
ANALISA GOLD MINGGU KE-2 OGOS 2025
Hi traders! Salam dan salam sejahtera. Kini kita di dalam bulan baharu iaitu ogos, bulan ke-8 dalam tahun ini. Semoga bulan ogos ini kita akan diberikan kesihatan yang baik serta trading yang sentiasa profitable! Amin..
Kini kita sudah memasuki fasa minggu kedua untuk bulan ini kerana pada hari pertama bulan ini sudah jatuh pada minggu lepas.
Untuk bulan lepas kita dapat saksikan pergerakan gold yang sedikit sideways kemudian pada penghujung bulan ia jatuh teruk selepas membuat harga tinggi disekitar 3400.00, turun ke 3275.50
Akan tetapi semasa NFP minggu lepas gold kembali naik semula hingga membentuk candle reversal pada TF weekly. Memandangkan cs monthly sudah ditutup sebagai rejection, oleh itu plan untuk bulan ini masih kekal sell dan untuk jangka pendek, ia dijangka akan membuat kenaikan.
kesimpulannya, ia akan naik dahulu dan apabila cukup syaratnya, ia akan kembali turun semula dan sell akan dibuat. Untuk analisa minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-5-julai-2025-bearish/
XAUUSD DAILY
Di timeframe daily, kita akan melihat keseluruhan structure untuk panduan entry dan exit kita.
Dari structure ini, kedudukan SnR akan dikenalpasti untuk rujukan entry dan juga untuk memahami adakah plan masih valid atau tak.

Dari gambar di atas, snr penting adalah seperti berikut:
- 3363.18
- 3392.00
- 3431.60
Area ini adalah area penting untuk selling premium jika ia retest dan rejected.
area support pula:
- 3323.84
- 3296.34
- 3274.50
Area support akan berperanan untuk exit point dan juga untuk reentry sell jika ia breakout. Untuk minggu hadapan saya jangka gold akan membuat kenaikan. Jika ada peluang buy, pastikan ia buat retracement dahulu. Namun jika ia berterusan naik dan sampai ke area resistance, cari sell sahaja jika ia gagal untuk menembusi area resistance.
Akhir kata…
Saya masih lagi bias kepada sell untuk gold ini cuma belum ada petunjuk lagi namun tidak di nafikan, ia juga ada kemungkinan untuk naik sekiranya tanda awal sudah terbentuk di teknikal chart. Sampai di sini dahulu analisa untuk minggu hadapan. Bagi yang berminta untuk pelajari teknik ini, harga promosi masih dibuka sehingga hujung bulan ini dan boleh dapatkan disini.
Update seperti biasa akan saya kemaskini di telegram pullback, jadi pastikan anda subscribe jika belum.
sekian terima kasih!
ADMIN, 03/08/25