CARA INSTALL INDIKATOR KE MT4

Bagaimana cara untuk install custom indikator ke MT4 anda? Bagi anda yang menceburi dalam bidang trading ini pasti ia akan sedikit mengelirukan kerana installation ini bukanlah seperti kita install software.

Installation perlu dibuat secara copy dan paste ke folder tertentu yang anda perlu cari dalam komputer anda. Indikator pula mestilah sesuai dengan platform yang digunakan iaitu jika menggunakan MT4 mestilah menggunakan indikator yang berpadanan dengan MT4 sahaja. Begitu juga jika MT5. Indikator tidak akan berfungsi untuk platform yang berbeza.

Oklah, tanpa membuang masa, berikut saya senaraikan langkah demi langkah bagaimana untuk install indikator ini.

Langkah 1 – Pertama sekali adalah anda perlu ada terlebih dahulu indikator yang anda mahu install itu.

Langkah 2 – Copy file.

Langkah 3 – Buka MT4 anda kemudian di bahagian FILE dan pilih OPEN DATA FOLDER.

Langkah 4 – Paparan berikut akan muncul pada skrin komputer anda. Sila pilih dan buka folder MQL4.

Langkah 5 – Sila buka folder indicators yang ada dalam folder MQL4 tadi.

Langkah 6 – Sila paste-kan file indikator tadi ke dalam folder ini.

Indikator yang telah berjaya dipindahkan(paste) akan dipaparkan dalam senarai indikator dalam folder indicators.

Langkah 7 – Sila tutup dan buka semula MT4 anda.

Langkah 8 – Untuk memasukkan indikator pada MT4 anda sila pilih INSERT > CUSTOM > Indikator yang anda install

Langkah 9 – Indikator akan dipaparkan pada chart anda.

Selesai!

ADMIN
01/11/21

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Text-+=
Translate »