RAHSIA ENTRY PULLBACK PALING PROFITABLE MENGGUNAKAN MOVING AVERAGE

ENTRY PULLBACK BUY LOW/SELL HIGH PALING PROFITABLE MENGGUNAKAN MOVING AVERAGE

Langkah demi langkah setting indikator dan timeframe didedahkan (link download ebook disertakan)

Pullback adalah bermaksud trend kembali bergerak mengikuti arah asalnya. Ia kebiasaannya berlaku apabila price sudah selesai membuat retracement, hit SNR level dan kemudian bergerak semula mengikuti arah trend asal.

Pergerakan trending adalah terbaik untuk trade pullback berbanding trade pada sideways trend. Sideways trend lebih mengelirukan dan berisiko sedangkan trade pada trending trend akan memberikan lebih banyak profit ratio berbanding risiko yang diletakkan.

Untuk pelajari kaedah ini asas utama yang paling penting adalah kefahaman SNR. MA sebagai dinamik SNR akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel ini.

Baca : Support Resistance

Moving Average sebagai pengesan perubahan awal trend

Saya akan kongsikan kenapa anda perlu menggunakan moving average sebagai pengesan awal perubahan trend. Akan tetapi perlu diingat, indikator ini adalah bersifat ‘lagging’ iaitu lambat, maka kemungkinan besar untuk anda entry awal itu adalah tipis bahkan mustahil.

Kegunaan popular indikator adalah sebagai filter signal, kenal-pasti trend dan signal entry..

Namun walaupun demikian, kita masih boleh gunakan MA sebagai panduan untuk kenal-pasti perubahan trend setelah trend tersebut terlebih dahulu berubah. Jadi apa yang cuba disampaikan di sini adalah trend berubah dahulu, dan MA akan ‘confirmkan’ perubahan itu. Seterusnya apa yang anda perlu lakukan adalah tunggu retracement dan nantikan peluang entry.

BACA : 3 S.O.P MUDAH ENTRY POINT

Kenal-pasti perubahan trend melalui persilangan MA(MA crossover)

Persilangan MA adalah petanda perubahan trend. Ada yang menggunakan 2 MA bahkan ada yang guna 3 ataupun lebih banyak. Untuk memudahkan pemahaman, saya akan berikan contoh 2 MA yang saya sering gunakan iaitu MA 8 dan 21.

FAKTA ‘CONFIRMATION’ PERUBAHAN TREND:

  • MA bersilang
  • Candle/Price close di atas MA untuk uptrend, bawah MA untuk downtrend

Setting adalah seperti berikut:

Insert dua indikator dan ubah warna dan period, 1 EMA 8 dan 1 lagi EMA 21 atau boleh juga EMA 20(sama sahaja)

Lihat chart di bawah apabila berlakunya persilangan, ini bermaksud perubahan trend adalah ‘confirmed.’

Candle bearish open di bawah MA dan MA bersilang

EURUSD jatuh lebih 1,160 pips dalam sepanjang tahun 2005. Perubahan trend ini disahkan oleh indikator yang telah membentuk signal sell apabila bersilang diikuti candle yang berada di bawah MA tersebut.

MA bantu anda untuk elakkan trade pada false signal

Demikianlah kenapa indikator itu dikatakan sebagai filter analysis ataupun signal -kerana fungsinya sebagai perbandingan signal dan analisis.

Kelihatannya hendak berubah arah tetapi gagal untuk terus naik.

Walaupun MA ini agak lagging(lambat) tetapi ia juga selamat kerana dari foto ini kita dapat lihat kegagalan untuk terus uptrend dan MA tiada bersilang untuk confirmedkan perubahan trend.

MA sebagai Dinamik SNR

Tidak seperti trendline yang statik, MA bergerak secara dinamik mengikuti pergerakan price.

Menggunakan Moving average
Menggunakan trendline

Sifat dinamik ini akan membantu kita entry lebih baik berbanding trendline kerana disebabkan ia agak statik maka akan ada masa tertentu itu kita perlu lukis lebih banyak trendline.

Dengan menggunakan MA, kita hanya perlu lihat keadaan candle dan moving average sahaja.

TIMEFRAME YANG SESUAI?..

Timeframe yang sesuai adalah Daily ataupun boleh juga di Weekly. Ini adalah kerana 1 candle akan mewakili satu hari untuk daily dan 1 minggu untuk weekly, oleh yang demikian jika merujuk pada daily setup trade hari ini adalah bergantung pada hari sebelumnya dan jika weekly, setup minggu ini adalah berdasarkan minggu lepas. Ia bersesuaian bagi mereka yang inginkan trade part time, kurang stress dan santai. Paling penting, profitable.

