bukanlah 100% milik admin. Oleh itu anda bebas menggunakannya termasuk mengedarkan dan menerbitkan semula asalkan bukan untuk tujuan menjual.

INDIKATOR DIPERLUKAN

Anda perlukan berberapa indikator penting untuk teknik scalping ini. Antaranya;

  1. Bollinger bands(default) – ubah warna ikut cara anda
  2. MA – Ubah setting kepada period 3, method Exponential, dan sila apply to close.
  3. Awesome Oscillator – default setting

Di atas adalah contoh screenshot setting indikator pada MT4 anda. Anda juga boleh setting indikator ini pada MT5 juga.

STRATEGY

Untuk strategi menggunakan teknik ini anda perlu menepati syarat-syarat tertentu untuk membuat buy dan sell. Konsep utama adalah breakout.

Baca >>  Forex Timing PART 2 - 5 sebab kenapa anda perlu trade TF yang lebih besar

Untuk asas mengenai bollinger bands ini anda boleh baca di halaman ini >> http://pullbackforextrading.com/bollinger-band/

Untuk mula mencari setup, anda akan merujuk pada pair yang anda hendak trade.

  • Jika pair USD maka anda akan cari peluang sebelah malam.
  • Jika pair JPY, anda boleh cari entry sebelah pagi
  • Jika pair GBP dan EUR, sebelah petang

Waktu sesuai;

PAIR WAKTU AKTIF
USDJPY, EURJPY, GBPJPY, AUDJPY, NZDJPY 6-9 AM
EURUSD, USDCHF, GBPUSD, 3-11 PM
XAUUSD 2PM-11PM
jadual 1

Di atas adalah sekadar panduan sahaja. Market aktif mungkin akan berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan semasa pada waktu itu.

Waktu market kurang aktif adalah bermula dari jam 12 tengah malam hinggalah jam 5 pagi. Oleh itu elakkan membuat entry pada waktu-waktu ini kerana dikhuatiri akan terperangkap dalam market slow dan berisiko floating loss.

Stoploss

Stoploss adalah di upper band jika anda sell dan lower band jika anda buy. Atau, cutloss boleh dibuat jika price break upper/lower band.

ENTRY STRATEGIES

Untuk teknik entry berikut saya senaraikan syarat entry dan syarat exit menggunakan teknik ini.

Syarat entry buy;

  • Candle dan EMA 3 break atas middle band.
  • AO membentuk bar hijau
  • Entry dibuat selepas candle close dan breakout confirmed.

Syarat entry sell;

  • Candle dan EMA 3 break bawah middle band.
  • AO membentuk bar merah.
  • Entry dibuat selepas candle close dan breakout confirmed.

EXIT STRATEGIES

Untuk exit strategy, terdapat 3(tiga) cara iaitu;

  1. AO membentuk bar berlawanan arah. Jika anda buy, exit jika AO membentuk bar merah. Jika anda sell pula, exit jika AO membentuk bar hijau.
  2. Exit berdasarkan SNR terdekat.
  3. Exit ikut angka pips tertentu seperti 10 pips, 20 pips.
Baca >>  5 KAEDAH TRADING MENGGUNAKAN RSI

Exit strategy #1 –

Untuk exit trade cara ini anda akan biarkan price bergerak dahulu hinggalah munculnya bar lawan arah dari AO. Sila close setelah bar itu confirmed.

Exit strategy #2 –

Untuk exit cara ini anda perlukan kemahiran mengenalpasti Support dan Resistance. Anda boleh ke pautan ini untuk belajar mengenai topik SNR >> http://pullbackforextrading.com/?s=support+resistance

Exit strategy #3 –

Exit cara ini sangat sesuai bagi yang suka membuat entry layer dengan TP sekitar 5-10 pips per-entry.

Jika anda trading pada market aktif, peluang untuk mendapat profit di bawah 20 pips biasanya akan tercapai.

Antara pair yang boleh berikan anda potensi pips yang banyak adalah GBPUSD, GBPJPY, GBPAUD dan Emas(XAUUSD).

Akan tetapi semakin besar range sesuatu pair maka besar juga risiko yang anda hadapi, oleh itu pastikan anda menggunakan modal yang sanggup kerugian sahaja dan jangan trade guna wang pinjam atau hutang.

Pair yang kurang berikan potensi pips banyak adalah pair yang mempunyai range kecil seperti EURGBP, AUDNZD dan juga cross pair yang mempunyai spread besar.

AKHIR KATA

Pastikan anda membuat backtest terlebih dahulu dan praktis banyak-banyak teknik ini samada di akaun demo ataupun akaun bersaiz kecil.

Kekalkan fokus anda, tak perlu ubah-suai teknik ini kecuali anda memang sudah mahir dalam mencari entry dan exit.

Anda juga boleh mencuba teknik ini menggunakan modal percuma dari broker XM untuk client baru.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Baca >>  Fibonacci Tool- Bagaimana dan Bila nak digunakan?

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini,.

Hingga berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

SUDAH BERSEDIA UNTUK YANG LEBIH ADVANCED? Sila ke halaman ini.

ADMIN
16/11/21

Leave a Reply

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Text-+=
Translate »