
ANALISA GOLD SEPTEMBER 2026 MINGGU PERTAMA
Gold menutup tirai bulan Ogod dengan correction atau kejatuhan selepas hampir sebulan bullish. Update live trade telah pun saya berikan dalam group rasmi telegram dan ramai yang sudah profit mengikuti peluang entry tersebut. Jika anda belum menyertai sila berbuat demikian agar tak terlepas lagi peluang menarik gold. Klik sini untuk join percuma!
Untuk analisa terdahulu sila ke sini >>> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-ogos-2026-minggu-ke-4/
Kita mulakan analisa dari timeframe Weekly.
XAUUSD WEEKLY
Pada timeframe Weekly kita dapat lihat price sudah sampai ke order block dan di bawah paras 4700.00. Ia kemudiannya gagal membuat new high. Disebabkan timing price sampai ke situ pada hujung bulan + news, price pun membuat reversal.
Kita dapat lihat pattern engulfing minggu lepas walaupun tak melebihi candle minggu sebelumnya namun ini cukup memberikan maklumat reversal berlaku pada timeframe Weekly.

Biasanya jika pattern ini terbentuk tepat di bawah resistance, biasanya minggu berikutnya akan melanjutkan trend tersebut. Dalam kes ini, candle bearish di bawah resistance/OB, maka bias minggu hadapan adalah sell.
Selanjutnya kita lihat pula overall stucture di D1.
XAUUSD D1
Di D1 ini saya lihat ada berberapa scenario yang mungkin akan berlaku dan stay neutral tidak bias adalah penting untuk dapat entry setup terbaik minggu hadapan.
Menariknya pada D1 nampak ada potensi sell jika price naik minggu hadapan, kenaikan ini akan menjadi point penting untuk selling sesuai bias selling minggu lepas.
Area tersebut adalah di 4516.39.

Akan tetapi jika price terus turun pula, terdapat bullish order block di sekitar 4426.86. Ada kemungkinan akan berlaku reversal naik jika gagal tembusi kawasan OB ini sebab ia merupakan setup buy. Oleh itu untuk minggu hadapan kita akan;
- Sell jika price naik ke 4516.39 atau,
- Buy jika price turun dan gagal break atas 4426.86
Point Of Interest(POI) penting yang perlu diberi perhatian untuk minggu hadapan adalah kedudukan price di bawah 4436.66. Ini adalah kerana jika ditembusi, maka kita akan kembali kepada major downtrend semula. Tapi proses ini saya percaya akan ambil sikit masa untuk bulan September ini.
Oleh itu kita fokus dahulu pada situasi yang saya jelaskan di atas dahulu iaitu jika ia naik ke 4516.39, kita akan mencari sell sahaja.
Setup saya akan kongsikan di telegram group jika memenuhi syaratnya.
Sekian dahulu,
ADMIN
30/08/26

