XAUUSD MINGGU KE-4 JANUARI TAHUN 2024
Xauusd pada minggu lepas agak sedikit mengecewakan di mana plan buy tidak berapa menjadi. Last trade yang terbentuk adalah sell. Tapi sebelum kita ulas lebih lanjut, kita buat sedikit imbasan apa yang berlaku sebelum itu.
Untuk analisa terdahulu sila ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-3-januari-tahun-2024/
Bagi yang belum menyertai, silakan menyertai group telegram kami melalui button di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Plan buy dari harga bawah tidak trigger apabila signal buy gagal dibentuk di M15. Akhirnya price terus drop melebihi zon buying dalam gambar di atas.
Oleh itu secara tidak langsung plan untuk buy telah terbatal. Jika plan utama terbatal, biasanya saya lebih memilih untuk stay away berbanding terus ‘memaksa’ mencari entry setup.
OK jom kita lihat apa yang berlaku untuk minggu hadapan.
XAUUSD D1
Pada timeframe daily kita dapat lihat breakout telah berlaku pada UTL. ini secara tak langsung memberikan hint bahawa perubahan trend telah berlaku. Satu DTL perlu dilukis mengikut rule trend structure.
Ini bermaksud trend adalah downtrend dan plan utama mestilah sell.
Key level 2000.0 adalah sasaran utama dan berlaku retest di atas area ini pada minggu lepas namun ia tak menyentuh tepat harga/price ini.
Jika berlaku new low pada minggu hadapan diikuti dengan breakout 2000.00, maka sasaran utama selling adalah monthly Low bulan disember iaitu 1973.15.
XAUUSD H4
Candle rejection iaitu pin bar sell terbentuk di bawah UTL yang sudah breakout. Disebabkan trend adalah minor uptrend berlaku selepas break UTL, maka satu lagi minor UTL dilukis untuk trail trend ini.
Jika break, maka sell akan dibuat pada minggu hadapan.
Selepas break, seperti biasa, tunggu ia naik sedikit kemudian barulah sell lagi. Target pertama adalah 2000.00 dan target kedua jika break target pertama adalah Monthly low 1972.15.
Altenatif
Untuk altenatif, maksudnya plan sell gagal, petandanya adalah daripada break DTL yang dilukis pada TF D1. Sila rujuk gambar XAUUSD D1 sebelum ini.
Jika ia berlaku plan sell akan terbatal dan hanya sah sebagai scalping sahaja iaitu sell pada retracement trend dan close profit kecil-kecil sahaja.
Dalam suatu trend sideways, adalah perkara biasa untuk plan buy dan sell gagal. Oleh itu penting untuk tidak over-confiden dalam membuat sesuatu entry agar tidak terkena dengan trend yang tak menentu.
Seperti biasa, ikuti perkembangan lanjut di telegram untuk kemas-kini dan analisa lain.
Sekian terima kasih!