3 LINE STRIKE CANDLESTICK

Teknik 3 line candle strike atau 3 line strike ini adalah antara trade setup reversal paling profitable dan terbaik menurut Thomas Bullkowski.

Maklumat mengenai beliau boleh semak di sini. Bagi anda yang belum menyertai telegram kami, bolehlah bergabung dengan kami di sini.

Psikologi disebalik setup reversal ini

3 candle bearish atau bullish yang bersusun menunjukan trend dalam keadaan menaik/menurun. Akan tetapi apabila satu candle engulfing muncul, ia melepasi kesemua candle bearih atau bullish yang membentuk trend sebelumnya.

Ini menandakan kemasukkan mendadakan buyers ataupun sellers yang mengubah secara tak langsung trend terdahulu yang sudah dibentuk. Ini memberikan hint kemungkinan tinggi trend berubah hanya disebabkan satu candle strike.

Ini adalah peluang terbaik untuk anda memasuki pasaran yang berubah arah pada peringkat awal. Di fasa awal biasanya akan memberikan peluang keuntungan yang sangat tinggi dan potensi pulangan pips yang banyak.

Pengenalan kepada 3 line candle strike

Setup reversal ini terdiri dari 3 susunan(line) candlestick(naik/turun) kemudian terdapat satu(1) candlestick yang melepasi atau break kesemua candle tersebut. Candle break ini dikenali sebagai candle strike. Oleh itu ia dipanggil sebagai 3 line candle strike.

Untuk buy setup, 3 candle bearish terbentuk. Namun pada candle ke-4, ia naik dan breakout kesemua candle bearish ini. Direction adalah up dan entry adalah buy pada candle ke-5 selepas candle break ke-4.

Dari saiz dan bentuk seller kita boleh tafsirkan seller yang lemah diatasi oleh satu candle panjang buyers menandakan buyers lebih dominan dalam pasaran. Ia juga menandakan kekuatan untuk merubah arah pasaran dari downtrend kepada uptrend.

Untuk sell setup pula, 3 candle bullish terbentuk. Candle ke-4 adalah bearish, turun dan break kesemua candle bullish tersebut. Direction berubah dari uptrend kepada downtrend, entry sell akan dibuat pada candle ke-5 selepas candle ke-4.

Baca >>  GABUNGAN SMA DAN FIBO RETRACEMENT | TEKNIK TREND FOLLOWING PALING MUDAH

3 candle buyers adalah lemah berdasarkan saiz diikuti dengan 1 candle bearish yang panjang mengatasi kesemua candle tersebut dan merubah arah pasaran.

Dominan dalam pasaran berlaku apabila majoriti berlaku di mana jika majoriti memilih untuk buy maka trend akan menaik dan jika sebaliknya iaitu majoriti adalah sell, pasaran akan jatuh.

Untuk profit dalam pasaran, sudah tentulah kita mesti ikuti siapa yang majoriti.

Ciri-ciri lain setup 3 line candle strike ini yang perlu anda ketahui

Walaupun anda telah ketahui setup yang valid, anda juga wajib ketahui ciri-ciri setup 3 line candle strike yang tidak valid agar tidak terkeliru dengan setup yang anda lihat dan seterusnya mengelakkan kerugian.

Ciri setup invalid adalah seperti berikut;

Invalid sell

Di atas adalah contoh setup invalid sell iaitu candle ke-4 gagal breakout kesemua candle bullish. Elakkan dari membuat entry sell pada candle ke-5. Ini kerana dikhuatiri trend masih akan menyambung kenaikan.

Di atas adalah contoh candle ke-4 yang break kesemua candle sebelumnya namun ia bukanlah setup valid kerana candle pertama bukanlah candle bullish. Akan tetapi dalam waktu tertentu setup ini masih valid namun ia tidaklah sesuai dipanggil sebagai 3 line candle strike.

