
ANALISA GOLD MARCH 2026 MINGGU KE-2
Gold pada minggu lepas sempat membuat dip selepas mencecah high 5415.00. Ini didorong dengan faktor profit taking serta USD yang mengukuh. Namun gold recover semula selepas turun ke 5000.00.
Level price ini menjadi kawasan support terkuat dan penting tahun ini memandangkan berberapa kali retest tapi gagal kekal jatuh di bawahnya.
Untuk analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-march-2026-minggu-pertama/
Gold ditutup bulish minggu lepas selain kekal di atas 5000.00. Oleh itu plan utama minggu hadapan adalah buy.
XAUUSD D1
Minggu lepas gold naik tepat ke zone supply dan jatuh selepas gagal tembusinya dan buat high baru. Dalam masa sehari sahaja gold menjunam dan menyentuh semula 5000.00 sebelum ia kembali naik. Trend bergerak sideways selama 3 hari berturut-turut namun ditutup bullish pada jumaat.
Gold recover dari kejatuhan pada selasa dan membentuk structure uptrend. Trendline juga masih valid dan hold uptrend ini.
Dua faktor downtrend yang perlu diberi perhatian adalah;
- Break trendline
- Break bawah 5000.00
Halangan atau resistance penting yang perlu ditembusi untuk terus uptrend;
- 5415.00
- Downtrendline
XAUUSD H4
Trading plan minggu hadapan adalah buy sahaja kecuali break trendline uptrend. Long term untuk gold masih lagi bullish. Oleh itu penurunan hanyalah bersifat sementara sahaja.
Kejatuhan boleh jadi peluang untuk buy dip kepada traders. Oleh itu jangan panik selling jika ia jatuh kerana ia mungkin peluang untuk membeli harga murah.

Key level penting;
- 5143.00 – buy low jika retest dan reject
- 5243.00 – scale in atau reentry jika break high
Target utama pula adalah;
- 5377.00
- 5400.00
Akhir kata
Gold ini adalah matawang yang sangat memberikan high reward jika tahu strategi yang proven memberikan potensi entry yang sangat profitable dan low risk. Trading gold ini perlukan strategi dan tak boleh entry melulu dengan emosi dan tergesa-gesa.
Anda perlukan strategi untuk menang!
Dalam bulan ini promo khas masih berjalan, promosi untuk student diperkenalkan bagi yang nak join pada harga lebih rendah. Anda yang berminat untuk menyertai harga promo ini boleh dapatkan di sini >> https://cspro.pullbackforextrading.com/join-member/
-admin-
08/03/26





