Ichimoku Kinko Hyo. live trade – Trading bersama ichimoku.

Asslam dan Salam sejahtera semua pembaca..

Pada entry kali ini saya akan menulis serba-sedikit bagaimana hendak bertrading bersama ichimoku ini bermula dari pair yang dicadangkan, waktu untuk trading, bagaimana untuk memaksimakan keuntungan juga bagaimana untuk filter signal trade bersama ichimoku ini. Semoga dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu meningkatkan pengetahuan trading anda. 🙂

Trading menggunakan ichimoku.

Breakout system.
1. Saya akan memilih pair GBPUSD untuk trading bersama ichimoku.

2. Waktu trading pair GBPUSD adalah pada sebelah petang iaitu jam 3pm(malaysia).

3. Untuk mempelajari asas Ichimoku ini sila rujuk entry terdahulu di sini.

4.Fixed SL 50pips.

5. Timeframe dicadangkan, M15.

Sila rujuk gambarajah di bawah untuk penerangan trading.

Gambarajah 1. Ichimoku kinko hyo pada chart.

Gambarajah 2. Sell signal. Entry rule, price closed below cloud, chikou span closed bawah cloud. Sell trade telah confirmed.

Untuk exit point(maksima profit), exit apa bila price mula bergerak sideways dan Tenkan Sen, Kijun Sen, chikou span telah break dengan price, petanda akan berlaku perubahan trend. WIN +60pips!

Gambarajah 3. Buy signal. Entry Rule, price close atas cloud, chikou span close atas cloud. WIN +115 pips!

Bagaimana menggunakan indikator ichimoku, chikou span sebagai filter untuk stay away dari bad trade.

-Chikou span bertindak sebagai confirmation sesuatu signal dan sesuatu entry hanya akan dibuat jika chikou span juga closing sama dengan price.

Lihat bagaimana chikou span dapat elakkan anda mengambil trade yang salah. Price close di dalam cloud manakala price close di atas clous sebagai signal untuk buy. Akan tetapi price telah reverse semula untuk sell signal
dan telah di’confirm’kan dengan chikou span closed di bawah cloud selari dengan price.

False break! Lihat bagaimana chikou span dapat membantu anda mengelakkannya.

Silakan komen jika anda punyai pendapat mengenai strategi ini. Jumpa lagi di artikel berikutnya.

-ADMIN-

Thank you.

<a href="http://instaforex.com/?x=CEEV">InstaForex</a>

Print Friendly, PDF & Email

Comments

Leave a Reply

error: Please contact admin for permission.