
EMAS SELL HARGA PUNCAK | PENJELASAN ENTRY | WEEKLY RECAP
Pada artikel recap mingguan kali ini saya hendak mengulas mengenai signal entry sell gold yang saya kongsikan dalam group telegram pullback.
Terdapat berberapa point penting yang saya ingin kongsikan kepada pembaca sekalian dan saya harap ia dapat membantu menambahkan pengetahuan dan skill-set anda sebagai trader.
Teknik ini juga saya sudah tuliskan secara ringkas dalam ebook yang anda boleh download percuma di bawah, klik gambar untuk download.
Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas sudah pun jatuh dari harga puncak di antara 3431.14, 3440.55 ke bawah paras 3400.00 iaitu tepatnya di 3374.32 iaitu sebanyak 5682 pips.

Kenapa selling dibuat? Berikut penjelasannya.
Semasa signal saya share dalam telegram, sebab utama kenapa selling trigger adalah sebab terbentuknya liquidity pool dan candle stoploss hunting. Price drop dengan begitu drastik selepas itu, ini cukup menjelaskan ia akan ada pergerakan besar tidak lama nanti. Cuma ia taklah berlaku dengan mudah.

Signal di telegram;

Stoploss saya letakkan di atas paras liquidity pool andaikata price kembali bullish dan hendak membuat lagi new high. Sebagai trader kita tidak boleh overconfident dan trade macam penjudi, oleh itu segala kemungkinan masih boleh berlaku. Kawalan risk penting selain penggunaan lot/volume untuk entry(money management).
Gold retest area stoploss namun tak mengena, di sinilah tahap mental trader itu akan diuji.

Akan tetapi walaupun demikian, trade ini masih valid apabila price jatuh semula ke entry point. Bagi trader yang tidak punyai solid plan, sudah pasti masuk buy dan sell tak tentu arah dan berakhir dengan buy salah, sell pun salah.

Akhirnya pada sebelah malam waktu US, market kembali aktif dan gold jatuh ke target profit.

Gold jatuh dan hari ini masih kekal bearish lagi. Nampaknya pergerakan bullish awal minggu ini tak kekal lama dan akhirnya kembali ke trend sebelumnya iaitu downtrend.
Beginilah situasi market ketika dalam sideways. Ia hanya mencari major SNR terdekat kemudian jatuh atau naik semula. Inilah juga sebabnya kenapa saya memilih untuk sell. Saya ada kongsikannya sebelum ini.
Saya mencari sell high di area 3440.55 tu sebab berdasarkan history, ia adalah kawasan zone selling. Jadi bila ia jejak semula, saya kira kita perlu sell di situ juga lah.. simple kan?
Setiap pergerakan price ini ada timing sendiri dan tiada yang kebetulan. Selagi kita faham structure dan juga zon buy dan sell, inshaAllah kita boleh ikuti pergerakan arah ini. Sila dapatkan ebook trading dalam zone untuk pelajari teknik ini.
Sampai sini dahulu artikel recap kali ini. Artikel berikutnya saya akan posting pada bulan ogos memandangkan saya nak bercuti dalam hujung bulan ini hingga pertengahan ogos nanti.
Sebarang update saya akan berikan dalam group telegram, pastikan anda sudah subscribe jika belum.
Terima kasih!
ADMIN
24/07/25