
ANALISA GOLD MINGGU KE-5 OKT 2025
Gold reversal selepas membentuk double top minggu lepas. Neckline di bentuk di paras 4200.00 sebelum akhirnya ditembusi dan menghampiri 4,000.00 sebelum ia ditutup lebih tinggi iaitu di 4112.53.
Persoalan kini adalah, adakah price sudah reversal atau bakal naik semula? Jom ikuti analisa minggu ini.
PENAFIAN: Analisa ini adalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja, ia tidak boleh dijadikan sebagai nasihat pelaburan atau trade call anda. Trading adalah berisiko tinggi. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian anda hasil dari menggunakan analisa ini samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Sebelum kita lanjutkan, analisa minggu lepas boleh diakses di sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-4-okt-2025/
XAUUSD D1
Pada timeframe ini kelihatan gold sedang membuat dip atau harga terendah sebelum sideways berberapa hari. Berdasarkan candlestick pattern, kelihatan ia sebenarnya membentuk signal buy low.

Hanya sebab price membuat low, ia tak bermakna price akan reversal. Boleh jadi ia adalah peluang untuk buy low sebab overall trend masih lagi uptrend.
Akan tetapi tidaklah bermakna kita akan masuk mendadak untuk buy tanpa kawalan risk. Oleh itu semua stoploss akan berada di bawah paras 4000.00. Ini bermaksud jika price tembusi paras ini, ada kemungkinan besar trend akan berubah kepada downtrend. Atleast, itulah logik trend semasa pada waktu ini.
XAUUSD H4
Di H4 saya hadkan buying kepada 4200.00 atau, jika break, saya akan reentry semula di atas paras ini. Tapi jika rejected, saya akan cari selling sahaja di bawahnya.
Untuk selamat, sebenarnya adalah lebih baik buy di atas 4200.00 kerana itu adalah rintangan major untuk downtrend. Oleh itu jika break, maka kita considered trend kembali uptrend.

Di H4 stuktur neckline lebih jelas kelihatan dan satu candle break yang close di bawahnya, petanda kuat downtrend pada minggu lepas.
JIKA…
Jika price break dan pullback atas 4200.00, top minggu lepas boleh jadi TP terdekat. Jika break lagi, maka 4500.00 akan menjadi sasaran utama seperti plan minggu lepas.
Namun jika rejected di bawah neckline, maka fokus utama adalah selling sahaja dengan SL akan diletakkan di atas 4200.00. Entry akan dibuat berdasarkan kumpulan candlestick atau chart pattern reversal.
Sebarang update akan saya berikan dalam group telegram seperti biasa. Pastikan anda mengikuti telegram kami.
ADMIN
26/10/25