Invalid buy

Di atas adalah contoh invalid buy di mana candle ke-4 tidak break kesemua candle bearish. Oleh itu elakkan dari membuat buy pada candle ke-5 kerana trend ada kemungkinan untuk terus turun lagi.

Setup yang masih valid cuma berbeza rupa

Di atas adalah valid cuma bezanya terdapat lebih dari 3 candle bearish. Candle strike pula break hanya dua candle bearish. Ia masih valid dengan syarat ia terbentuk atas support untuk buy signal dan di bawah resistance untuk sell signal.

Baca >>  BREAKOUT DAN PULLBACK POWERFUL STRATEGY

Anda masih boleh menjadi ia sebagai signal entry jika anda mahir kaitkannya dengan SNR.

BIG PROFIT menggunakan kaedah 3 line candle strike

Untuk mendapatkan hasil keuntungan yang besar menggunakan teknik candle reversal ini, anda boleh menggunakan dua(2) kaedah teknikal berikut;

  1. SNR
  2. Channel

Jika uptrend, fokus buy sahaja. Jika downtrend, fokus sell sahaja. Memfokuskan satu jenis entry sahaja akan memudahkan anda mendapatkan peluang entry tanpa fikiran yang kusut dan keliru.

Timeframe

Potensi pips lebih banyak boleh diperolehi jika trade di timeframe lebih besar. Anda boleh mencari entry dari timeframe serendah M15 hinggalah H1 untuk intraday trading atau H4 untuk entry mingguan(1 minggu hanya mencari 1 @ 2 entry sahaja).

SNR

Anda boleh kaitkan potensi setup dengan menggabungkannya bersama kaedah SNR. Anda hanya perlu membuat marking terlebih dahulu kemudian jika setup reversal ini terbentuk pada marking anda, maka anda akan membuat entry berdasarkan peluang entry tersebut.

Fungsi SNR akan jadi dua iaitu;

  1. Entry jika formasi candle 3 line ini terbentuk pada SNR
  2. Exit point

Di bawah saya akan tunjukkan SNR sebagai panduan exit trade anda.

Untuk sell, exit point anda adalah berdasarkan kedudukan support sebelumnya.

Bagi uptrend pula, exit point adalah pada resistance sebelumnya.

Channel

Anda perlu melukis channel menggunakan tools trendline dan pastikan mengambil peluang entry selaras dengan trend sahaja. Anda boleh mengambil trade jika setup berlawanan arah namun tidak digalakkan.

Channel trend akan terbahagi kepada dua iaitu;

  1. uptrend channel
  2. downtrend channel

Fungsi channel adalah untuk exit anda. Upper channel untuk exit jika anda buy dan lower channel untuk exit jika anda sell.

Berbeza dengan SNR untuk exit point, lower channel memberikan potensi exit maksima kerana betul-betul dipenghujung trend.

Kaedah exit yang sama untuk uptrend cuma bezanya kedudukan channel sahaja iaitu di upper channel untuk exit entry buy.

Baca >>  Kenapa professional trader menjana wang sedangkan anda kerugian wang

[TAWARAN MENARIK] MODAL PERCUMA $50 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX – TAK PERLU BUANG DUIT MELABUR!!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $50 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $50 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 1000:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Akhir kata

Formasi candlestick ini sangat profitable untuk anda praktikan sebagai salah-satu strategi entry anda. Signal entry dalam bentuk kumpulan candlestick adakalanya lebih baik berbanding signal candlestick seperti hammer, shooting star ataupun doji.

Ini kerana lebih dari satu candlestick boleh membantu anda merancang entry dengan hanya perlu menunggu peluang terbentuk dahulu sebelum membuat entry.

Berbanding satu candlestick sahaja adakalanya boleh terlepas peluang bahkan lebih teruk lagi, ianya false signal.

Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, silakan share bersama rakan-rakan anda agar lebih ramai lagi mendapat manfaat selain ilmu ini akan lebih berkembang dan seterusnya menjadi manfaat kita bersama.

Sekian,

ADMIN
17/10/22

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com