Baca : http://pullbackforextrading.com/candlestick/

Peluang profit pada timeframe daily ini juga sangat besar berbanding timeframe lebih rendah. Anda dengan mudah boleh menjana 100-300 pips untuk sekali trade sahaja.

3 kaedah paling profitable pullback DIDEDAHKAN

3 kaedah itu adalah:

  1. Rejection candle
  2. Inside Bar breakout
  3. Instant entry

Melalui artikel di atas sekali, saya sudah terangkan bagaimana untuk kenal-pasti perubahan arah trend berdasarkan persilangan MA, seterusnya adalah untuk trade trend itu menggunakan salah satu kaedah di bawah ini.

#1. Rejection Candle

Seperti yang telah saya kongsikan di sini mengenai ciri-ciri dan sifat candle rejection, anda boleh membuat entry pada candle yang berikutnya.

Pergerakan dari permulaan perubahan trend dan pullback adalah mencecah 730 pips.

#2. Inside Bar Breakout

Inside bar breakout ini merujuk kepada formasi candle besar dan diikuti candle lebih kecil tetapi tidak melepasi besar yang terdahulu. Rujuk gambar di bawah:

Trade akan ‘trigger’ atau open apabila terdapatnya candle yang melepasi candle terdahulu iaitu breakout.

SL anda adalah berdasarkan jarak pips dari entry breakout anda. TP adalah berdasarkan nilai SL tadi.

#3. Instant Entry

Kaedah trade ini adalah seperti sniper entry di mana apabila price menyentuh atau menghampiri MA(dalam lingkungan 5-10pips), anda akan membuka entry. Cara ini sangat berkesan untuk buy low ataupun sell high namun agak berisiko apabila trend bergerak sideways.

Lebih 300+ Trader Sudah Daftar Smartvault

Pending order boleh digunakan tetapi lebih baik jika trade manual.

Fixed SL diperlukan untuk hadkan kerugian iaitu sekitar 50-100pips setiap entry. Reentry pula akan dibuat jika perlu iaitu jika hit SL atau terdapatnya candle yang menyentuh MA lagi di masa akan datang.

Timeframe paling sesuai adalah Weekly chart, kerana anda hanya perlu lihat jika price sentuh EMA 8 atau tidak.

EURUSD WEEKLY CHART
Trending pair sememangnya memberikan peluang profitable yang sangat tinggi dengan risk yang sangat minimum

Anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk dapatkan entry ini tetapi ia sangat profitable. Anda juga boleh gunakan kaedah ini pada timeframe Daily tetapi elakkan menggunakannya pada H4 dan ke bawah kecuali anda adalah seorang risk taker.

SNR dan EMA 8,21

Selain 3 kaedah di atas, terdapat 1 lagi kaedah yang paling saya gemari menggunakan kaedah MA ini iaitu menggabungkannya dengan SNR.

Kombinasi statik dan dinamik SNR ini memberikan lebih peluang profitable trade dan boleh digunakan pada timeframe lebih rendah.

Kaedah ini saya gunakan pada lower timeframe dari H4 hinggalah M15. Sila login ke membership untuk belajar lebih lanjut.

Kesimpulan

Pullback trading ini sangat digalakkan kepada newbie untuk mencubanya kerana ia sangat berfokuskan kepada trade dengan trend. Pepatah lama mengatakan, ‘trend is your bestfriend..’ -maka kaedah pullback ini sangatlah bertepatan dengan pepatah tersebut.

Apabila seseorang newbie itu sudah biasa dengan kaedah yang betul dalam trading, maka perjalanan seterusnya pasti lebih mudah lagi. Disebabkan berlambaknya teknik-teknik yang pelik diluar sana, ada baiknya kembali ke basic dahulu dan kuasainya sebaik mungkin sebelum ‘explore’ kepada ilmu-ilmu yang lain pula.

DOWNLOAD KESELURUHAN ARTIKEL INI
DALAM BENTUK EBOOK PDF – KLIK SINI

Bagi yang ingin pelajari lebih lanjut bolehlah ke pautan ini untuk baca dan tonton video live trade yang saya sediakan. Pastikan anda login terlebih dahulu.

MEMBER’S LOGIN – KLIK SINI

ADMIN
8/11/17

P/S: Join membership hari ini. Klik sini untuk sertai.

 

 

Comments