
ANALISA GOLD APRIL 2026 MINGGU KE-5
Gold minggu lepas gagal membuat new weekly high dan sebaliknya telah break dan masuk ke zone selling. Entry sell juga sudah dikongsikan dalam group telegram seperti biasa. Sesiapa yang mengikuti signal itu pastinya sudah profit.
Sila ke sini untuk analisa tersebut: https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-april-2026-minggu-ke-4/
Secara keseluruhannya gold dalam sideways. Akan tetapi berdasarkan stuktur semasa, saya dapati bias sebenarnya adalah downtrend/bearish dan fokus utama seharusnya adalah sell.
Berikut analisis saya.
XAUUSD D1

Gold break structure uptrend dan trigger stoploss buyers apabila price break bawah 4766.44. Price turun dan struck di area BRN 4700.00 dan sedikit naik.
Jika break lagi pada minggu hadapan di bawah 4700.00 maka ada potensi besar untuk ia turun lagi ke bawah. Target mudah adalah di 4600.00 dan jika break, 4500.00.
Key resistance penting minggu hadapan:
Key resistance penting untuk kita pantau minggu hadapan adalah di;
- 4766.44
- 4800.00
Jika retest dan rejected di bawahnya(berdasarkan candlestick pattern/formation), sell akan dibuat.
Tapi jika break pula terutamanya atas 4800.00 maka trend sudah kembali kepada uptrend semula. Sebagai trader, kita tak boleh terlalu bias terutamanya memang trend sudah tiada tanda-tanda masih dalam strategi minggu tersebut.
Memandangkan kita sudah berada dalam fasa penghujung bulan, mungkin market sedikit tak menentu, oleh itu jaga risk anda dan jangan terlalu obses untuk layer entry sebaliknya kurangkan trade sehinggalah trend dalam favor anda dan edge anda.
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
26/04/26



